07 July 2010

the mission



Gelas-gelas arak dan penyanyi-penyanyi wanita memiliki kemampuan untuk menghancurkan umat Muhammad lebih daripada kemampuan yang dimiliki oleh seribu buah meriam… Maka hendaklah kamu menenggelamkan mereka di dalam keghairahan kepada kebendaan dan syahwat


Sesungguhnya perancangan kamu terhadap dunia Islam hendaklah untuk melahirkan generasi yang tidak mengenal hubungannya dengan Allah dan tidak berkeinginan untuk mengenaliNya,
kamu mengeluarkan mereka dari ajaran Islam tetapi kamu tidak mengkristiankan mereka.
Dengan itu, akan lahir generasi muslim yang bertepatan dengan kehendak kita (penjajah),
generasi yang tidak mengambil berat pada perkara-perkara besar, 
generasi yang suka berehat dan pemalas, 
generasi yang menggunakan sepenuh keupayaan dalam kehidupannya untuk syahawat, 
apabila belajar adalah untuk syahawat keduniaannya, 
apabila mengumpul wang adalah untuk syahawat keduniaannya, 
apabila mendapat kedudukan dalam kepimpinan adalah untuk syahawat keduniaannya…



Banyak surat sampai kepadaku sama ada dari Morocco, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu (Palestin). Penulis-penulisnya mencadangkan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang khalifah atau perkara-perkara yang seumpa dengannya. Namun seperti biasa aku akan menjawab:


Kita WAJIB memulakan usaha Islam ini dari bawah; iaitu melalui TARBIYAH INDIVIDU. Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan sendiri dan tidak mampu melaksanakan satu keputusan atau resolusi. 
Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka kosong?”


[Syakib Arsalan]
ohter

No comments:

Post a Comment