12 June 2010

2:275


Eish! Teruk betul la perempuan ni. Nama je Melayu, bertudung. Tapi peluk anjing!” komen seorang makcik.
“Apa nak jadi la dengan remaja zaman sekarang… Merempit, hisap gam, minum arak… Eish eish eish…”
“Orang Islam sekarang  ni dah teruk! Buang bayi, berzina, berkepit lelaki perempuan selamba aje. Ini masalah besar ni!” kata seorang penceramah, bersemangat.
Isu-isu dan ayat-ayat biasa yang kedengaran.

Satu soalan. Bagaimana korang melihat bapa ayam,
‘anak ikan’,
Pelacur yang membawa anaknya bersama semasa ‘bekerja’,
orang yang minum arak,
makan babi barbeku,
membunuh imam masjidil haram,
berzina sumbang mahram!

“Teruk!”, “Tak boleh diterima”, “Semurah-murah maruah!” dan sebagainya.

Sekarang, baca terjemahan surah alBaqarah; 275
Orang-orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.

Apa dosa yang kalau tak diampunkan Allah akan kekal si pelakunya di neraka? Syirik.
Lagi?
Berzina dengan ibu bapa sendiri? Tak kot…
Bapa ayam? Tak kot… Tak tau la…
Pesta minum arak + makan babi panggang? Ntah. Tak ada la pula saya jumpa dalam alQuran & hadis. Tak tau la kan. Saya pun tak habis belajar lagi.
Kembali mengambil riba selepas diberitahu keharamannya? Ya kot. Tu la yang ayat kat atas bitau kan?
Kan?
Riba. Dosa yang di’ranking’ oleh sebahagian ulama’ sebagai dosa kedua terbesar selepas syirik. Tapi tak dipedulikan oleh kebanyakkan orang, termasuk oleh orang yang bising-bising dalam bab sosej babi, samak bangunan etc.

Pergi pula kepada dalil kedua.
(278) Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.
(279) Maka jika kamu tidak mengerjakannya (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya
Al-Baqarah

Perang dengan Allah dan Rasul! Siapa sanggup? Orang peluk cium anjing dan babi pun tak ada pula dibalas macam ni…
Bayangkan, dalam keadaan di padang mahsyar yang gamat Matahari dekat amat dengan kepala. Tak boleh duduk selama ribuan tahun. Ada yang berenang dalam peluh sendiri! Berdiri tengah padang bawah mentari terik dari pagi ke petang pun tak sanggup. Bakar BBQ pun tak tahan duduk dekat lama-lama.
Tiba-tiba dalam keadaan gamat macam tu dan amat harapkan pengampunan Allah, syafaat Rasul, diseru kepada para pemakan riba,”Ambil senjata kamu untuk berperang dengan Allah”

Tapi kebanyakkan antara kita hanya bising-bising dengan isu tertentu yang antaranya hanya isu remeh temeh tapi dibesar-besarkan, mungkin kerana Islam warisan?
siapa nak perang dengan Allah dan Rasul-Nya, angkat tangan!


Nak lagi?


Riba ada 72 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya [at-Tabrani, al-Hakim.Sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim]
(sesetengah sumber lain menyebut '73 pintu’. Allahua’lam)

Satu dirham riba yang dimakan oleh seseorang lelaki dalam keadaan dia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali [Ahmad, Ad-Dar Qutni. Al-Albani mengatakannya sahih]

Dilaknati pemakan riba, penulis riba dan yang menjadi saksinya [al-Bukhari dan Ibn Majah]

Dilaknati Rasulullah SAW pemakan (penerima) riba, dan pemberi makan (pemberi riba), saksinya dan penulisnya.” [Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani: Hasan Sohih]

Introduction.

sumber: kebanyakkannya diambil dan disalin dari 'Wang, Anda dan Islam' (Mei 2008), Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.

WAllahu ta’ala a’lam

Setiap kata-kata boleh diambil dan dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam

No comments:

Post a Comment