12 June 2010

2:275 bahagian 2

(Assalamualaikum =) sebaik-baiknya sila baca dahulu artikel yang sebelum ini sebelum baca post ini)
Ok. Serious mode now!
(Maaf kerana artikel ini mungkin lebih boring daripada artikel2 sebelum ini. Tak tahu macam mana nak santaikan topik berat macam ni..)
Pembahagian riba ada beberapa jenis, bergantung kepada hasil kajian ulama’ terhadap al-Quran, Hadis dan sumber rujukan syariat yang lain. Namun, pada dasarnya, pembahagian riba tersebut merangkumi perkara yang lebih kurang sama.

Pembahagian riba yang akan saya terangkan adalah seperti di bawah (berdasarkan ustaz Zaharuddin Abd Rahman a.k.a. UZAR):


Riba ad-Duyun:
Muncul dari akad/kontrak pinjam & hutang. Ada dua jenis riba ad-Duyun:

i) Al-Qardh: tambahan bayaran atau apa-apa manfaat yang disyaratkan semasa kontrak dibuat oleh pemberi pinjam kepada peminjam. Manfaat tersebut tak terhad dalam bentuk duit sahaja.Contoh:
- pinjam RM 100, kena bayar RM120. Tambahan RM20 itu adalah riba.
- Pinjam RM 100, kena bayar RM 100 dan kena tolong siapkan assignment. ‘Tolong siapkan assignment’ itu adalah riba.
- Pinjam motor, kena isi minyak penuh sedangkan jumlah minyak dalam motor semasa mula-mula nak pinjam itu tak penuh pun. Tambahan minyak dari jumlah minyak asal itu adalah riba.
-       Loan kereta, rumah, dsb. di bank konvensional
-      Akaun simpanan wang di bank konvensional

ii) Al-Jahiliyyah: tambahan bayaran atau apa-apa manfaat (yang disyaratkan semasa kontrak dibuat oleh pemberi pinjam kepada peminjam) akibat peminjam menyelesaikan hutang/memulangkan barang yang dipinjam selepas tempoh yang ditetapkan. Contohnya:
- Pinjam motor, kena isi minyak penuh kalau hantar motor lewat dari tempoh yang dijanjikan sedangkan jumlah minyak dalam motor semasa mula-mula nak pinjam tak penuh pun.
- Pinjam RM 10, kena bayar balik RM10.20 kalau bayar hutang selepas tempoh yang dah ditetapkan.

Persoalan tambahan:

Bayaran tambahan @manfaat tak disyaratkan semasa perjanjian@’kontrak’@’akad’ dibuat tapi peminjam sengaja (dengan suka rela) nak bayar lebih atau bagi hadiah. 
Menurut ustaz Zaharuddin, hal ini dibolehkan malah digalakkan. Namun sebenarnya ulama’ berselisih pendapat tentang ini. Ada yang membolehkan dan ada yang tidak. Bagi ulama’ yang mengharamkannya, disyaratkan pula kalau sebelum ini si peminjam pernah@biasa memberi hadiah kepada pemberi hutang tersebut, maka hukumnya berubah kepada boleh.

Bayaran tambahan@manfaat disyaratkan secara ‘hint’@kenyit-kenyit mata @ berkias-kias atau apa saja. 
Tak dibolehkan. Jatuh hukum riba.

Bayaran tambahan @manfaat disyaratkan semasa perjanjian@’kontrak’@’akad’ dibuat dan peminjam tak kisah pun kena bayar lebih.
Hukum haramnya tidak berubah. ‘Kerelaan’ tak mempengaruhi hukum haram riba, sebagaimana orang yang rela dibunuh oleh perompak kerana frust hidup @putus cinta.

* * * * *
Riba al-Buyu’
Terhasil apabila salah satu atau kedua-dua syarat khusus ketika jual beli barang ribawi tidak dipenuhi.

Barang ribawi= barang-barang tertentu berdasarkan sebuah hadis: 
“Apabila ditukar emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus (pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah kamu sebagaimana yang disukai [riwayat Imam Muslim]
Jadi barang ribawi= emas, perak, garam, gandum, tamar.

Ulama’ berpendapat senarai barang dalam hadis ini mewakili barang-barang lain juga iaitu emas dan perak mewakili matawang (kerana emas dan perak digunakan sebagai duit pada zaman Rasulullah dan zaman2 selepas itu) (RM, USD, Yen dan sebagainya) dan senarai makanan itu mewakili makanan asasi (beras dan sebagainya) (dan ada sebahagian ulama’ meluaskan lagi sebagai ‘mewakili makanan dan tak terhad kepada makana asasi’)

(dalam bahagian ini, saya akan menggunakan 2 perkataan yang penting untuk difahami maksudnya; ‘sama kategori’ dan ‘sama jenis’. 
Sama kategori bermaksud barang2 yang tergolong dalam samada kategori matawang atau makanan asasi
Sama jenis bermaksud barang yang sama contohnya emas dengan emas, beras dengan beras (walaupun berlainan kualiti), RM dengan RM, Yen denga Yen dsb.)

Jadi terdapat dua KATEGORI barang ribawi iaitu kategori matawang (emas, perak, RM, Yen dsb.) dan kategori makanan asasi (beras, gandum, tamar dsb.)

Pertukaran/jual beli antara barang-barang ini perlu mematuhi 2 syarat khusus:
i) Ditukar dalam satu majlis/pada masa yang sama (maksudnya penjual dan pembeli tak boleh berpisah sebelum menyerahkan barang masing-masing) dan;
ii) Sama berat/sukatan walaupun berlainan kualiti dan nilai

Syarat i) perlu dipatuhi apabila jual beli/menukar barang-barang yang sama KATEGORI dan;
syarat ii) perlu dipatuhi apabila berjual beli/menukar barang yang sama KATEGORI dan sama JENIS. Tak faham? Boleh rujuk jadual di bawah.
jadual ringkasan riba al-Buyu'

Jika syarat i) tak dipatuhi, maka riba an-Nasa’ berlaku. Contohnya:
i) Menukar 5 gram emas dengan duit RM 600 (i.e. membeli emas dengan harga RM600) secara tangguh@ansuran.
ii) Menukar 5 kg gandum dengan 10 kg tamar secara tangguh@ansuran
iii) Tukar RM 100 dengan USD 35 secara tangguh. (boleh berlaku dalam kes Forex @ insurans konvensional)
Dalam kes ini, bayaran/pertukaran secara hutang atau ansuran adalah tak dibenarkan.

Jika syarat ii) tak dipatuhi, maka riba al-fadhl berlaku. Contohnya:
i) Menukar@’trade in’ 5 gram ‘emas 917’ dengan 7 gram ‘emas 815’
ii) Menukar 3 kg beras gred AAA dengan 5 kg beras gred C
iii) Trade in 7 gram emas 917 dengan 10 gram emas 917 dan bayar bayaran tambahan sebanyak RM 1000 
Dalam kes ini, barang-barang tadi hendaklah sama berat walaupun berlainan kualiti.

* * * * *
Tahniah kerana mampu meneruskan bacaan sehingga ke sini!

Faham?
Jadi untuk menguji tahap pemahaman korang, ada beberapa soalan yang boleh cuba jawab. Sila pastikan berlaku tak riba dalam situasi di bawah dan jika ya, tentukan jenisnya

i) Trade in hand set bernilai RM 420 dengan iPhone dan bayar bayaran tambahan sebanyak RM1500
ii) Beli beras dengan duit RM secara tangguh @ bayar ansur-ansur.
iii) Tukar duit RM 100 dengan 2000 Yen di money exchanger.
iv) Beli karpet secara ansuran.
v) Beli berlian berharga USD 3000 secara ansuran 10 bulan
vi) Pinjam kereta dengan syarat peminjam kena beli topup dari pemberi pinjam.
vii) Pinjam motor dan pemilik motor cakap “Kawan-kawan aku yang pinjam motor sebelum ni, semua isi minyak penuh bila hantar balik”
viii) Pinjam buku di perpustakaan dan kena bayar denda seringgit sehari kalau hantar lewat. 

selamat mencuba! boleh tinggalkan jawapan korang kat ruang komen di bawah.
insyaAllah akan diceritakan nanti sedikit sebanyak beza antara produk perbankan Islamic dengan produk perbankan yang haram a.k.a. konvensional

ni link ke rakaman talk by ustaz Zaharuddin Abd Rahman yang diadakan semasa kem Fly High Village INTEC awal 2008 lepas.

rujukan: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, 'Wang, Anda dan Islam' cetakan ke-2 2008. True Wealth Sdn. Bhd.

p/s: saya bergantung penuh kepada buku, website dan ceramah oleh ustaz Zaharuddin (dan sedikit dari sumber lain). Isi-isi artikel ini hanyalah mengulang semula apa yang saya faham dari sumber2 ini. Kalau ada yang bersalahan dari apa yang antum faham, sila 'highlight'kan.
Jazakallahu khairan kathiran =)

WAllahu ta'ala a'lam
Setiap kata-kata boleh diambil dan dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam

No comments:

Post a Comment