03 June 2010

Nak apa ya?


Setelah sekian lama menamatkan pengajian, sekumpulan ‘orang-orang besar’ bercadang mahu berjumpa kembali pensyarah kegemaran mereka dahulu, di rumahnya. Rumah Prof. Daniel.
“Alang-alang, boleh buat reunion ringkas,” tambah Tan Sri Zamir, CEO syarikat farmasi terbesar Asia.

Maka 10 orang rakan lama; orang-orang berjaya di peringkat ASEAN malah dunia, bercuti. Bercuti sehari dari rutin kerja masing-masing, yang biasanya bermula jam 2 petang atau ‘bermain golf untuk kerja amal’. Tahap orang yang ‘duit yang datang cari dia’. Besar sungguh jasa Prof Daniel! Dengan kereta Lamborghini, Cherlovet Capvita, Mercedes SLR dan lain-lain, penuhlah perkarangan rumah Prof.

Lama tak berjumpa. Masing-masing bertanya khabar, dan menceritakan pencapaian hidup masing-masing. Ada yang berjaya menemui penawar bagi MRSA dan AIDS, ada yang menjadi arkitek utama bagi dua bangunan tertinggi dunia dan 3 hotel dasar laut terbesar dunia.

Ada yang menjadi doktor bedah pakar untuk Setiausaha Agung PBB, pakar diagnostik (hehe..), pemenagang Nobel Fizik tahun 2015 dan sebagainya.

Namun, setelah hampir setengah jam bersembang, baru tersedar yang semua mereka berkongsi perasaan yang sama; terasa kosong dan ‘kering’.

Habiskan beratus ribu untuk perlancongan terhebat,villa peribadi di New Zealand dan bermacam-macam lagi, namun rasa kosong dan sunyi itu masih ada. Hilangnya cuma sekejap.

Prof Daniel yang dari tadi melihat dan mendengar perbualan, ke dapur untuk menghidangkan air.
Air teh ‘o ais limau; kegemaran anak-anak didiknya sejak di universiti lagi. Dihidangkan dengan pelbagai jenis cawan; ada cawan polisterin, cawan perak, cawan emas, cawan teh yang macam kat kedai yang lama-lama tu, cawan import khas dari Itali, dan sebagainya.
Teh dituang. Agak berebut-rebut mereka, mengambil cawan yang paling cantik, paling mahal.

“Anak-Anakku,” Prof Daniel memulakan bicara. “Tahu kenapa kamu semua terasa kosong, walaupun memiliki kekayaan dan kejayaan impian kebanyakkan manusia?”
Semua diam. Dah terlalu lama setelah kali terakhir ada manusia mahu berhikmah dengan mereka. Kebanyakkan kalinya, hanya suara sendiri yang kedengaran, memberitahu orang itu dan ini.

“Kamu mungkin terlupa, apa kemahuan kamu yang sebenarnya. Kejayaan dan kekayaan bukan matlamat akhir dan kemahuan mutlak kita. Itu semua hanya alat.”

“Yang kita mahukan, adalah kegembiraan, ketenangan. Tapi ramai yang terlupa dan tersilap. Tersilap antara kemahuan utama dan alat untuk itu. Malah tenggelam dengan ‘alat’ malah berbangga pula dengan ‘alat'. Anak-anak boleh tengok sendiri tadi kan?”Prof Daniel berhenti seketika, sambil tersenyum kepada ‘anak-anak’nya.

“Yang kita mahukan, adalah teh o ais limau. Tapi aku nampak masing-masing berebut cawan yang paling cantik, sehingga ada yang berubah air muka selepas berbual mesra tadi. Adakah cawan yang buruk, merubah rasa air? Apa sebenarnya yang kamu nak?”

****
Mungkin kita terlupa, apa matlamat kita sebenarnya.

Di’brainwash’ oleh suasana, TV, masyarakat dan sebagainya untuk meletakkan parameter mengukur kejayaan seseorang berdasarkan hartanya, seterusnya meletakkan matlamat ke situ.
Meletakkan gaji 6 angka sebagai matlamat dan agama sebagai sampingan, tambahan.
Tanyalah sesiapa saja, siapa yang mereka lihat sebagai 'berjaya'.
Yang dapat straight A+, yang kerja besar, kerajaan yang mengusai ekonomi, top 10 carta Forbes.
Sedangkan ceramah motivasi pun, banyak terarah ke situ.
Salah?

Akhirnya, apa yang sebenarnya yang dicari?
Kegembiraan

Kan?
Nak straight A, untuk kepuasan, yang melahirkan rasa suka @ gembira.
Duit banyak, pun untuk benda yang sama.

Tapi kan..

Drug addict yang dihina masyarakat itu, pun mahukan ketenangan, kegembiraan dan keseronokkan.
Anak-anak muda yang ponteng sekolah semasa SPM sedang berjalan pun mahukan perkara yang sama.
Anak-anak muda yang tinggalkan ulangkaji untuk ‘berjuang’ dengan rakan-rakan di tepi jalan, juga mahukan perkara yang sama.
Kegembiraan.
Sebab itulah mereka jadi begitu, kan?

Namun, kita memperlekehkan ‘kegembiraan’ yang mereka dapat dan yang mereka mahukan. Kita mengeji, melihatnya sebagai masalah utama yang layak dibincangkan berkali-kali di televisyen, mahupun dalam karangan UPSR, PMR dan SPM. Kenapa?
Mereka mahukan perkara yang sama dengan kebanyakkan antara kita. Salah?

Kita melihat budak-budak yang hanyut dengan games, melepak tak tentu pasal sampai tak buat homework, tak study, ponteng sekolah sebagai mengejar seronok yang sekejap.

Kita memperlekehkan kerana kegembiraan yang mereka mahukan itu, hanya kegembiraan sementara yang merosakkan masa depan diri, kan?
“Eish budak-budak ni. Tahu nak seronok je. Tak fikir masa depan ke?” Biasa dengar ayat ni? Or let me rephrase it: Biasa cakap macam ni?

CEO, pakar, jutawan atau apa saja, bukankah juga kegembiraan yang sementara?
Muka cantik, dipuji orang bila pakai baju tak cukup syarat, bercampur lelaki perempuan dengan tak jaga adab, bukankah juga kegembiraan yang sementara?

Allah nak kita ingat, nikmat syurga tu jauh lebih best.

Jangan keliru antara matlamat dan alat.
Jangan keliru antara matlamat murahan dengan matlamat yang sepatutnya.

Akhirnya, kita nak apa?

Setiap kata-kata boleh diambil dan dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam

No comments:

Post a Comment