02 September 2010

pohon epal


(Diambil dari: al-Ulum 2004, BADAR sekolah Menengah Sains Dungun)

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari.
Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut.

Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu...
Budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut.
Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

“Marilah bermain-main di sekitarku,” ajak pokok epal itu
“Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab hudak remaja itu.
“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah budak rermaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ.
Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu pagi, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu
“Aku tiadä masa untük bermain. Aku terpaksa bekerja untuk wang. Aku ingin menyambung pelajaranku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya budak Itu.
“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai wang. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau jualkanya.” Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya.
Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu..


Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu.
Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

“Marilah bermain-main di sekitarku, ajak pokok epal itu.
“Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk berkeluarga dan mempunyai rumah sendiri. Malangnya aku kekurangan wang."
“Aku tidak mempunyai rumah untuk menolongmu. Ambillah batangku ini untuk dijadikan rumah. Kau akan dapat hidup dengan gembira,” cadang pokok epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia datang menuju pokok epal itu.
Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

“Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi hendak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buah dan dahanku untuk kau jual dan batangku untuk kau buat rumah. Aku hanya tingggal tunggul yang hampir mati...” kata pokok epal itu dengan nada pilu.
“Aku tidak mahu apa-apa lagi daripadamu. Aku cuma ingin berehat,”
“Jika begitu, rehatlah di perduku,” cadang pokok epal itu. Mereka berdua menangis kegembiraan.

BAYANGKANLAH RAKAN-RAKAN SEKALIAN, POKOK EPAL YANG TELAH BANYAK BEKORBAN KERANA SAYANGNYA KEPADA SEORANG BUDAK LELAKI, NAMUN BUDAK LELAKI ITU TIDAK PERNAH PANDAI UNTUK MEMBALAS JASA.
BEGITULAH SENARIO ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA....

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Israa': 24)

Peringatan untuk diri sendiri juga

No comments:

Post a Comment