07 June 2010

bila doa dimaqbulkan..

Arakian diceritakan pada masa yang taidak diperincikan…
Jauh di pendalaman Darwich, tinggal sebuah keluarga. Keluarga Fadde si bapa. Seperti keluarga petani tipikal yang lain, membawa cukai yang menekan kepada Tuan Tanah dan bekerja dari pagi ke petang.
Suatu hari, wabak melanda.
Beberapa perigi utama di kampung kecil itu diracuni kuman, entah macam mana. Bermula dengan ternakan yang mati seekor demi seekor. Penicillin belum ada. Microlide belum ada. Doktor hanya jarang-jarang ada. Ramai yang meninggal dunia. Ramai yang masih hidup berhijrah ke kampung lain. Tuan Tanah memujuk supaya dibatalkan hasrat mereka mahu menyelamatkan nyawa; “Nanti siapa yang nak bayar cukai padaku?”
Anak-anak Fadde, semua meninggal dunia . Yang tinggal, hanya dia dan isteri kesayangannya. Tertekan dan bersedih. Dia meminta kepada Tuhan untuk diberikan kemudahan hidup di tempat baru.

Di kampung baru, beberapa puluh batu dari kampung asal, Fadde dan isteri memulakan hidup baru; satu usaha yang amat susah. Dengan cukai yang tinggi kepada Tuan Tanah baru yang mengambil kesempatan, ditambah dengan belum ada pekerjaan tetap yang baru, Fadde makin tertekan. Tiada wang untuk menyara dirinya dan isteri tercintanya.

Satu petang, dia berjalan-jalan di tepi tasik, memikirkan nasibnya tanpa bertemu cara penyelesaian. Dengan menangis, dia meminta lagi kepada Tuhan.
“Wahai Tuhan, aku minta jadikanlah apa saja yang aku sentuh menjadi emas!”
Baginya, itulah penyelesaian terbaik. Ada duit, ada harta, hidup tak sengsara. Malah mungkin anak-anaknya dulu mampu dihantar berjumpa doktor ternama.

Dan tiba-tiba, apa saja yang disentuh jari –jemarinya berubah menjadi emas! Disentuh itik-itik peliharaannya, mejadi emas. Disentuh katak-katak, jadi katak emas.

Selepas berjalan-jalan keliling kampung, lapar la pula.. Diambil roti bekalan dari isterinya tadi yang disimpan dalam beg. Jadi emas! Disentuh botol air, jadi emas! Dalam kelaparan, dia pulang. Mahu menyentuh roti dan ayam, semuanya menjadi emas. Disentuh pula isterinya, jadi emas!
Akhirnya dia mati kelaparan, dalam rumah emas.

******


Kadang-kadang kita ternanti-nanti doa untuk dimakbulkan.
Dimakbulkan sebagaimana yang kita doakan.

Kadang-kadang juga, Allah tangguhkah dulu pemakbulan itu, ke masa yang sesuai; samada di dunia atau di akhirat dalam bentuk ganjaran yang lebih baik insyaAllah =) 

"Kenapa? Kenapa tak dimakbulkan segera! Kenapa dapat 'sipi-sipi' & tak exactly sebagaimana yang didoakan!" Mungkin ada yang memberontak, terutama ketika tengah tertekan.
Hmm.. Sipi-sipi? Ye ke pemberian Allah yang itu, adalah untuk memakbulkan doamu, ataupun pemberian yang Maha Penyayang yang takpun berdasarkan doamu?

Namun, ada kalanya apa yang diminta itu, bukanlah yang terbaik untukmu.
Doakan untuk kebijakan, kesenangan dunia, naik pangkat.
Doakan untuk dapat fly ke oversea, dapat universiti top, dapat kerja yang diidam-idamkan.
Doakan untuk punya rupa rupawan, badan saiz sekian-sekian, rambut ala-ala artis itu.
Doakan untuk dijodohkan dengan si dia, dapat result terbaik.
Doakan isteri menang Akademi Fantasia, dan lain-lain lagi.

Itulah yang kita nak. Tapi, itukah yang terbaik?
Doakan untuk memiliki harta; mampukah pula kita berhadapan dengan ujian harta? Cintakan 'permainan dan senda gurau'.. Macam budak kecil..hehe..
Doakan untuk tampak menarik; mampukah berhadapan dengan ujian kecantikan?
Doakan untuk bijak; mampukah untuk berhadapan dengan ujian ujub, takabbur, hasad? Penyakit-penyakit hati yang membusukkan ibadah.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Boleh jadi, kerana tulah sebaiknya dimulakan doa dengan basmalah; dengan nama Tuhanku yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Supaya dimaqbulkan doa kita dengan sifat kasih sayang Allah.

Bila dah dapat, menyesal pula kerana minta yang tu..T.T
Tak tahu bersyukur? Hm...
Mungkin cerita di atas hanya cerita rakyat rekaan orang terdahulu. Namun, ada pengajaran dan ada benarnya juga.
Nak diberikan kisah benar dari pengalaman melihat diri dan orang lain sebagi pengajaran, takut nanti jadi fitnah & mengumpat yang keterlaluan pula. Cukuplah kot dengan cerita kanak-kanak ni..

Mintalah pada Allah supaya diberikan apa yang terbaik pada pengetahuan Allah.
kerana kita tak tahu apa-apa
Wahai Rabb kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkanlah kami dari azab seksa api neraka.

Moga-moga diberikan apa yang perlu, walaupun bukan itu yang kita mahu.
Sunugguh, Allah itu Maha Penyayang, Maha Bijaksana. Tak percaya? Paling ke kiri, kemudian kanan, dan fikir!
Sesungguhnya dalam perciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kehebatan Allah) bagi orang-orang yang berakal. [Aali Imran; 190]
*** 
Doalah sebanyaknya. Doa itu ibadah. Doa itu tanda manusia bergantung pada Yang Maha Memberi & Maha Penyayang.
Doalah dengan rasa antara berharap dan doa ditolak; mungkin kerana kesombongan apabila meminta dari Yang Maha Agung, Maha Hebat.

"Best la imam ni, Laju je doa. Cepat sikit habis."
Kurang ajar

Namun, jangan lupa untuk bersyukur
“Hai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rizki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah.” (QS. Al Baqarah: 172).
Elakkan berdoa dengan rasa tidak bersyukur dengan pemberian Yang Maha Adil, Maha Bijaksana.
Kita kan tak tahu apa-apa..

Dapat apa pun, bersyukur. Bersangka baiklah dengan Pemilik kita =)

Dia tidak zalim. Betul.. cayelah cakap saye..
wAllahut ta'ala a'lam

Setiap kata-kata boleh diambil dan dibuang kecuali kata-lata Rasulullah sallallahualaihi wasallam

No comments:

Post a Comment