03 June 2010

berita...


Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lelakibunuhdiriselepastembakmati12orangdiBritain/Article/

Lelaki bunuh diri selepas tembak mati 12 orang di Britain

2010/06/03
BOOT (England): Seorang lelaki bersenjata membunuh sekurang-kurangnya 12 orang dalam satu serangan di sebuah kawasan pelancongan popular di utara England, semalam sebelum menembak mati dirinya. 

Polis berkata, kira-kira 25 lagi cedera, tiga parah selepas seorang pemandu teksi berusia 52 tahun dikenali sebagai Derrick Bird memandu lebih tiga jam ke Daerah Lake sebelum menembak rambang menerusi tingkap keretanya.
Ketika lelaki itu melepaskan tembakan, polis sempat memberi amaran kepada penduduk tempatan dan pelancong agar berlindung di kediaman masing-masing.
Bagaimanapun, selepas drama itu berakhir, polis menjumpai mayat Bird di sebuah belukar dengan senjata api di sisi.


Polis masih kabur mengenai punca serangan itu sehingga penduduk di daerah itu menjadi panik dan terkejut. 


Daerah itu terkenal dengan pelancong berbasikal atau berjalan kaki ke kawasan pergunungan serta menjadi tempat kegemaran kanak-kanak yang meminati pengarang Beatrix Potter. 


“Ya kami bolah mengesahkan ketika ini 12 orang terbunuh, termasuk penyerangnya (Derrick Bird)," kata Penolong Ketua Konstabel, Stuart Hyde kepada pemberita di pekan pesisir pantai Whitehaven. 
"Setakat ini kami tidak mengetahui apa motif penyerang sama ada ia dirancang atau hanya satu serangan rambang sahaja," katanya. - AFP 


daunhijau: cuba teka, maklumat apa yang tak ada kat sini?
teka..teka...

ya! Anda betul! Status agama penyerang tak dinyatakan!
apabila ada orang Islam yang terlibat, maka kecohlah media-media mengaitkan dengan alQaeda la, 'penyerang seorang yang kuat dengan agama' (sekali lagi, entah betul entah tidak...) la dan lain-lain. Laporan yang penuh dengan assumption, dan kalau boleh nak juga walau bagaimana pun dikaitkan dengan Islam dan keganasan.

Kalau orang kristian, yahudi, hindu? Langsung tak dikaitkan dengan agama. Just another person running amok. Fullstop. Itupun kalau boleh nak juga dikaitkan dengan 'terrorism'. Kalau perasan,  ada sedikit unsur yang ini dalam berita ni.


"Seorang Lelaki Muslim mendera anaknya"
Pernah terjumpa tajuk berita sebegini. 
Tapi, apabila orang bukan Muslim yang buat hal;
"Seorang lelaki ditahan kerana mengurung anaknya selama 17 tahun"
dan tak ada pula tertulis dalam berita begini, 'penjenayah seorang yang komited dengan agama', 'selalu pergi gereja' dan sebagainya.


Korang memang dah tahu kan diskriminasi camni.. Sekadar nak bagi lagi satu lagi contoh. Supaya berfikir dengan lebih objektif apabila baca berita; tak kiralah dari pihak mana dan apa cara waima 'cerita-cerita orang'.

No comments:

Post a Comment