06 May 2010

kisah bas

Pada suatu masa yang tidak diperincikan masanya, ada seorang cikgu praktikal; Cikgu Fatin. Sedang praktikum di sekolah menengah di Perak. Untuk ke sekolah, dia mengambil bas mini.
 “Ni bakinya ya..” kata uncle Vijay, pemandu bas itu sambil menghulurkan wang 10 sen. Seorang India Hindu lewat 50-an.
“Terima kasih.” Balas cikgu sambil tersenyum. Senyum kan sedekah =). Biasa bagi dia untuk membayar tambangnya dengan sekeping not ‘seriya’ a.k.a. seringgit.
Dan rutin itu berulang 5 hari seminggu, selama sudah 3,4 bulan.


***

“Eish! Dah lambat ni. Terlupa pula hari ni kena datang sekolah awal…”
Pagi Jumaat itu, dia perlu menguruskan sedikit hal pendaftaran pelajar form 4 baru. Terlupa dan terlambat. Kelam kabut jugalah…
Bas mini usang itu datang seperti biasa. Kalau tiada masalah, amat jarang untuk bas tiba lambat.
“Ni bakinya ya.. Ni hari last cikgu kat sini kan? Nanti balik kampung petang nanti, hati-hati ya.” kata pakcik itu. Sering juga dia berbual dengan cikgu Fatin sebelum-sebelum ini.
“Terima kasih... Ya pakcik.” Balasnya ringkas. Mahu cepat.
Agak tergesa-gesa dia turun. Hampir-hampir terjatuh. Dan wang baki dimasukkan ke saku kiri jubahnya.

***

“Sirap bandung dengan nasi lauk ayam merah dan sayur…semua sekali RM4.60.”
“Sebentar ya.” Cikgu Fatin mengira-ngira syiling dompetnya. 4 keping not seringgit dan sekeping 50 sen dari dompet serta dan wang baki tambang dalam poketnya.
“Eh, 20 sen? Uncle driver tadi silap bagi balance la ni..” monolognya.

***

“Ni nak kena bagi balik ni… Ke tak payah..?” Fikirnya selepas makan tengah hari tadi.
“Tapi kalau nak pulangkan, tak sempat. Lepas sekolah, dah janji dengan Cikgu Rokiah dia nak tolong hantar terus ke stesen bas . Nak tunggu esok, petang ni dah nak naik bas balik kampung..”
“Tapi walau seposen pun, bukan hak aku.”
“Ala.. seposen je pun. Takkan uncle tu nak heran. Lagipun tu silap uncle tu. Tak bankrup nye syarikat bas tu sebab seposen” Fatin cuba beralasan; memujuk hatinya.
“Lagipun, kalau nak tunggu esok, burn la tiket bas…”


***


“Eh, cikgu ada lagi? Bukan dah balik Serdang ke?” tanya uncle Vijay.
“Belum.. Semalam uncle silap bagi balance kat saya. Uncle bagi 20 sen. Sepatutnya 10 sen je..”
“Cikgu, boleh uncle minta tolong?” Kata pakcik Vijay
“Apa dia ya?”
“Uncle nak masuk Islam. Hari ni juga. Boleh cikgu tolong?”


***


You’ve Got Mail!


Assalamualaikum cikgu fatin. Apa khabar?
Saya nak menyampaikan amanah dr pakcik Ahmad (uncle Vijay) kepada cikgu. Pakcik ahmad minta sy sampaikn cerita & pesannya.
Pakcik sebenarnya dh lama nak masuk Islam. Jiran rumah pakcik sebelum ni pun orang Islam yang baik. Sejak cikgu datang & slalu naik bas pakcik, pakcik semakin tertarik dgn perangai baik orang Islam yg cikgu tunjuk, walaupun sekejap dalam bas. Hari tu pakcik sengaja bagi baki lebih, untuk lihat kejujuran orang Islam, & pakcik dah tekad untuk masuk Islam.

***

Pada suatu masa yang tak diperincikan masanya, ada seorang Muslim bernama [isikan nama anda].... Dia selalu curi tulang masa kerja @ ponteng kelas...

***

kalaupun kita tak mampu menggendong kasturi, kurangkanlah mengheret najis kucing merata-rata.
tak bersih Islam dengan kotor Muslim.

people are watching....US

No comments:

Post a Comment