08 November 2012

bosan


Kebanyakkan orang adalah tidak beragenda & bersifat ‘mengikut’, dan sebahagian sahaja bersifat memimpin dan mewujudkan agenda. Sebahagian lagi mempunyai kedua-dua sifat, mampu mempengaruhi orang dan pada masa sama, mengikut agenda orang di atas.

Suara terkini, atau agenda utama, atau isu yang menjadi perhatian, atau cara fikir, atau mindset, atau ‘ism’, atau ideology dan yang seumpama dengannya, kebanyakkannya berasal, dimulakan, dan dikehadapankan oleh sekumpulan kecil ‘sumber’

‘sumber’ itu boleh jadi media massa; ‘mainstream’, atau ‘alternatif’ (yang mana definisi kedua-duanya adalah subjektif), atau pemimpin@orang yang berpengaruh@sistem kepercayaan yang terawang-awang.

Dari sumber kecil ini, kerana kebanyakkan manusia bersifat mengikut, agenda/ideology/mindset/berita/isu yang menjadi mainstream dalam kelompok-kelompok manusia adalah mengikut atau berdasarkan atau sangat dipengaruhi oleh ‘sumber.’

‘Sumber’ dan ‘agenda’ itu banyak, dan yang mana berjaya menjadi mainstream dan diikuti bergantung pada banyak perkara:
1.       Populariti. Kebiasaan orang akan mengikut agenda yang popular, menjadikannya lebih popular dan berpengaruh.
2.       Agenda mula menjadi popular jika disuarakan oleh manusia yang hebat mempengaruhi, samada dengan kebolehan berpidato dan mengambil peluang@berpolitik, kebolehan fizikal, atau diulang-ulang banyak kali.
3.       Cara penyampaian.
4.       Etc.

Hujah
Hujah menyokong sesuatu ‘agenda’ boleh dicari dan dicipta, dan boleh disokong dengan fakta yang benar. Apabila bercakap tentang hujah, banyak isu kompleks di sekelilingnya.

Fallacies
Ramai, ramai dan RAMAI orang tidak mampu melihat ‘penipuan’ (secara sengaja atau tidak sengaja, dengan niat baik atau jahat atau tiada niat) di sebalik fallacies. Ia memerlukan pemikiran kritis, objektif. Bercakap tentang pemikiran yang objektif@ tidak bias, itu satu hal yang sangat sukar.
Cara hujah disampaikan amat mempengaruhi penerimaan orang ramai. Seorang yang bercakap dengan mono-tone sebagai contoh, walaupun penuh dengan isi dan fakta, tidak akan mampu mempengaruhi orang. Cara percakapan bersemangat, dengan lenggok bahasa, bemain kata dan lawak, ditambah pula dengan fallacies akan lebih mempengaruhi manusia.

Fakta juga ada isu yang perlu dilihat
Fakta boleh jadi benar, boleh jadi salah (penipuan fakta), boleh bercampur aduk antara benar dan salah (dan dengan menghiglightkan fakta yang benar, fakta yang salah itu juga akan boleh dilihat benar). Fakta satu hal, tafsiran dan konklusi itu satu hal yang lain.
Konklusi yang salah boleh saja dibuat berdasarkan fakta yang benar. Dan parameter dalam menentukan konklusi mana yang ‘benar’ dan mana yang ‘salah’ itu pun satu isu besar. Siapa yang ada hak menetapkan parameter tersebut dan meng’endorse’kannya ke atas individu lain?

Kesimpulannya,
Agenda/isu yang berjaya menjadi mainstream bukanlah sangat bergantung pada samada ia benar atau salah, tapi bergantung banyak pada benda-benda sampingan yang menghiasi sekeliling agenda tersebut. Dan benda sampingan itu bukanlah sangat pemikiran objektif atau kebenaran, tapi lebih kepada perkara yang bermain-main dengan mekanisma manusia berfikir dan membuat keputusan.

Memenangkan agenda bukan hanya dengan hujah, bahkan kebenaran hujah itu pun bukan penting sangat. Tapi dengan ‘benda-benda sampingan’ yang mampu mempengaruhi manusia kebanyakkan.

Sekian saja, karutan buat kali ini.
Suara budak kecil yang bosan melihat gelagat di internet