10 January 2010

Kenapa tak nak berblog?



Kenapa tak nak berblog?

Asalnya, tertarik juga nak buat blog sendiri… Lepas baca blog-blog orang lain, terutama blog kenalan-kenalan, rasa nak berblog tu makin naik.

Boleh luahkan pandangan, boleh kongsi-kongsi ilmu.

Boleh jadikan saluran dakwah.

Tapi, kenapa rasa macam tak nak berblog?

Malas nak kemas kini blog? Tu salah satu sebabnya.
“Bukan malas, tapi sibuk la katakan...” 
Konon…
Memanglah saya ni bukanlah rajin sangat… Susah nak nafikan =P

Tapi antara sebab yang agak utama kenapa lambat nak memulakan blog adalah, berkenaan artikel-artikel yang nak diletakkan.

“Apa yang aku tulis ni, betul ke tak? Tepat ke tak? Dah sampai tahap aku buat ke tak?” adalah antara perkara yang selalu bermain di central nervous system ini.

Serta ‘kesibukkan’ yang membuatkan ‘tak dapat hasilkan artikel dengan kerap’. 

Bahkan sebelum buat blog pun, dalam percakapan-percakapan & artikel-artikel yang pernah ditulis yang dimuatkan di beberapa tempat (kamu pun tahu di mana rasanya...), agak kerap untuk sangat (-sangat-sangat) terfikir macam di atas.

Selalu juga timbul rasa sesal yang menghantui perasaan.
Benar-benar menghantui! Bukan hantu yang main-main. Namun tidaklah sehingga sering membawa ke mimpi. Kadang-kadang saja itu adalah.

Tambah pula apabila terbaca satu artikel di blog ustaz Hasrizal yang boleh saya simpulkan sebagai memaksudkan ‘apabila orang yang tak layak bercakap, nak bercakap’ (http://saifulislam.com/?p=4354)
Terutama hadis yang mengakiri artikel itu. Sangat menakutkan!

Bab kata budak Sains Dungun “berdokek atah pale!”

Saya bukan pelajar syariah, tapi amat suka pula bercakap tentang fiqh & dalil.

Saya bukan pelajar syariah mahupun budak sekolah agama, tapi suka pula bercakap tentang isu Islam yang macam berat.
Tapi perkara-perkara inilah yang amat saya minati, dan yang saya mahu tulis!


Bab niat pun satu hal. Takut jadi ria’, takut jadi ujub.
“Tak buat sebab takut ria’, tu pun ria’!”
Oh, ok…

Dan beberapa sebab lain lagi yang tak nak ditulis kerana memikirkan kesannya kepada 'maslahah ummah' (pergh!) i.e. kawan-kawan

Petikan dari YM baru-baru ni: (tak kisah kan Rahimi..?) 
Rahimi: salam..
Rahimi: wat blog sndiri ke?
Rahimi: haha
silver_semesdian: saje main2
Rahimi: ha
Rahimi: main2 pulak
silver_semesdian: cukup umur
silver_semesdian: tutup la kot blog tu
Rahimi: hahah
silver_semesdian: tgk la...
Rahimi: tnda org tak yakin apa yg dibuat..
silver_semesdian: bukan tak yakin
silver_semesdian: tp takut...
silver_semesdian: takut menyebarkn yg tak pasti
silver_semesdian: or takut tak beramal dgn apa yg dikatakan
Rahimi: oo
Rahimi: so jd la org yg beramal..
Rahimi: n sebarkan benda yg pasti..
silver_semesdian: mmg la
silver_semesdian: cumanya klu tetiba terjauh sgt lari dr 2 benda tu
silver_semesdian: tutup blog is one of th option
Rahimi: hah
Rahimi: haha
Rahimi: okay...
“Habis tu, kenapa buka juga blog?”
Hm… betul juga. Nantilah saya jawab. Isi-isinya dah ada. Cuma ‘agak sibuk’ sikit.. Hoho…


(p/s: ni antara sebab mengapa saya tak berblog, yang menyekat diri dari buka blog. Ada beberapa sebab lagi tapi dah dibuang atas sebab tertentu. Memandangkan saya dah buka blog, jadi kebanyakkan sebab tu dah tak valid.)


"Kalau dah tak valid, kenapa cerita juga kat orang?"


Semua kata-kata boleh diambil dan ditolak kecuali kata-kata pemilik kubur ini (maqam Rasulullah s.a.w.)

No comments:

Post a Comment