03 January 2012

"Islam Syumul" yang sempit


Kita tak lagi berada pada awal abad ke-20, yang mana kesyumulan Islam dilihat satu konsep yang amat janggal, waima oleh sebahagian 'orang agama'
Kini ramai yang tahu tentang konsep ini; Islam tidak hanya pada tikar sejadah, namun pada Negara dan seluruhnya.

Memisahkan ibadah khusus dengan kenegaraan, ekonomi, hubungan antara ahli masyarakat, hubungan antarabangsa adalah ke arah konsep liberal. Ya. Yang ini ramai antara kita yang boleh menerimanya.
Tapi kadang-kala, dek kerana ‘kesyumulan Islam’ dalam aspek duniawi terlalu ditekankan, tertinggal pula asas Islam yang penting itu sendiri;
Asas Islam yang dilihat sebagai ‘tak syumul’; ibadah khususiah & ilmu berkaitan.

Kesannya, kita mampu & selalu bercakap
tentang keadilan dalam sudut ekonomi, lengkap dengan segala dalil, hujah & sirah; kerana Islam itu syumul,
politik yang bersih dan apa patut pemimpin buat, lengkap dengan segala dalil, hujah & sirah; kerana itu termasuk dalam Islam yang syumul,
kepentingan untuk maju dalam pelajaran; kerana Islam itu syumul,
khilafah Islamiah, daulah Islamiah, ustaziatul 'alam, fikrah yang tinggi tahap PhD
dan sebagainya.

Ini bagus.

Tapi ada yang tertinggal pula bahagian Islam yang ‘biasa-biasa’.

Solat, aurat, akhlak & bahasa, isu tabarruj, adab dalam berdebat, ilmu fiqh asas, tafsir dan yang terpenting, aqidah yang sejahtera. Ini kadang-kadang hanya disentuh secara sepintas lalu (kalaupun disebut) dalam ‘tazkirah’, ‘ceramah’, ‘pertemuan Islami’, ‘usrah’ atau apa saja namanya.

Untuk apa kita bercakap dan berjuang?
Ada saja yang menyokong prinsip Islam, kerana manfaat dunia yang boleh diperolehi;
Harga sos cili dan beras yang murah, perbelanjaan harian yang mencukupi untuk bermewah.
Memanglah, Islam itu memberi manfaat bahkan di dunia lagi

“Salahkah?”
Bukan itu persoalannya.
Baliklah kembali kepada asal.


Apa yang kita mahu?
Redha Allah yang Maha Tinggi, bukan?
Macam mana?
Ikut saja al-Quran & Sunnah;
Yang mana antara asas penting dalam Islam adalah ibadah khusus; syiar Islam itu sendiri.
Solat, qiam, zikir, akhlak, aqidah, puasa sunat, baca al-Quran,
dan lain-lain fokus & amalan‘Islam biasa-biasa’ yang dikatakan ‘jumud’ dan ‘tidak syumul’ itu.

dan juga aspek duniawi (yang juga penting) untuk melengkapkan perintah Allah ta’ala yang Maha Berkuasa.

Lihat saja ayat Makkiyyah (& Sunnah),
...dan ditambah dengan ayat Madaniyyah (& Sunnah).

Apabila pengamalan Islam itu dikatakan jumud kerana meninggalkan politik,
Jumud dan sempit jugalah apabila bercakap soal politik dan ekonomi tanpa melihat kepada ibadah khusus.

Bahkan pada hakikatnya, kalau benar-benar memahami Islam yang sebenarnya, orang yang benar-benar bersolat dan berzikir akan menolak dirinya ke politik (dan lain-lain), dan orang yang faham politik, daulah Islamiyyah & ekonomi Islam yang sebenarnya, akan menolak dirinya ke sejadah.

Meninggalkan sebahagian, dan mengambil sebahagian,
Rosak.

“(agar) janganlah kamu mengABDIkan diri selain kepada Allah..” [Hud:2]
..ayat yang ringkas, namun luas perbahasannya.

WAllahu ta’ala a’lam

p/s: oh, dah masuk 2012 rupanya.
tak lama tak ada artikel baru

No comments:

Post a Comment