ta'lim ust Ridha, surau Vista C
“Ustaz bagi dua contoh kematian. Entorang* nak yang mana?” selingan ustaz Ridha malam itu.
Dah pernah dengar dah cerita ni masa di INTEC dulu… Hehe..
“Yang A, mati di masjid. Siap dekat sejadah imam lagi!”
“Yang B pula,mati lemas dalam tong arak yang besar di kilang arak! Entorang pilih yang mana?”
“Kat tempat imam tadi…” kedengaran suara-suara menjawab. Ala-ala bunyi tebuan. Tak serentak bunyinya, tapi sekata maksudnya. Mestilah kan… Siapa yang nak mati lemas dalam arak! Macam su’il khatimah (kematian yang buruk) je gayanya.
“Ok, meh dengar cerita sebenar..!” balas ustaz.
“Yang dijumpai mati kat tempat imam tu, sebenarnya nak curi kipas kat tempat imam tu. Tarik punya tarik, last-last terjatuh sekali dengan kerusi yang dia pijak. Terhantuk kat bucu mimbar. Lepas tu kipas yang dia tarik pun terjatuh jugak atas kepala. Matilah dia kat tempat imam…”
“Yang mati kat kilang arak tu pula, sebenarnya ada seorang adik yang kerja kat kilang tu. Beberapa jam sebelum mati lemas tu, mak diorang pesan kat si B (abang) yang tak tahu menahu pasal kerja adik dia untuk cari adiknya tadi kat kilang tu & bawak balik. Atas dasar nak selamatkan adik & taat pada perintah mak, si abang pun pergi la ke kilang tu. Terjumpalah adiknya sebagai pak guard dalam kilang tu. Paksa punya paksa, bertangkar sikit, tolak menolak, tiba-tiba si abang terjatuh dari atas ke dalam tong arak yang besar lori. Dua-dua tak tahu berenang. Si abang lemas..”
“Sekarang, entorang nak mati yang mana?” Ustaz Ridha mengakhiri ceritanya.
Soalan yang tak perlu dijawab. Korang nak yang mana?=)
Pesan abah
“Kalau hang tengook je orang buat kerja atau buat apa-apa, tapi hang tak buat benda yang sama, jangan banyak complain.”
Pesan abah malam tu. Lebih kurang macam tu lah bunyinya.
Kenapa ya? Yang saya dapat fikirkan, seorang yang hanya melihat tapi tak buat & tak pernah perkara yang sama, tak layak mengomen. Kenapa? Sebab yang hanya tengok aje tu, tak tahu & tak faham kesusahan task tu. Cakap memang la best & senang. Modal air liur.
“Lambat betul buat kerja,”
“Nak buka skru sebatang pun sampai 10 minit? Tak makan nasi ke…”
“Yang ni pun boleh terlepas pandang ke?”
“Apa ni… Nak baiki benda simple macam tu pun tak boleh.”
Cakap memang senang bro!
listen first!
Of course, abah bukan Nabi. Kata-kata manusia biasa boleh diambil dan dibuang. Kalau tak, takkan kita tak boleh nak nasihat pemimpin, sebab kita tak pernah jadi waima ketua kelas, kan?
Tapi, ada pengajan yang boleh diambil.
Dari pesan abah dan cerita ustaz.
To know the whole story
Kadang-kadang, dan kerap kali jugaklah kadang-kadang itu, kita terlalu simplistik dalam membuat konklusi apabila melihat sesuatu. Walaupun tak tahu cerita sebenar, ataupun tak tahu cerita yang selengkapnya.
Siapa sangka, orang yang mati di tempat imam tu, nak mencuri sebenarnya, dan yang mati lemas dalam tong arak tu, mati dalam proses mematuhi kehendak Allah & ibunya? Tapi mata-mata yang melihat, cepat benar berkonklusi. Mengutuk itu dan ini, dan menyanjung itu dan ini; membabi buta.
Siapa sangka, skru yang sebatang itu sebenarnya amat ketat, yang mana orang biasa pun ambil sampai 20 minit nak buka. Yang kita pula, asyik mengutuk.
Siapa sangka, keputusan yang dilihat berat sebelah itu, adalah hasil kerah otak, setelah melihat big picture, rasa bersalah dan tak lena tidur malam untuk dibuat keputusan itu.
Satu kejadian di depan mata kita, mungkin berasal dari beribu-ribu kemungkinan dan cara untuk ia terjadi. Siapa sangka, kan?
Kita biasanya melihat orang & perlakuannya as it is. Sebagaimana dia tampil di depan mata kita, tanpa melihat latar belakang keluarganya, bagaimana dia dibentuk, pengalaman-pengalaman di sekelilingnya yang banyak membentuknya dan sebagainya.
Siapa sangka, si pemarah itu, sebenarnya belajar dari kesilapan lalu, yang sebelum ini banyak kalinya terlalu dipijak orang dek kelembutannya; trauma semasa dahulu. Dek kerana selalu ditekan, dipermainkan, dibuli, dan terlalu banyak berdiam diri atas bulian yang diterimanya bertahun-tahun, akhirnya memaksa diri menjadi pemarah, sebagai self-protection yang dilihatnya adalah langkah terbaik.
“Aku selalu dibuli sebab aku senyap aje bila kena ketuk. Kalau aku pun jadi pemarah, mesti diorang stop buli aku.”
Letak ketepi dulu betul atau tidak perubahan yang dia buat. Tengok dahulu ceritanya, supaya kita jadi manusia yang lebih memahami.
Bersangka baik. Dan selidik dahulu.
Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. [Al-Hujuraat; 11]
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak dingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." [al-Hujuraat; 6]
"Hindarilah prasangka, kerana prasangka itu berita yang paling bohong. Jangan saling mencari-cari keburukan orang. Jangan saling mengorek rahsia orang dan saling menyaingi. Jangan saling mendengki, jangan saling marah dan jangan saling tak acuh. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara sebagai hama-hamba Allah." (Sahih Muslim)
Memanglah, biasanya kelambatan, ketakcekapan, kepemarahan, ke’poyo’an dan sebagainya itu, sebab memang itulah dia. Sebab apa lambat? Sebab malas. That’s it.
Tapi, kalau pada isu-isu yang tak penting, hal-hal yang tak besar sangat kesan mudaratnya, cubalah untuk bersangka baik. Kalau betul pun itu salah dia, apa salahnya untuk kita maafkan @ bersangka baik, berbanding mengambil risiko menabur fitnah.
Curiosity itu pun penting juga, terutama pada perkara-perkara besar, untuk mencegah keburukan yang lebih besar dari berlaku.
“Apahal kawan aku dua orang ni? Semacam je aku tengok…”
“Mamat ni, terhendap-hendap depan rumah, nak merompak ke?”
“Macam ada ketakadilan je dalam keputusan ni… Ke ada apa-apa ni...”
“Banyaknya belanja untuk event macam ni.. Ni macam membazir duit persatuan ni.”
Tapi, jangan biarkan aja keraguan tu. Jangan hanya berprasangka. Kalau dapat, ambil tindakan susulan, contohnya, turuti dengan selidik, untuk mengetahui the whole story.
Kalau tak dapat, maka nasihatilah dengan cara yang terbaik. Basic thing…
Dakwah itu seni. Jangan terlalu robotik dalam berfikir.
Dan bersangka baiklah pada yang bersangka buruk kepada kita. Mungkin dia tak tahu cerita sebenar…
Ada sesiapa yang nak menambah? Menolak? Nak perbaiki artikel ni?
Kalau kita, apakah rasanya disalahfahami? Bengkek tak?
Kalau saya, memang boleh sangat bengkek amat la juga…
*Entorang= enta orang (korang…)
Setiap kata-kata boleh diambil & dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam.
No comments:
Post a Comment