11 January 2010

Islam atau Allah, yang mana Tuhanmu?

gambar kenangan SMSD '05 =)

"Woi! Kenapa pakai short tu?"
"Subuh, subuh, subuh!! Bangun bangun!"
"Eish! Dah lewat ni.. Nanti masbuk pula."
"Tolong belikan nasi lemak kat koop untuk aku sekali. Nak puasa juga esok."
"'Main ragbi' tak hari ni?"

Macam biasa dengar ayat-ayat ni kan? Kenangan manis semasa di sekolah dulu..=) Ayat-ayat biasa bagi orang yang nampak komited kepada Islam.
Set-set naqib

Tapi kan...

Tak tahu la kamu macam mana.

Sekadar berkongsi pengalaman diri. Bab kata abg Azmi, naqib kami dulu (yang amat berharap dapat jumpa kembali!), "Pengalaman ni guru terbaik yang tak berbohong" Lebih kurang macam tu lah. Tak ingat sangat dah...

Tatkala bersemanagat memberi 'nasihat' dalam ta'lim di surau, tatkala amat particular dengan makmum masbuk, tatkala amat tak suka dengan 'sodom', ada satu dua perkara yang kurang diberi perhatian.

Sampai satu tahap...

Apabila mendengar perintah-perintah Allah yang dibacakan itu, tatkala mendengar hadis-hadis yang dibacakan itu, yang agak 'bertentangan' dengan kebiasaan 'amal dakwah' yang selama ini diamalkan, terasa tak mahu nak ikut.
Tatkala mendengar ayat-ayat menceritakan kehebatan Allah, menceritakan tentang aqidah, terasa 'kurang seronok' walaupun amat *syadid dengan solat di surau atau seluar short & kain pelikat nampak pusat.
Dan beberapa contoh lain yang kurang ingat...

Tiba-tiba terfikir, "Tuhan yang aku sembah ni Islam atau Allah?"

Menitikberatkan Islam lebih daripada perintah-perintah Allah. Pelikkan?

"Apa yang peliknya? Bukankah perintah Allah itu Islam? Berfalsafah la pulak.."
Betul tu! Tapi terasa pelik apabila dakwah yang dilakukan adalah kerana 'nak meninggikan Islam' dan bukan kerana 'nak meninggikan Allah azza wa jalla'. Niat dah lain... Yang bermain di kepala hanyalah "Islam Islam Islam" dan kurang sangat "Allah Allah Allah"!


Syariat Islam diagung-agungkan, dipertahankan mati-matian sehingga sanggup disinis dorm-mates, marah-marah orang dan sebagainya. Tapi Allah diambilringankan.. Dakwah/Islah apakah?


Taklah saya nak kata niat 'nak meninggikan Islam' itu salah, atau betul. Cumanya yang memang diyakini betul, matlamat/niat akhir itu adalah 'kerana Allah azza wajalla'; yang benar-benar tertanam di hati & bukan hanya mainan mulut.

"Aku buat ni kerana nak tinggikan Islam, sebab Allah suruh,"
"Aku belajar ni kerana nak menggembirakan mak ayah, sebab Allah suruh,"
Tapi apabila ditanya benar-benar hati sendiri, matlamat/niat akhir 'sebab Allah suruh' itu tak ada pun! Atau ada sedikit, yang diatasi niat 'kerana Islam' atau 'kerana mak abah'
Bolehkah? Allahua'lam...

Dari niat itu, terhasillah cara kerja. Betul niat itu, membantu untuk betul cara kerja. Tatkala niat itu kerana Allah s.w.t. dan Rasululullah s.a.w., insyaAllah akan mudah menerima nasihat-nasihat dari Allah & Rasulullah dalam buat kerja, dan buat apa yang Rasulullah s.a.w. buat. Dan juga hendaknya penat lelah, masa prep & masa tidur, rasa sakit dipulaukan dan dikutuk itu dibalas oleh Allah dan bukan sia-sia!

Dan bukannya 'menasihat' dengan tangan atau kaki atau makian tanpa hikmah atau bersms mengejutkan 'teman seperjuangan' berlawanan jantina (i.e 'si dia') untuk bangun tahajjud, tapi dengan cara yang Rasulullah ajar.
Bukannya berkeras nak meninggikan amalan Islam secara juz'ie/pecahan menurut apa (dan hanya apa) yang diwariskan oleh senior atau nenek moyang tetapi lebih syumul mengikut kemampuan.
Bukannya bertegas nak meninggikan Islam warisan; warisan dari senior-senior sekolah ataupun Islam warisan nenek moyang yang kesannya antaranya apa yang saya namakan sebagai "sindrom Islam Sentimen". InsyaAllah akan disentuh dalam artikel lain. Baca sini
Ataupun buat kerja dakwah sebab nak tambah sijil! Ni lagi parah...


Orang lain pun semangat dalam berpersatuan; Persatuan Koir, Infinity Milers, Kelab Korea, Kelab Gamers... Sanggup korban masa study, berpenat lelah untuk persatuan dan lain-lain; sama sahaja dengan penggerak persatuan dakwah; atau mungkin lebih lagi. Adakah semangat & bekerja kerasnya kita dalam persatuan dakwah itu, sama saja niatnya dengan mereka di persatuan lain? Atas dasar persatuan semata-mata, dan Allah jauh sekali di hati!
Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
Hadis Riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim

Niat kerana apa pun, zahirnya boleh kelihatan sama saja.

'Persatuan dakwah' itu ada konotasi agama padanya.
'Hijrah' itu juga ada konotasi agama padanya. Hijrah itu benda susah. Kena meredah padang pasir yang panas terik, kena menyorok dari kafir Quraisy, kena tinggalkan harta & pergi sehelai sepinggang ke tempat yang entah bagaimana dan apa nak makan, dan pelbagai lagi.
Tapi jika niat bukan kerana Allah & Rasul...?? 'Agama' dan tak jadi agama. 'Ibadah' dah tak jadi ibadah. Nauzubillah!


Allahua'lam!
Kenapa jadi begini ya? Benarkah ini terjadi ya?
Sekadar berkongsi perasaan & pandangan. Silalah betulkan.

(*syadid=sangat berkeras/bertegas)
Setiap kata-kata boleh diambil atau ditolak kecuali kata-kata pemilik kubur ini (maqam Rasulullah)

1 comment: