"Uih! Best ni!”
“Awatnya? Bukan Liverpool kalah ke semalam?” Tanya Akmal (bukan nama sebenar ya!),
“Ni ha. Horoskop ni cakap minggu ni nasib aku akan sentiasa baik!”
“Ni ha. Horoskop ni cakap minggu ni nasib aku akan sentiasa baik!”
“La... Kau percaya benda bodoh macam ni?”
“Mana ada. Aku baca saja-saja aja..”
Biasa dengan situasi ni? Ok. Mari kita bedah siasat isu ni!
Biasa dengan situasi ni? Ok. Mari kita bedah siasat isu ni!
Pertama, mafhum firman Allah dalam surah al-Naml, 65:
Katakanlah (Muhammad) tiada sesiapa di atas muka bumi atau langit tahu tentang perkara ghaib kecuali Allah..
Kemudian, kekasih kita pun ada bersabda yang mafhumnya:
"Sesiapa yang menemui tukang ramal, lalu bertanya kepadanya sesuatu perkara maka tidak diterima solatnya selama 40 malam”.(Riwayat Muslim)
Kata si dia lagi:
“Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu dia mempercayai apa yang dikatakannya, maka kafirlah dia terhadap apa yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad.” (Riwayat al-Bazzar. Sahih menurut al-Albani)
Ha! Ni bukan hal main-main... Ini hal besar!
Tak diterima solat. Malah jika percaya kepada ramalan, boleh jadi kufur! Nauzubillah.... Moga-moga dijauhkan oleh Allah...
“Ala.. Aku baca saja. Sekadar nak isi masa rehat antara kelas. Tak percaya pun.”
Tipulah! Maaf, namun pernahkah orang yang bercakap seperti di atas..:
Apabila membaca ramalan-ramalan horoskop atau yang seumpama dengannya, terdetik sekelumit rasa gembira atau risau; kerana ramalan-ramalan tentang diri sendiri?
Apabila buka majalah/surat khabar, ruangan horoskop jarang ditinggalkan.
Mencari-cari dan kemudian pasang aplikasi horoskop di friendster? (ini artikel lama..zaman friendster masih lagi gah =P)
Bersembang dengan rakan-rakan tentang ramalan horoskop masing-masing.
Dan yang lebih jelas, langgan horoskop melalui SMS.
Rasanya, contoh-contoh ini biasanya melibatkan orang yang yakin dengan ramalan.
Ok. Katakanlah betul-betul tak percaya dengan ramalan dan sekadar membacanya. Ingat! Syaitan itu pandai berhelah dan memperdayakan manusia. Sebab itu memang kerja mereka! Sekali baca, mungkin tak percaya. Sepuluh hari baca horoskop, mungkin jarum syaitan dah mengena! Tambahan pula kalau ramalan-ramalan itu memang seakan-akan ‘kena’ dengan apa yang kita lalui. Bertambah-tambah la percaya..
Sebenarnya, cukuplah sekadar hadis riwayat Imam Muslim tadi untuk menjawab persoalan ini. Jelas dalam hadis itu, “Sesiapa yang menemui tukang ramal, lalu bertanya kepadanya sesuatu perkara...”
Maknanya?
Sebagai langkah berhati-hati, eloklah menjauhi terus horoskop ini waima kerana ‘suka-suka’ sekalipun kerana dalam hadis ini, tidak dinyatakan ‘perlu percaya’ sebagai pelengkap penyebab ‘tidak diterima solat’. Mungkin saja walau kerana ‘suka-suka’, tergadai solat.
Namun ilmu hadis perlu digabungkan dengan ilmu-ilmu fiqh yang lain untuk menentukan hukum. Mungkin saja boleh dikatakan “Pada zaman Rasulullah, seseorang perlu berusaha lebih keras untuk mengetahui ramalan (mencari tukang tilik dan lain-lain) sekaligus menampakkan unsur usaha untuk bertanya ramalan, tak semudah membaca horoskop di majalah seperti sekarang. Maka padanlah jika waima berjumpa & bertanya ramalan saja telah tidak diterima solat.” Allahua’lam. Tapi, analoginya, sanggupkan kamu makan roti yang turut ada daging khinzir di sebelahnya di pinggan yang sama sedang kamu tidak pula kebuluran? Boleh saja dikatakan “Roti dan daging ini kering. Makan sajalah bahagian roti yang tidak bersentuhan dengan daging ini. Tak najis.” Sekali lagi saya bertanya, sanggupkah kamu? Hal ramalan ini melibatkan kemungkinan batal atau tidak aqidah; hal yang jauh lebih serius dari isu sekecil khinzir; serta melibatkan isu solat; rukun keIslaman kedua seseorang. Sanggup?
Kalau membacanya atas sebab dakwah seperti nak menunjukkan kebatilan perkara itu atau lain-lain, itu cerita lain.
“Eh, nanti sekejap. Kalau ramalan tu betul-betul berlaku, macam mana? Kan betul ramalan tu...”
Ni pun dah diterangkan oleh kekasih kita: Dari Aisyah r.a katanya:
”Ramai orang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kerja-kerja yang dilakukan oleh tukang tenung. Jawab baginda: “Mereka itu tidak benar.” Mereka bertanya lagi: “Kadang-kadang apa yang mereka katakan itu memang benar terjadi. Bagaimana itu?” Jawab Rasulullah SAW, “Ucapan yang benar (dari langit) terdengar oleh bangsa jin lalu dibisikkan ke telinga tukang-tukang tenung seperti ayam betina. Dan mereka tokok tambahkan dengan seratus pembohongan, bahkan lebih.” (Riwayat Muslim)Dah jelas, kan?
Lagipun, mananya tak ‘kena’. Ramalan-ramalan tu memang bersifat terlalu umum. “Minggu ini kamu perlu lebih berhati-hati..”
Adik saya pun boleh meramal kalau macam ni!
Dari sudut psikologi pula, menurut pengalaman penulis (setelah diubah suai supaya selari dengan tajuk ini), kalaulah dikatakan “rakan-rakan kamu akan mendatangkan keburukan kepadamu..” dan tak kiralah dia percaya, percaya sikit-sikit atau tak percaya (bergantung kepada individu), secara separa sedar dia akan lebih PEKA dengan orang sekelilingnya dan MENGAITKAN hampir segalanya dengan ramalan tadi. Kawan tak kejut pergi kelas pun dah nak kaitkan dengan ramalan tadi, walaupun sebelum ini pun, hampir tiap-tiap hari macam tu!
“Ramalan kaji cuaca macam mana pula? Pun tak dibenarkan ke? Alamak..”
Isu perkara ghaib seperti hal masa depan hanya boleh diyakini jika bersumberkan:
-Al-Quran
-Hadis
-Fitrah alam/Sunnatullah
Sunnatullah adalah perkara yang tidak berubah sebagaiman firman Allah dalam surah Fathir, 43;
kamu tidak akan menjumpai sunatullah itu berganti.
Ramalan kaji cuaca, ramalan gempa bumi, ribut taufan dan seumpama dengannya yang berdasarkan kajian tentang fitrah alam, atau dalam situasi ini, nama lainnya adalah “sains”, adalah dibenarkan.
Analoginya mudah. Apa akan berlaku kalau gelas kaca dihempas ke lantai? Sudah tentu pecah! Kerana begitu sunnatullahnya. Adakah perlu menilik atau bertapa untuk menuntut ilmu khurafat ini untuk menjangka gelas akan pecah? Begitulah lebih kurang analogi meramal cuaca. Memang biasanya awan kumulonimbus tebal membawa hujan, kan? Cumanya tepat atau tak ramalan tu, bergantung kepada kepakaran manusia serta kehendak Allah yang mampu melakukan segala-galanya termasuklah mengizinkan gelas kaca yang jatuh dari puncak KLCC untuk tidak pecah. Allahua’lam
“Oh, nanti dulu! Bagaimana pula dengan senarai personaliti menurut bulan/hari/tahun kelahiran? Dikira menilik juga kah?”
Rasanya sudah tiba masanya untuk kita menjenguk ustaz/ustazah, kan? (^_^)
Allahua'lam. Sekadar hasil bacaan dan kefahaman bukan pelajar syariah.
“Oh, nanti dulu! Bagaimana pula dengan senarai personaliti menurut bulan/hari/tahun kelahiran? Dikira menilik juga kah?”
Rasanya sudah tiba masanya untuk kita menjenguk ustaz/ustazah, kan? (^_^)
Allahua'lam. Sekadar hasil bacaan dan kefahaman bukan pelajar syariah.
Rujukan:
“Sifat Solat Sempurna”, Zaharuddin Abdul Rahman
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp
“Sifat Solat Sempurna”, Zaharuddin Abdul Rahman
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp
Setiap kata-kata boleh diambil atau ditolak, kecuali pemillik kubur ini (maqam Rasulullah s.a.w.)
No comments:
Post a Comment