10 June 2010

Pembaris itu


“As a doctor, you should not be judgemental to your patients. Everybody has thier right to do anything. You have to respect their choice,” kata seorang pensyarah kami. Bukan Muslim, itu yang pasti. Ayat yang kedengaran beberapa bulan lepas, semasa belajar reproductive system.

Apabila menyentuh bab repro ni, memang tak boleh lari dari membincangkan isu-isu yang agak sensitif (bagi orang biasa. Bagi medical students, silap hari bulan bekas naqib pun boleh layan melawak pasal ‘benda alah’ ni dengan bekas naqibah!)

Akan berjumpa dengan remaja yang mengandung anak luar nikah.
Akan berjumpa dengan wanita yang menghidap HIV, sedangkan suaminya HIV negatif.
Akan berjumpa dengan lelaki homoseksual yang menghidap penyakit kelamin (@sexually transmitted disease; STD) selepas perhubungan haramnya itu.
Sebagai doktor (atau bakal doktor), apa yang dinasihatkan kepada kami?
“You have to respect their choice.”

Nak berhenti sekejap menulis tentang hal ni dan bergerak ke topik utama.

Apa lagi yang didoktrin dan dikatakan kepada kita sebagai ‘apa orang yang bertamadun sepatutnya buat’ atau ‘yang ini betul, yang itu salah’?

Don’t judge a book by its cover.
Mind your own bussiness
Everybody has their right to do anything.
Buatlah apa sahaja, asalkan tak mengganggu orang lain.
Human rights
Freedom to speak
Belajar rajin-rajin supaya nanti dapat straight A+’s
Awak kat universiti tu, belajar baik-baik. Nanti keluar dapat kerja bagus.
Kamu ni.. Pakaian macam ni lah baru up-to-date. Baru moden. Tak la orang panggil ketinggalan zaman.
dan lain-lain lagi..

Senarai di atas hanya contoh. Mungkin tak termasuk dalam tajuk perbincangan nanti.

Dalam hidup ni kan, mesti ada ‘pembaris’ tertentu yang digunakan. Bukan pembaris plastik buat ukur JVP tu.
Pembaris dalam erti kata, sesuatu yang kita jadikan rujukan@kayu ukur, dalam menentukan apa yang sepatutnya, apa yang tak sepatutnya.
Apa yang ‘baik’, apa yang ‘buruk’.
Apa yang ‘best’, apa yang ‘tak best’
Sesiapapun, ada ‘pembaris’ tertentu yang digunakan dalam menilai sesuatu.

“Nko sape nak bising-bising? Nko mak aku ke?” Bentak seorang anak remaja. Pembaris yang dia gunakan, orang lain yang mengomen cara hidupnya adalah ‘salah’. Orang lain tak ada hak untuk campur tangan urusan peribadinya. Itu pembaris; the most basic foundation which influence how people think and judge something and everything.
Hanya sebagai contoh.

****

“Nko sape?”
Satu pertanyaan mudah. Maksudnya?
POINT OF VIEWS @ BASIC FOUNDATION tadi yang bersifat judgemental, menghukum dan memberitahu apa yang sepatutnya dibuat.

Siapakah yang menetapkan senarai nilai hidup @ apa yang betul @ apa orang bertamadun sepatutnya buat di atas?
Manusia. Akal manusia.
Benda yang sama dengan aku dan kamu.
Apa hak manusia lain untuk menentukan apa yang sepatutnya manusia lain buat?
Apa hak manusia lain untuk menentukan apa yang betul dan apa yang salah; ke atas manusia lain?
Apa hak manusia lain untuk menentukan apa yang ‘bertamadun’, ‘moden’, dan ‘bermoral tinggi’?

To me, NON.
Sekali lagi, "Nko sape?"

Dan lagi, PEMBARIS apa @ mana yang sepatutnya kita guna, dalam menentukan apa yang sepatutnya, apa yang salah.

Kita ada Allah. Pencipta kita. Apa yang baik, apa yang buruk, apa yang ‘bertamadun dan up-to-date’, Dia yang paling layak untuk menentukannya.
Itu pembaris yang layak digunakan.
Tauhid Rububiyyah

****

Katakanlah, kalau gibbon dapat bercakap (dan sifat-sifatnya yang lain itu kekal begitu). Cuba bayangkan kejap.
Makhluk comel berbulu itu, pandai bercakap-cakap.
Siapa yang nak dengar nasihat dari gibbon, tentang apa saja?
Apatah lagi tentang falsafah hidup.


Tak dok kot.. Rasa-rasanya lah.
Kenapa? Anda punya jawapan, anda punya alasan sendiri.
Tapi rasanya jawapan kita sama. Bukan kerana gibbon itu tak cukup hensem atau kerana badannya berbulu.
Sebab kepandaian, sebab kelayakan.
Sebab ‘mampu atau tak mampu’, can do or can’t do.
Sebab gibbon itu IQnya jauh lebih rendah.
Sebab gibbon tu tak tahu semua benda tentang manusia. Yang dia tahu, manusia mampu memberikan makanan 5 kali sehari padanya, dan dia dapat makan lebih dari penonton kalau mampu membuat aksi comel dalam zoo.

Kepandaian manusia kebanyakan vs Aristotle & Albert Eisntein, siapa yang lebih?
Kepandaian & IQ yang dicampur dari seluruh manusia sejak zaman tamadun Yunani sampai kiamat vs Allah, siapakah yang lebih?

Boleh baca balik artikel yang lepas.

****

Tauhid Rububiyyah
“Segala puji bagi Ilah, Rabb sekalian alam.”Al-Fatihah; 2.

 Di sini Allah membahasakan diriNya dengan dua perkataan berbeza; ‘Ilah’ dan ‘Rabb’. Secara simplistik, kedua-dua perkataan boleh ditafsir sebagai ‘Tuhan’.
Secara detail sikit (sikit je...), Ilah itu lebih kepada ‘Yang Disembah’; Tauhid Uluhiyyah. Termasuk dalam perbincangan bab ini, termasuklah hak Allah untuk disembah, bab ikhlas (buat baik kerana Dia, bukan kerana habit?)
(Sebab itu saya agak kurang selesa dengan orang yang dipanggil ‘ilah’ T.T)

Rabb itu lebih kepada bermaksud Pemilik, Penguasa, Penjaga, Pemelihara.
Memandangkan Dialah Rabb, Pemilik kita semua (tauhid Rububiyyah), Dialah yang paling layak menentukan ‘pembaris’ apa yang patut digunakan. Dan Dia jugalah paling Genius bahkan paling Mengetahui segala-galanya dan Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya, termasuk selok-belok psikologi manusia.
Simple logic. Tak payah nak fikir dalam-dalam.

Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?”  [Yunus 10: 31]

Allah Tuan kita. Kita ni hamba Dia. Apa-apa pun, tertakluk kepada apa yang Tuan kita mahu.

Allah yang Maha Bijaksana yang mencipta segala-galanya.
Proses radiasi dan pemecahan nukleus atom yang membawa kepada matahri dan bintang-bintang lain.
Bahan-bahan kimia dalam otak yang bertindakbalas membawa kepada idea yang mampu mengubah dunia, perasaan, memori dan sebagainya.
Proses pengecutan dan pengenduran otot yang membolehkan jari-jemari mengklik mouse dan menekan  keyboard dengan lancar dan ‘selamba’,
dan lain-lain. Siapakah yang mengaturkan semuanya?
“…Maka mereka akan menjawab: Allah!”

Dan agak sakit hati bagi yang menerima kata-kata manusia sebagai panduan dan ‘pembaris’ penentu ‘apa yang dianggap sebagai bertamadun’ walaupun agak-agak tak masyuk dengan al-Quran & Hadis; pembaris dari Allah yang Maha Sempurna.
Boleh baca balik cerita dan senarai nilai hidup di atas, dan nilai balik. Mungkin tak semua salah.

“Dia baik. Suka tolong orang. Tak aniaya orang. Cumanya tak sembahyang je dan agak taksub dengan metafizik, menolak hari kebangkitan,” kata seorang akak tempoh hari.
Apekah?

Pembaris apa yang digunakan? ‘Pandangan dan pendapat manusia’ atau ‘perintah Rabb’?
Saya andaikan akak itu masih belum faham dengan hal sebegini. Tak mengapalah… Dah ditegur oleh seseorang di ‘tempat kejadian’ =)

****

Setiap orang ada pembarisnya yang digunakan.
‘Pembaris’ mana yang digunakan menentukan keupayaan akalnya dalam memahami simple logic; melainkan bagi orang yang belum tahu.
Atupun tak ambil kisah pun nak ikut apa dan siapa dan apa akan berlaku pada diri sendiri kelak.

Bukannya nak membangkang semua kata-kata orang. Cumanya letakkan Allah di tempat yang sepatutnya dalam kita nak 'tengok' sesuatu.

WAllahu ta’ala a’lam.
Semua kata-kata boleh diambol dan dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam

No comments:

Post a Comment