11 December 2013

Rumah


Alhamdulillah, berterima kasih pada Allah ta’ala, masih mengurniakan hidayah & taufiq kepada kita.

Perjalanan kita: untuk kembali ke rumah kita yang sebenar
Kita semua tahu pasal ini
Dunia hanyalah persinggahan sementara; rugilah kalau dilalaikan dengan kehidupan dunia-bersenang, hidup sekadar untuk meneruskan kehidupan sementara menanti mati.

Beruntunglah bagi yang membuat persiapan.
Bagaikan kita yg bersiap utk graduate, untuk exam,
Bersiaplah untuk menuju Allah ta’ala, berjumpa Tuhan yang kita sembah hari-hari, yang kita abdikan diri kita kepadaNya hari-hari

Setiap usaha kita takkan disia-siakan insyaAllah
Ganjaran yang lebih hebat daripada apa yang kita mampu dapat
Keseronokkan menyelesaikan masalah, keghairahan belajar, adrenaline rush semasa main game, seronok berjalan di negara orang, seronok pergi Disneyland Paris, seronok bersembang..Itu semua boleh kita  dapat berkali-kali ganda lagi di syurga yang penuh nikmat.
Di syurga yang penuh dengan kejutan demi kejutan, dengan keseronokkan yang kita tak terbayang pun.

Sebaliknya, kalau kita sesat dalam mencari jalan pulang,
Kalau kita menyerah kalah pada nafsu, pada ajakan syaitan yang hanya menipu,
Pilihan kita bukanlah menjadi papa kedana, bukanlah dicemuh masyarakat, bukanlah tak makan berhari-hari,
Tapi pilihan kita selain daripada balik ‘rumah’ adalah neraka yang sangat hebat azabnya
Yang dijaga oleh malaikat yang bengis, yang tak akan sekali-kali ponteng dan buat lebih kurang dengan arahan Allah ta’ala.

Bersungguhlah dalam ketaatan kepada Allah
Jangan tertipu dengan tipu daya syaitan
Sibuk, sibuk, sibuk
Tidaklah kita menangguh pergi ke tandas seharian dengan alasan sibuk.
Tidaklah kita menangguh makan minum seharian kerana sibuk,
Ini semua isu prioriti. Itu semua isu kita dengan iman kita, kita dengan tipu syaitan.

Bersungguh-sungguhlah mengajak manusia kepada Allah, yang merupakan salah satu perintah besar Allah kepada kita.
“Maka demi Allah, sekiranya Allah memberi hidayah kepada seorang sahaja (kerana da’wah) melalui diri mu, (itu) adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu memiliki unta-unta merah.”

Sebagaimana kita cemburu dengan kawan2 yang dah mampu pakai merc, dah mampu pakai audi,
Sebagaimana kita cemburu dengan kawan2 yang dah graduate, dah kerja
Sebagaimana kita cemburu dengan kawan2 yang dah berjawatan besar
Sebagaimana kita cemburu dengan kawan2 yang beriphone 5s, bergalaxy 4,
Maka cemburulah dengan kawan2 yang sudah jauh meninggalkan kita dalam amal dakwah
Yang sudah banyak mengumpul ‘unta-unta merah’ buat bekalan menuju destinasi yang pasti dan pasti akan tiba
Kita tidak bercakap tentang tabi’ien, tentang imam-imam besar, tentang tokoh-tokoh hebat,
Taki kita bercakap tentang rakan-rakan sekeliling kita.
Yang sebaya dengan kita, yang juga pelajar, yang juga punya jiwa muda dan keinginan sama seperti kita.

Moga Allah ta’ala izinkan kita termasuk dalam golongan hambaNya yang bersungguh dalam agama, bersungguh mengajak manusia kepadaNya, termasuk dalam golongan yang meninggalkan perdebatan sia-sia dan bermusuhan dengan kaum muslimin, adik beradik kita tanpa hak atas nama ‘dakwah’.

Wallahua'lam