16 September 2010

Menung di Pagi Raya


Assalamualaikum.
A short one insyaAllah
Oh, bukan nak bercerita pasal raya, walaupun ada sedikit kisah ‘menarik’ yg berlaku.
Kisah jem yg entah berapa kilometer di Kuala Krai dan kisah ‘jejak kasih; 18 tahun tak jumpa, itu lain kali lah kot.
Semasa tengah jemur kain tadi, tiba-tiba teringat kepada kata2 seorang tetamu yg datang ke rumah baru2 ni dan artikel “Ada Apa dengan Gitar?

Jumud!

Apabila timbul isu khilaf@perbezaan pendapat, isu salafi-khalafi, isu ‘wahabi’, saya antara yg menyokong mereka yang menyeru tindakan berlapang dada pada hal khilaf. (walaupun sy juga kadang-kadang tidaklah begitu 'cakap serupa bikin' dalam hal ni)
Dan semakin banyak kelihatan kata2 & komen2 di internet yg menyeru kepada hal yang serupa.
Marah2 pada mereka yg berfikiran sempit yg tidak dapat menerima khilaf.
“Jumud!” kata mereka.
Agak menggemberikan pada awalnya…

Tapi baru perasan, dalam berlapang dada pun, kita melihatnya pada sudut berbeza.
Pada yg pro-salafi (kalau boleh sy katakan begitu…), ‘jumud’nya bermaksud mereka yg tak dapat menerima  pandangan mereka, malah melabel fahaman mereka dengan tuduhan liar dan caci maki tanpa hujah yg haq. Tak mampu berlapang dada kepada mereka yg nak membawa kepada kepelbagaian pendapat  yang lain dari tradisi Tanah Melayu. Masih berpegang dengan amalan yang tiada nas dan tak mahu berubah.

Pada yg pro-khalafi (kalau boleh sy katakan begitu…), ‘jumud’nya pula ditujukan kepada mereka yg mahu menghidupkan kembali perdebatan masalah khilaf, berdebatan ulama’ yg dah ribuan tahun asal-usulnya. Jumud kerana tak dapat menerima amalan2 yg dikatakan bida’ah sedangkan itu isu khlilaf yg perlu berlapang dada.


Akhirnya, ‘berlapang dada’ itu, tidaklah ‘selapang’ yg saya sangkakan.
Sebilangannya menekankan supaya YANG LAIN berlapang dada dengan pendapat mereka, dan mereka pula dengan sikap ‘hanya aku yang betul’.

“Ada apa dengan Gitar?”

Padanya adalah khilaf yang hangat sejak ribuan tahun yang diperdebatkan ribuan ulama’ yang hebat, dan bagaimana SIKAP umat Islam berhadapan dengan hal yg disabdakan Rasulullah yg lebih kurang terjemahannya:

Dan apabila ia menghukumi satu perkara, lalu berijtihad dan keliru, baginya satu pahala. [muttafaqun 'alaihi insyaAllah]

"Ada apa dengan gitar?"Ada isu besar di belakangnya yang pernah menjadi sejarah hitam pekat umat, ketamadunan & khilafah Islamiah; padanya juga ada nyawa ribuan umat Islam, maruah Muslimin & maruah Islam; kalaulah kita faham.

dan kalaulah kita peduli!

Wallalhu ta’ala a’lam. 
Selamat hari raya!

No comments:

Post a Comment