journey of life =)
Mungkin ada yg dah bosan dengan artikel kali ni..Dah banyak kali disebut. Tapi nak share jugak!
Sepanjang 20 tahun lebih kita hidup atas muka bumi Allah yang Maha Suci ni, mesti banyak pengalaman yang kita dapat.
Pengalaman berjumpa pelbagai jenis orang.
Tak kisah la siapa-siapa pun.
Solat awal waktu, disiplin masa sungguh terjaga, tengok muka pun sejuk mata..
Senyuman tak pernah lekang. Tolong orang tak kira masa.
Cakap lemah lembut. Jaga bahasa walau tengah marah.
Ilmu tinggi melangit, tawadhuk merendah ke bumi. Walau selalu dipuji, tak pun nampak bangga diri.
Hubungan dengan mak ayah pun bagus. Tak macam kita, sikit-sikit hempas pintu. Mak panggil minta tolong pun tak jawab.
Solat dhuha, solat tahajjud, subuh berjemaah macam mainan aja. Mudah!
Diuji macam-macam, tapi masih ‘cool’. Tak macam kita. Orang potong queue pun menyumpah sakan.
Diejek, dilabel macam-macam kerana nak mengajak orang lain buat baik!
Diejek, dilabel macam-macam kerana nak mengajak orang lain buat baik!
Pergi mana-mana, semua orang nak dekat dengan dia. Minta pandangan. Minta nasihat.
Dan pebagai lagi lah!
Bandingkan diri dengan mereka dengan kita.
Jauh melangit berbeda!
Jauh panggang dari api.
Hulur tangan ke atas, cuba untuk mencapai darjat mereka. Tapi macam terlalu jauh untuk digapai…
Siapa mereka? Dah ada apa-apa nama dalam kepala masing-masing?
Cuba bayangkan jika soalan ini ditanya pula pada mereka, apa jawapannya?
Pasti ada pula bayangan wajah-wajah manusia yang mereka kagumi keIslamannya, yang jauh lebih hebat dari mereka!
Tanyalah pula pada mereka, dan individu di atas mereka, dan individu di atas mereka.
Siapa pula mereka berbanding para muslimin terdahulu?
Siapa pula mereka berbanding para ulama' terdahulu?
Siapa pula mereka berbanding para tabi'in?
Siapa pula mereka berbanding para muslimin terdahulu?
Siapa pula mereka berbanding para ulama' terdahulu?
Siapa pula mereka berbanding para tabi'in?
Siapa pula mereka berbanding para sahabat radiallahu anhum?
Sanggup dicelup dalam minyak panas berbanding diberikan sebahagian harta raja yang belum beriman.
Mengorbankan diri demi insan yang ‘suruh buat macam-macam’.
‘Dipanggang’ atas bara api hidup-hidup. Bara api yang untuk membentuk besi menjadi parang.
Dan antara 100,000 para sahabat yang hebat itu, tak semua dijamin masuk syurga!
10 orang yang disebut namanya oleh Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam.
Ahli perang Badar.
Dan beberapa golongan lagi.
Yang lain-lain?
Insan-insan yang kita kagumi itu?
Ustaz ustazah di TV tu?
Imam-imam itu?
Imam-imam itu?
Pasti dan pastikah mereka masuk syurga tanpa ke neraka dahulu?
Siapa pula kita?
Benda-benda syirik, khurafat pun boleh buat main. Tak habis-habis dengan ramalan, tenung nasib; walaupun "ala, main-main je..."
Masih terkapai-kapai dalam bab aurat.
Masih terkapai-kapai dalam bab aurat.
Masih acuh tak acuh dalam bab tiang tonggak agama. Solat awal waktu, solat jemaah apatah lagi.
Solat awal waktu bila rasa rajin, bila ada mood.
Sebelum exam, bersungguh-sungguh doa, solat hajat. Dah dapat result..? Allah azza wa jall entah di mana.
Akhlak kurang terjaga.
Benda kecil pun nak menyumpah.
Bercakap tak jaga. Mengumpat a.k.a. menghina kawan tu biasa...

Semua orang layan macam adik sendiri; tak jaga batasan.
Qiuamullai seminggu sekali pun payah. Orang lain tertinggal qiamullai walau sehari pun dah rasa tak best.
Qiuamullai seminggu sekali pun payah. Orang lain tertinggal qiamullai walau sehari pun dah rasa tak best.
Apabila ada yang menegur, pandang ‘slack’. Terasa diri bagus. Terasa diri hebat.
Mak panggil buat donno.
Ilmu agama tersangkut setakat SPM.
Dakwah? “Aku bukan ustaz.”
Sekali lagi.
Insan yang kita kagumi itu?
Pasti dan pastikah mereka masuk syurga tanpa ke neraka dahulu?
Kita pula?
“Masuk neraka sekejap aja… Nanti masuk syurga juga.”
60 tahun hidup vs beratus ribu tahun di sana. Gunakan logik. Fikirkan..
Nauzubillahi min zaalik!
Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu [al-Baqarah: 148]
Berhenti beralasan. Berhenti dengan ‘ikut suka hati aku la’
Berhenti dengan ‘jangan skema sangat’.
Berhenti dengan ‘tunggu tua nanti’.
Syurga bukan semurah, sehina itu.
Syurga bukan semurah, sehina itu.
Jangan sombong wahai diri. Aku dan kamu bukan siapa-siapa.
(click here for full video)
siapa yang kita akan jumpa si syurga nanti?
manusia-manusia yang hebat
kalau tidak ke syurga, apa lagi pilihan yang ada?
"Kalau begitu, siapalah yang layak masuk ke syurga?"
Seorang muslim itu jiwanya (sepatutnya) berada antara dua keadaan. Antara takutkan azab Allah & yakin dengan sifat ar-Rahim Allah. =)
Allah Maha Pengampun; banyak kali disebut dalam al-Quran.
Allah boleh dan mampu untuk ampunkan apa saja, siapa saja tanpa syarat bahkan tanpa diminta hambaNya, jika Dia mahu. Dengan sifatNya yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.
Dia juga mampu dan boleh membalas dan mengazab sesiapa saja, dengan sifatNya yang Maha Adil, Maha Keras pembalasanNya.
Rahmat dan pengampunan Tuhan kita itu luas. Tersangat luas.
Dan azabNya dan keadilanNya juga sangat hebat.
http://drmaza.com/home/?p=1191
wAllahu ta'ala a'lam
p/s:gambar anda tak diletak di atas, tak semestinya sebab anda tak layak ye.. Sbb org2 di atas tu most likely tak baca blog ni. Selamat sikit...

kalau letak gambar anda, takut2 ujub plak nanti..=)
aiman..i guess i noe dat muslimah in d pic!!my best fren!!!
ReplyDeletedah cover pun dpt cam.. memg best fren.
ReplyDeletetak perlu bitau org lain kan? =)
mmg x perlu.. :)
ReplyDelete