26 January 2010

Kenapa Berblog?



Assalamualaikum warahmatullah~
Dah lama tak update blog ni...
Tak berada (dan masih macam tu) dalam keadaan yang optimum untuk menulis
dan sebab 'tersangkut' dengan adobe after effect yang baru 'dapat'. Ala.. Macam budak 8 tahun dengan kereta control yang dah lama mengidam nak beli.. Dah dapat tu, tersangkut la dengan benda alah tu sampai bosan atau bateri habis atau abah tarik telinga suruh belajar.
Ok, back to the point!

Kenapa berblog?

Sebagi usaha dakwah?... Harap-harapnyalah. Dan harap-harap tak jadi macam kat sini.

Sebab nak sebarkan pandangan peribadi terhadap beberapa perkara, yang entah betul entah tidak. Apabila bertulis idea itu, maka insyaAllah akan lebih tersusun dan kemas dan tak terus terewang-ewang bersemak dalam kepala.
Supaya tak syok sendiri dengan idea. Ya lah. Fikrah tu pelbagai. Kurang dikritik, kesannya boleh bawa jadi syok sendiri. Orang baca, orang komen, orang kritik (harap-harapnya lah), maka insyaAllah dapat la tahu gambaran mana sesat mana manafaat. Penting tu! Kalau foundation dah tak betul gak...



Nak tulis di tempat lain, macam tak sesuai dengan pembaca. Nanti membazir muka surat...
Nak bercakap di tempat lain, macam tak sesuai dengan pendengar. Nanti bosan dan lari...
Biarkan yang mencari yang jumpa. Untuk yang menunggu, sesuaikan dengan tahap mereka. Slow but steady bak kata orang kampung saya.

Banyak pandangan ni hasil dari idea & pengalaman diri & pengalaman orang sekeliling pemberian Allah azza wajalla yang cuba dijadikan pengalaman sendiri. Kurang sumber rujukannya; lain sikit dari cara penulisan saya di tempat lain. Entah betul entah sesat. Jadi tak sesuai jadi bacaan umum. Cukuplah ditatap oleh segelintir saja yang tahu keadanya blog ni.

Pengalaman tak lah banyak. Tak hebat. Just something from typical human being. Tapi daripada perap sorang-sorang, ada itu jauh lebih baik dari tiada, kan?



Nama pun daun hijau. Akal belum matang. Pengalaman masih hijau. Bukan pelajar syariah pula tu. Tapi tak boleh pula jadi alasan untuk tidur, dan beware & not to across the red-line. Begitulah lebih kurang pandangan dari sahabiah IMU ni. Antara 'senyap kerana bukan ustaz' di satu dacing, dan 'tong kosong yang tak tahu sempadan' di dacing yang satu lagi, kenalah ambil tengah-tengah yang seimbangkan neraca, kan? Dan dah pun minta tolong yang lebih pakar untuk tolong tengok-tengokkan. Alhamdulillah.. Moga-moga lebih terjaga.

Dan pemangkinnya, agak terkesan lepas baca tentatif & taluan email tentang satu daurah ni. Tapi tak pergi pun... Masalah@'Malas'ah transport. Tu baru tengok tentatif (dan timbunan email). Kalau dengar speaker dia cakap, tak tau la.

Ni tulis bukan saja-saja. Bagilah kirtikan pada yang patut & filter apa-apa yang rasa layak difilter. Allahua'lam

No comments:

Post a Comment