Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata ok saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati...
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup!
Alasan
"Apalah awak, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata seorang lelaki pada teman sejawatnya seorang anak dara. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak. Dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja, kemudian tinggal di asrama, maka peluang turun ke dapur membantu ibunya terhad. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi. "Sedang belajarlah ni tetapi saya sibuk dengan kerjaya dan belajar agama, jadi belajar memasak tidak diutamakan," Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya, dan bagi kebanyakkan kita juga, tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Namun kedudukan suami sebagai ketua masih kekal walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam, apatah lagi ilmu nak mendidik keluarga. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar kemudian perlu handal dan kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah wanita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh pula mengimam satu taman perumahan!
Kalau dilihat orang kita, berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama?
"Tak confident la. Takut nanti kalau baca al-Fatihah tak betul, siapa susah?"
"Ilmu Tajwid kurang lagi la.."
"Bini aku lagi pandai tajwid. Segan la pulak."
"Aku yang rugged ni kau suruh nak jadi imam?? Buat lawak ke apa.."
no offense! =)
Ilmu feqah asas.
Mengajar ilmu 'kebal' kepada isteri dan anak-anak; 'Kebal' terhadap the dark side of the world.
Menanam akhlak, mendidik supaya bermaruah, menjaga aurat dan pergaulan.
Mendidik anak-anak dan isteri untuk menjadi pembina manusia, bukan sekadar penumpang apatah lagi parasit.
Mementingkan kejayaan akhirat, lebih dari score A dalam peperiksaan.
Isu ini, serta isu-isu kronik lain berkenaan peranan suami, sepatutnya diberatkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam dan melaksanakan kerjanya yang lain supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa ‘queen control’. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
(artikel tak ingat diambil dari mana... & diedit sikit)
Salam.
ReplyDeleteBlh sy copy paste post ni?
Sy akn letak source...
Boleh aje.. ni pun saya copy paste dari mana ntah, few years back
ReplyDeletesalam.. nak copy n paste this post jugak..i'll include the source..=)
ReplyDelete