“Hm... Nyaman cuaca hari ni kan?” Adam memulakan bicara.
Adam dan Alin, dua orang penghuni di sebuah hospital sakit jiwa, berjalan-jalan di kawasan hospital satu petang.
Tiba-tiba, Alin terjun ke dalam kolam renang. Lemas! Tanpa mengira keselamatan dirinya, Adam terus terjun menyelamatkan Alin. Dia berjaya menarik keluar Alin dari kolam.
Keeesokan harinya, kisah keberanian Adam sudah pun tersebar ke seluruh hospital. Adam dipanggil berjumpa dengan para doktor di situ.
“Adam, kami ada berita baik dan berita buruk untuk kamu.” Pengarah hospital memulakan bicara.
“Berita baiknya, memandangkan apa yang kamu lakukan semalam, kami berpendapat kamu sudah siuman & boleh meninggalkan hospital ini.”
“Tapi berita buruknya pula, Alin yang kamu selamatkan semalam ditemui meninggal dunia pagi tadi. Dia menggantung dirinya dengan tali di bilik air.”
“Oh. Sebenarnya saya yang menggantung Alin. Saya nak keringkan dia yang basah semalam.” Jawab Adam.
****
Pernah dengar cerita ni? Sekali baca, kelihatan seperti cerita lawak (maaflah kalau saya tak dapat jadikan cerita ini kelihatan lawak). Namun insyaAllah ada pengajaran yang boleh diambil.
Kalau dilihat dalam situasi ni, siapakah yang betul? Bagi kita, apa yang Adam buat tu, memang sangatlah tak betulnya. Tapi kalau dilihat dari perspektif Adam & dunia peliknya, apa yang Adam buat tu, memang berniat baik! (Kan?) Nak menjemur Alin yang basah. Dalam dunia peliknya, semua benda basah dikaitkan dengan gantung & jemur. Lain orang, lain cara mereka melihat sesuatu perkara. Tapi contoh ini mungkin agak ekstrim (agaknya..?).
Perbezaan perspektif @ cara melihat.
Perbezaan pendapat memang tak dapat dielakkan (kecuali dengan terperuk seorang diri dalam rumah di Vista (macam saya sekarang T.T) atau bertapa seorang diri di Banjaran Titiwangsa) selagi mana kita bertemu dengan makhluk bernama manusia.
Lagu instrumental menenangkan jiwa, atau mendera mental? Gula-gula merosakkan gigi? Tidaklah! Ia sumber tenaga! Bola sepak sukan paling popular di dunia; atau permainan pelik yang mana orang berpusu-pusu mengejar sebiji bola?
Dalam berbincang, berorganisasi, berumah tangga(?) dan berhousemate, perbezaan (bukan ‘perselisihan’) pendapat itu biasalah. Setiap orang mempunyai perspekti sendiri dalam melihat sesuatu perkara. Berbincanglah, buat kesimpulan & tutup perbincangan dengan baik. Berlapang dadalah jika pendapat kita ditolak.
Janganlah bersikap “hanya aku yang betul” kerana kita bukan yang Maha Bijak.
Dan selepas berbincang, mungkin kita dapat belajar sesuatu dari pendapat orang yang berbeza dengan kita;
melihat masalah & dunia dari perspektif yang lain dari kita.
Teringat akan kisah Imam Hasan al-Banna.
Semasa ahli suatu masjid mahu mendirikan solat tarawikh, mereka bertelingkah mahu mengerjakan 8 atau 20 rakaat. Berselisihan sehingga timbul kata-kata kasar. Imam al-Banna tiba dan ditanya, siapakah yang betul. Katanya,“Apa hukum solat tarawikh & apa pula hukum menjaga kesatuan ummah?”
Mereka berkata,”Solat tarawikh itu sunat, manakala kesatuan ummah pula wajib.”
“Apakah kamu mahu mengorbankan ke-satuan umat Islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat? Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian”. Jawab Imam al-Banna. Lebih kurang begitulah dialognya.
Subhanallah!
Kadang-kala pendapat yang ditolak itu mungkin hakikatnya adalah yang lebih baik berbanding keputusan dari perbincangan. Tapi, what is the worst thing can happen if that 'less better idea' is taken? Ada orang akan matikah? Mungkin ayat ini agak exaggerate, tapi fikir & fikirkan...
Pentingkan yang lebih penting dari yang penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting; bak kata naqib pada satu malam 2002 dahulu...
status hadis yg ada dalam gambar ni gagal dikenal pasti...ada sesiapa yang nak tolong?
Oh, tidak! Saya tak mahu hidup di dunia itu! Kenapa? Bayangkan jika semua meminati kejuruteraan, maka siapakah yang mahu & mampu menyelesaikan masalah psikologi manusia atau membela lembu untuk dimakan?
Dan lagi. Manusia itu tak sempurna kemampuan fizikal & akalnya. Tak dapat fikirkan semuanya dalam segenap aspek. Perbezaan perspektif & pendapat inilah yang diperlukan untuk mengatasi masalah. Siapa yang biasa berorganisasi, pasti mudah memahami hal ini. Bayangkan jika semua berfikiran sama. Tiba-tiba timbul satu masalah. Jika seorang tak mampu menyelesaikannya, pasti yang lain juga ternganga-nganga!
Perbezaan pendapat itu satu rahmat dari Allah, sebagaimana gula. Jika pandai digunakan, maka sedaplah masakan. Jika berlebihan & tak pandai mengawalnya, obesitilah & kencing manislah jawabnya.
Nikmat ‘perbezaan pendapat’ ini jika tak pandai digunakan, berlakulah pertelingkahan, perselisihan & pergaduhan. Kenapa? Kerana kita tak ikut cakap Dia yang Paling Genius:
“...kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisih pendapat) dalam sesuatu, maka kembalikannya kepada Allah (al-Quran) & RasulNya (sunnah) jika kamu benar-benar beriman (percaya) kepada Allah & hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik & leboh elok kesuda-hannya” [an-Nisaa’; 59]Berbincang & bertanyalah untuk mendapat kepastian
“..maka bertanyalah kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui [an-Nahl:43]Rujuklah al-Quran & Hadis: jika perselisihan pada perkara kecil, maka berdamailah untuk menjaga perpaduan ummah; jika pada perkara besar, maka rujuk al-Quran & Hadis serta bertanya pada yang tahu, bermesyuarat dengan baik & bertawakkal kepada Allah yang Maha Hebat.
Allahua’lam.
Sumber inspirasi:
“Hidup Bukan Rahsia: Fikirkanlah” Zabrina A. Bakar
saifulislam.com
hm.. asal-asal nak surf internet pasal nak cari gambar M208. nak cari sekeping je pun. Last-last terlepal kat facebook yg membawa terkeluarnya 2 artikel kat sini...
ingat deadline Man!
No comments:
Post a Comment