13 May 2010

Ayat-Ayat Cinta...


Pernah baca novel Ayat-ayat cinta? Mesti pernah kan…?=)

Saya bukanlah jenis suka baca novel. Tapi bila baca novel yang ini, memang sanggup stay up lewat semata-mata nak habiskan cepat! Study pun tak semangat macam ni..hehe..

Oh, kalau nak dibandingkan dengan versi filem, bagi saya yg filem tu memang sangat takbest. Kurang nampak unsur tarbiyahnya kecuali part dalam penjara tu. Fahri, Aisha, Nourul bahkan Maria versi novel amat berlainan dengan versi filem! Apabila mula-mula dengar cerita novel ni dah difilemkan, agak excited la jugak. Tapi bila dah tengok, frust la jugak. Tak seperti yang diimaginasikan…

Pagi tadi baca kejap novel ni, untuk buat entri ni.
Fahri dan Aisha, romantis amat!

“Apsal tiba-tiba buat entri jiwang ni? Ada apa-apa ke..?”
Memang ada apa-apa pun! Ngehngeh.. =)

Tapi agak kurang berkaitan dengan topik perbualan dengan mak baru-baru ni. (tak faham? takpe..)

Cara melihat.

Dah biasa dengar kot… Kisah orang melihat pokok.

Pokok yang sebatang
Si penulis berjiwa seni, melihat pokok itu sebagai tempat berteduh di bawah sinar mentari, melihat kecantikan permandangan untuk mencari idea untuk karyanya.
Kanak-kanak muda melihatnya sebagai tempat bermain, panjat pokok dan berangan-angan nak buat ‘pangkalan’ atas pokok untuk ‘pasukan keselamatan ultraman’nya! (teringat pakcik pasal zaman muda-muda dulu T.T)
Ahli botani, melihatnya sebagai xilem, floem dan sel-sel, serta melihat kemampuan pokok ini untuk dijadikan ubatan.
Tokey balak pula, melihat pokok ini sebagai duit!

Bak kata orang kampung saya, “what you see is what you get.”
Bagi korang-korang yang dah membaca novel ni, apa yang korang ‘lihat’?


novel best!

Cerita jiwang versi agak Islami? Indeed! Kejiwangan dan keromantikannya amat jelas kelihatan. Dan yang lebih cantik, unsur ini ditonjolkan dalam suasana antara suami isteri, dan bukan ‘couple’ belum kahwin yg entah apa-apa.

Bagi saya, part yang paling best ada dalam petikan novel ni:

“Suamiku, izinkanlah aku melakukan sesuatu untukmu!” Kata Aisha dengan mata berkaca-kaca. 


“Apa itu?” 


“Beberapa waktu yang lalu Magdi mengatakan harapan kau bisa dibebaskan sangat tipis sekali. Maria masih juga koma. Mungkin hanya mukjizat yang akan menyadarkannya. Magdi berseloroh, jika punya uang untuk diberikan pada keluarga Noura dan pihak hakim mungkin kau bisa diselamatkan. Kalau kau mengizinkan aku akan bernegosiasi dengan keluarga Noura. Bagiku uang tidak ada artinya dibandingkan dengan nyawa dan keselamatanmu.” 


“Maksudmu menyuap mereka?” 


“Dengan sangat terpaksa. Bukan untuk membebaskan orang salah tapi untuk membebaskan orang tidak bersalah!” 


“Lebih baik aku mati daripada kau melakukan itu!” 


“Terus apalagi yang bisa aku lakukan? Aku tak ingin kau mati. Aku tak ingin kehilangan dirimu. Aku tak ingin bayi ini nanti tidak punya ayah. Aku tak ingin jadi janda. Aku tak ingin tersiksa. Apalagi yang bisa aku lakukan?” 


“Dekatkan diri pada Allah! Dekatkan diri pada Allah! Dan dekatkan diri pada Allah! Kita ini orang yang sudah tahu hukum Allah dalam menguji hamba-hamba-Nya yang beriman. Kita ini orang yang mengerti ajaran agama. Jika kita melakukan hal itu dengan alasan terpaksa maka apa yang akan dilakukan oleh mereka, orang-orang awan yang tidak tahu apa-apa. Bisa jadi dalam keadaan kritis sekarang ini hal itu bisa jadi darurat yang diperbolehkan, tapi bukan untuk orang seperti kita, Isteriku. Orang seperti kita harus tetap teguh tidak melakukan hal itu. Kau ingat Imam Ahmad bin Hambal yang dipenjara, dicambuk dan disiksa habis-habisan ketika teguh memegang keyakinan bahwa Al-Qur’an bukan makhluk. Al-Qur’an adalah kalam Ilahi. Ratusan ulama pergi meninggalkan Bagdad dengan alasan keadaan darurat membolehkan mereka pergi untuk menghindari siksaan. Jika semua ulama saat itu berpikiran seperti itu, maka siapa yang akan memberi teladan kepada umat untuk teguh memegang keyakinan dan kebenaran. Maka Imam Ahmad merasa jika ikut pergi juga ia akan berdosa. Imam Ahmad tetap berada di Bagdad mempertahankan keyakinan dan kebenaran meskipun harus menghadapi siksaan yang tidak ringan bahkan bisa berujung pada kematian. Sama dengan kita saat ini. Jika aku yang telah belajar di Al Azhar sampai merelakan isteriku menyuap maka bagaimana dengan mereka yang tidak belajar agama sama sekali. Suap menyuap adalah perbuatan yang diharamkan dengan tegas oleh Baginda Nabi. Beliau bersabda, ‘Arraasyi wal murtasyi fin naar!’ Artinya, orang yang menyuap dan disuap masuk neraka! Isteriku, hidup di dunia ini bukan segalanya. Jika kita tidak bisa lama hidup bersama di dunia, maka insya Allah kehidupan akherat akan kekal abadi. Jadi, kumohon isteriku jangan kau lakukan itu! Aku tidak rela, demi Allah, aku tidak rela!” 


Aisha tersedu-sedu mendengar penjelasanku. Dalam tangisnya ia berkata dengan penuh penyesalan, “Astaghfirullah…astaghfirullaahal adhiim!” Paman Eqbal ikut sedih dan meneteskan air mata.

Ok! Stop sekejap berjiwang-jiwangan! Apa yang korang nampak sekarang?
Jawab..Jawab…..

Oklah. Yang saya nampak, perlunya sesetengah orang untuk mengambil hukum yang lebih keras (syadid)  untuk dirinya, sebagai contoh untuk orang-orang lain.
Bagi orang lain, hukumnya mungkin agak-agak harus atau makruh atau sunat, tapi baginya ‘terpaksa’ diamalkan seakan-akan 'haram' atau 'wajib'!

Anda tahu siapa golongan itu? Tak?
Agak-agaknya siapa ya?

Bagi saya, cukuplah orang-orang yang dijadikan subjek bila kawan-kawan sekeliling berkata…

“Kalau dia pun buat camtu, aku apa lagi..”
“Dia naqibah aku.”
“Assalamualaikum ustaz!”
“Kalau dia pun couple, aku apa lagi..”

                         …terasa untuk perlu menjadi lebih syadid.

Mungkin tak dalam semua perkara, sebab iman kita pun tak kuat mana dan kita pun bukan dari golongan yang mampu. Tapi cukuplah dalam beberapa perkara, kita boleh menjadi contoh terutama dalam perkara-perkara yang agak serius.
Hal-hal solat fardhu, bagaimana dan di mana
Hal-hal makan minum.
Hal-hal ikhtilat.
Hal-hal couple.
(dan lain-lain. Frasa 'perkara yg agak serius' itu mungkin lain maksudnya antara saya dan awak. Terpulanglah!=)

Sejujurnya, saya masih belum jumpa hujah ilmiah berdasarkan kaedah fiqh yang bagi saya, amat kukuh untuk mengharamkan couple secara MUTLAK & per se (terutama selepas membaca satu tulisan oleh Dr Yusuf alQaradawi. Jangan salah faham! Saya tak kata Dr Yusuf menghalalkan couple!). Belum jumpa, tak bermaksud saya kata tak ada ya!

Memanglah bagi orang-orang awam macam kami ni, amalan couple memang biasanya akan membawa kepada perkara haram! Berdua-duaan, cakap serta SMS dengan nada suara dan pemilihan perkataan yang menaikkan nafsu.. Dan kes-kes di rumah perlindungan remaja menterlanjur, kes-kes zina, kes-kes buang bayi itu, rasanya memang datang dari pasangan yang bercouple sebelum kahwin kan? Kan? Takkan suami isteri pun nak buang bayi atau nak hantar bini ke rumah perlindungan wanita kan? Jadi ayat "janganlah kamu mendekati zina" itu agak kena bagi golongan yang bercouple yang ini.

Tapi bagi golongan 'yang lain'?

“Jangan kamu mendekati zina” bagaimana nak berzina kalau 2 orang yang digelar ustaz & ustazah rakan-rakan walaupun mengambil course engineering, bercouple, sorang di Perak sorang di KL. Jumpa setahun 2 kali di rumah pasangan depan mak ayah masing-masing, SMS jarang-jarang dan jauh sekali menggunakan perkataan ‘ayang’, ‘anje’? Objective thinking. Boleh kira sebagai mendekati zina ke?

Zina hati? Kukuhkah dalil itu?
Allahua’lam

Namun, bagi golongan-golongan ini, kena ingat. You are being watched! Oleh orang-orang sekeliling. Orang akan berkata:
“Ala..Kalau ‘ustaz’ Amad pun couple, aku apa lagi” (bukan nama sebenar ya! =)
“Jaga pergaulan lelaki perempuan? Ikhtilat? Naqib aku pun selalu je gelak-gelak dengan perempuan.”

Ni bukan reka-rekaan. Ni diedit dari pengalaman dapat masa sekolah dulu..
Elakkan semampunya dari menjadikan diri sebagai alasan untuk orang lain untuk ‘buat lebih kurang’ dengan cara hidup sebagai Muslim.

Untuk lebih lanjut, boleh baca syarah hadis 11, kitab “al-Wafi Syarah Hadis 40”. Kalau kitab syarah hadis 40 terbitan Pustaka Salam yang hijau tu, tak pasti la saya…
“Tinggalkan apa yang kamu syak@ragu-ragu dengan mengambil apa yang tidak kamu syak” (hadis riwayat Imam Tirmizi; hasan sahih menurut Imam Tirmizi)
Ringkasnya, dipetik dan diedit sket2 dari buku ni:
memanglah secara umumnya akan dikatakan “itu bermaksud berlebih-lebihan dalam kewarakan” Namun orang awam memerlukan contoh teladan yang boleh DILIHAT dan DITIRU yang wujud dalam diri seorang ‘alim supaya umat lebih menjaga batas-batas halal dan haram. 
Isu couple hanya sebagai contoh. Jangan lepas ni hanya fokus pada hal ni saja ya! Luaskan lagi selagi mampu.

Mungkin bagi 'orang-orang' ni, mereka melakukannya dalam batasan agama. Namun bagi orang awam, mereka akan lebih meringan-ringankan, setelah melihat apa yang 'contoh teladan' mereka buat.

artikel ni bukan untuk memberi @ meng'istimbat' hukum

sekali lagi, kurangkan dari  menjadikan diri sebagai alasan untuk orang lain buat lebih kurang; sebab anda diperhatikan.
Siapa lagi nak jadi ‘Imam Ahmad bin Hambal’?

Oh ya! Nanti jangan pula menjadi syadid kerana manusia atau faktor lain; kerana nak orang tengok, nak jaga imej, etc. Jangan hentikan niat hanya di situ, tapi teruskan lagi niat sehingga sampai kepada 'kerana Allah'!

wAllahu ta'ala a'lam

Setiap kata-kata boleh diambil dan dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam

1 comment: