Showing posts with label untuk kita SAHABAT. Show all posts
Showing posts with label untuk kita SAHABAT. Show all posts

03 January 2012

"Islam Syumul" yang sempit


Kita tak lagi berada pada awal abad ke-20, yang mana kesyumulan Islam dilihat satu konsep yang amat janggal, waima oleh sebahagian 'orang agama'
Kini ramai yang tahu tentang konsep ini; Islam tidak hanya pada tikar sejadah, namun pada Negara dan seluruhnya.

Memisahkan ibadah khusus dengan kenegaraan, ekonomi, hubungan antara ahli masyarakat, hubungan antarabangsa adalah ke arah konsep liberal. Ya. Yang ini ramai antara kita yang boleh menerimanya.

26 October 2011

Kontroversi

Maha Suci Allah ta’ala Yang Maha Bijaksana, yang takkan ditewaskan waima segala tentera elit; China, Rusia, Israel, US, NATO dan semuanya bersatu bersama
Milik Allah ta’ala segala peraturan, segala ketundukan.
Allah takkan kalah

Alhamdulillah, HIMPUN 22 Oktober telah tamat.
Dengan jumlah kehadiran yang kontroversi.
Media memainkankan peranannya
Sebahagian media hanya emphasis angka 5000, sambil menayangkan hanya gambar-gambar yang menampakkan banyak kerusi kosong, bahagian hujung-hujung, dan bukan bahagian  orang ramai.
Menampakkan ilusi optik, membenarkan apa yang dikatakan
Keadilan media?

22 October 2011

"Adik demam ke..?"

gambar yang agak takde kaitan

“Kenapa adik sakit..?” Tanya seorang budak comel. Baru pulang dari tadika.
 “Kerana 2 sebab utama:”
“Kerana sistem imun badan kurang”
“Kerana serangan kuman-kuman dari luar”
“Kalau nak sihat cergas, dua-dua kena ambil berat!” demikian pesan seorang bakal doctor
i.e. Encik Aiman Nasir.
Adik comel tadi hanya mengangguk, dengan muka blur yang tak dapat disembunyikan

01 October 2010

jiwa *kosong*

assalamualaikum

selalu pergi ta'lim,
terlibat dalam gerakan jamaah,
sanggup travel berjam-jam untuk pergi balik halaqah mingguan,
tak kisah habiskan duit sendiri tanpa diminta untuk jayakan program dakwah,
jadi volunteer tanpa gaji (malah guna duit sendiri) untuk conference,
sanggup travel jauh-jauh untuk hadiri seminar, ceramah walaupun exam besar minggu depan,
baca buku fikrah berjilid-jilid.

tapi....

hati terasa kosong.
tetap kosong

Mengapa?!

19 August 2010

lebih berat dari Allah?!



Assalamualaikum
sekadar nak kongsi satu email dlm yahoogroup.
pendapat tentang satu soalan:
"boleh tak Allah cipta batu yang lebih berat dari Dia?"

13 July 2010

Ghulam @ remaja


Hads ghulam, satu hadis yang agak popular bagi ahli-ahli usrah. Ada pelbagai iktibar bagi yang sedar akan tanngungjawabnya sebagai dai'e.
Masa kecik dulu pernah terbaca@dengar cerita ni. Tapi hanya sedar yang cerita ini adalah dari hadis Rasulullah selepas datang ke satu program.
Teringat akan hadis ni selepas berlaku 'something' baru-baru ni...

09 June 2010

untitled

"Wah... Dan pandai bergaya sekarang. Pandai pakai 'make up' lagi. Cantik cantik."
"Eh, ye ke? Terima kasih... Segan la pula bila awak puji-puji ni.."
"Eh, mana ada saya puji. Tu nasihat tu."


*peringatan ringkas kepada yang dah tahu...

13 May 2010

Ayat-Ayat Cinta...


Pernah baca novel Ayat-ayat cinta? Mesti pernah kan…?=)

Saya bukanlah jenis suka baca novel. Tapi bila baca novel yang ini, memang sanggup stay up lewat semata-mata nak habiskan cepat! Study pun tak semangat macam ni..hehe..

Oh, kalau nak dibandingkan dengan versi filem, bagi saya yg filem tu memang sangat takbest. Kurang nampak unsur tarbiyahnya kecuali part dalam penjara tu. Fahri, Aisha, Nourul bahkan Maria versi novel amat berlainan dengan versi filem! Apabila mula-mula dengar cerita novel ni dah difilemkan, agak excited la jugak. Tapi bila dah tengok, frust la jugak. Tak seperti yang diimaginasikan…

Pagi tadi baca kejap novel ni, untuk buat entri ni.
Fahri dan Aisha, romantis amat!

“Apsal tiba-tiba buat entri jiwang ni? Ada apa-apa ke..?”
Memang ada apa-apa pun! Ngehngeh.. =)

06 May 2010

kisah bas

Pada suatu masa yang tidak diperincikan masanya, ada seorang cikgu praktikal; Cikgu Fatin. Sedang praktikum di sekolah menengah di Perak. Untuk ke sekolah, dia mengambil bas mini.
 “Ni bakinya ya..” kata uncle Vijay, pemandu bas itu sambil menghulurkan wang 10 sen. Seorang India Hindu lewat 50-an.
“Terima kasih.” Balas cikgu sambil tersenyum. Senyum kan sedekah =). Biasa bagi dia untuk membayar tambangnya dengan sekeping not ‘seriya’ a.k.a. seringgit.
Dan rutin itu berulang 5 hari seminggu, selama sudah 3,4 bulan.