21 May 2010

2012

Assalamualaikum! Selamat hari Jumaat! Hari yg paling diberkati dlm seminggu; hari raya kita.
Dah habis baca alKahfi? =)

Nak kongsi satu video yg cambest je...



ibrahnya? Mesti ada insyaAllah..
InsyaAllah lain hari akan tulis sket ibrah yg mungkin blh diambil. Nak kailulah kejap..=P (lamanya kailulah..=P)

"eh, chop chop. Ibrah tu apekebendenyakah?"
Ibrah: pengajaran & teladan.

Kali petama saya tengok video ni dulu (tahun lepas kot..), rasa cam ngeri gak la.

Orang-orang yang dipenyet kubah.
Air tsunami yang sehingga ke puncak gunung bersalji.
Kapal-kapal laut yang dihempasan ke bangunan-bangunan
Tanah-tanah serta segala bangunan-bangunan tinggi terangkat dan tenggelam ke dalam laut.
seluruh bandar hancur, terbakar.

Bayangkan kalau kita berada dalam situasi macam tu. Pejam mata dan bayangkan...
Eh! Jangan tidur!
Menara Maybank runtuh dan kita berada di bawah.
Savanna, Vista C, Vista B, Vista A runtuh bekecai
Kerete-kereta jatuh dari parking lot bangunan dan menghempap deretan manusia di depan kita.
Tsunami setinggi bangunan 20 tingkat menghanyutkan manusia-manusia dan kita melihatnya di tingkat 30 bangunan pejabat kita. Terkapai-kapai. Ada yang bertembung belaga tersepit antara 2 buah kereta yang hanyut.
Ada yang meraung menjerit, cuba mencapai apa saja.
Ataupun kalau kita yang di situ?

Manusia berlari merata-rata, tak tahu nak selamatkan diri di mana.
Lari ke sana. Patah balik ke situ. Menyorok di bawah bangunan itu, sebelum maut dihempap konkrit yang runtuh.

Ada yang cuba selamatkan diri dengan pesawat peribadi, helikopter peribadi.
Terhempas kerana cuaca, angin atau terbang berjam-jam sambil melihat kemusnahan merata-rata di bawah; menggigil ketakutan. Ngeri. Tak tahu nak ke mana dan minta tolong dari siapa, kemudia kehabisan minyak dan terhempas ke rekahan bumi.
dan.. BOMM! meletup

Kerajaan di seluruh dunia, dengan stesen televisyen masing-masing, cuba menenangkan rakyat.
Merancang untuk proses pemindahan beramai-ramai. Nak ke mana?
Atau ada pemimpin yang lari dulu, meninggalka rakyat terkapai-kapai?

Banyangkan...
Dan hari kiamat itu jauh dan jauh lebih dahsyat lagi!
Pada hari ketika langit menjadi seperti luluhan perak, dan gunung-gunung menjadi seperti bulu (yang berterbangan), dan tidak ada seorang teman akrabpun menanyakan temannya (al-Ma'arij:8-10)
Gunung seperti debu berterbangan?!
Tak perlu bayangkan gunung Everest. Bayangkan saja bukit atau gunung yang dekat dengan kita masing-masing.
Bukit Komanwel, atau Bukit Besar hancur berkecai di depan mata, tercampak jauh tinggi ke langit! Betapa kuatnya gempa bumi!

Manusia macam kelekatu. Lari bertempiaran, lari dalam bulatan, lari tanpa tahu nak kemana, macam kelekatu.
Lari dalam keadaan amat takut, dan amat-amat harapkan keajaiban untuk terselamat. Tak tahu nak lari ke mana. Nak selamatkan diri di mana. Buntu
"Mak? Ayah? Isteri? Anak-anak? Argh..pergi mampus! Aku nak lari ke mana ni!"


Tengok video ni, "kalaulah aku di situ".
dan bayangkan azab kiamat Allah lebih dahsyat. Apatah lagi di ...
Allah Maha Hebat, Maha Pengampun.

Pada hari ketika langit benar-benar bergoncang, dan gunung benar-benar berjalan. Maka kecelakaan yang besarlah di hari itu bagi orang-orang yang mendustakan, (yaitu) orang-orang yang bermain-main dalam kebatilan (ath-Thur : 9-12)
hari itu pasti dan pasti akan datang. Allah Maha Kuasa dalam menjadikan seluruh alam dan berbilion bintang ini, dan Maha Pengampun.
Berbahagialah kepada orang yang percaya kepadaNya, semasa huru hara ini berlaku.

"Ya Allah, hidupkan kami dalam Iman, matikan kami dalam Iman, dan masukkan kami ke syurgaMu bersama-sama Iman"

berkenaan ramalan tu pula, mungkin boleh baca artikel saya yang lepas.
wAllahua'lam

Setiap kata-kata boleh diambil dan dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam

No comments:

Post a Comment