sekadar gambar hiasan...
“Saya galakkan awak semua promosikan program ni di IPT masing-masing.” Kata pengerusi majlis.
Semua mengangguk. Kalau tak secara fizikal, mengangguk dalam hati…
Program dua hari mengajar tentang maqasid syariah. Satu ilmu yang amat diperlukan oleh pelajar perubatan; bekalan untuk jadi doktor.
Bukan hanya perlu cemerlang dalam final exam.
Itu doktor veterina.
“Apekah?” kataku pula, dalam hati.
Nak dilawan, ilmu pun tak cukup lagi…
Baru-baru ni, ada kelas bincang pasal medical ethics@etika perubatan. Beberapa kes yang agak menarik dibincangkan.
Kes Terri Schiavo. Satu kes yang agak panas satu masa dulu.
Seorang yang mati otak, namun masih bernafas dan jantung berdegup. Macam orang tidur je. Terus ‘hidup’ berbekalkan makanan yang dimasukkan melalui tiub. Menurut doktor-doktor, pesakit memang tak ada harapan untuk sedar. Dah jadi 'sayur' @ vegetative state.
Menurut definisi mati (yang saya tahu), brain death tu dah dikira mati, walaupun masih bernafas dan bernadi.
Definisi yang sentiasa berubah-rubah dan bergantung pada manusia.
Soalan, nak cabut tak tiub makanan tu?
Satu kes nak disentuh
Seorang makcik Muslim yang ditahan di ward (heart failure), tak nak makan ubat semasa puasa Ramadhan. Baru lepas buat pembedahan jantung kalau tak silap. Doktor, ustaz & suami makcik tu semua dah pujuk dah. Alasan makcik tu; “Kalau puasa juga walau sakit, nanti dapat pahala lebih. Tawakkal kat Allah”
Suami makcik ni pula kata “Dia ni memang alim (alim as in ‘baik’. Not ‘knowledgable in Deen’)… Tak pernah tinggal puasa sejak 20 tahun lepas”
(Just try to imagine my feeling when this case was discussed, with non-Muslim colleagues!)
Dan sebagaimana yang dijangka, makcik tu meninggal pada hari ke-4.
(Hm… Jadi medical student ni, kadang-kadang sebut pasal orang mati macam biasa je…)
Jadi, sebagai seorang (bakal) doktor MUSLIM, apa tindakan korang?
Bermain-main dengan hukum? Try to figure out the hukum to convince that makcik to take the meds & i.v. (or not to take them) based on ‘program maqasid syariah’ which you had attended few years back?
Isunya…
Perasan tak, ada khursus Syariah di universiti-universiti?
Perasan tak, ada ustaz & ustazah yang habiskan bertahun-tahun di universiti untuk ijazah syariah, hadis, usuluddin etc?
Perasan tak ada ustaz dan ustazah yang buat PhD?
Dan dengan hanya A1 Pendidikan Islam SPM dan A’s untuk subjek agama di peringkat A-Level, STPM, buat minor dalam subjek agama, baca 5, 6 buah kitab fiqh, amat tak cukup.
Serahkan pada yang ahli.
"Salah ke kalau saya cuba untuk derive hukum dalam keadaan terdesak macam tu?"
Saya tak kata salah, dan tak kata betul.
Kalau saya, saya lebih suka guna ayat “Kalau ikut kitab sekian sekian @ sheikh sekian sekian…”
Dan kalau nak duduk berbincang pasal hukum sesuatu isu yang saya tak tahu apa pandangan ulama’, saya lebih cenderung untuk tidak membolehkannya; elakkan dari buat perkara tersebut (kalau 'korang' perasan...). Dan biasanya diakhiri dengan “Assalamualaikum. Helo ustaz.. Nak tanya sikit..”
****
Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya: saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. ' [Riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim]
Syubahat itu, ada beberapa tafsiran ulama’ yang saya tahu.
Satu, perkara-perkara yang ulama’ masih belum pastikan hukumnya. Mungkin perkara-perkara baru. Contohnya, nak transplan @ pindah otak seseorang ke tubuh baru.
Satu lagi, perkara-perkara yang ada hukumnya oleh ulama’ tapi pada masa itu individu tersebut belum tahu. Contohnya, nak join perayaan Halloween.
(Hard to think an example for this, without offending anybody)
Dan apa pesan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam kepada orang yang berdepan dengan syubahat?
Memang susah dan saya tak la pula nak declare yang saya bebas dari buat benda syubahat.
Sekadar berkongsi.
****
Sakit perut
Zaman muda-muda dulu (ececeh..), agak cenderung dengan perbalahan perdebatan dalam bab khilaf ni. ‘Seronok’ sangat dengan perbalahan perdebatan self-proclaim ustaz sampai kadang-kadang perut terasa tak best. Tak tahu nak cakap macam mana.
Banyak belajar ilmu baru. Sampai terperasan dah tahu banyak benda.
Namun as time goes on, berjumpa secara fizikal atau secara maya dengan beberapa ilmuan, banyak menyedarkan diri. Kena tawadhuk lebih lagi… Dan dah lama tinggalkan perbalahan yang semacam itu.
Kadang-kadang apabila terjumpa perbalahan serupa di internet, rasa senak perut tu datang balik.
*****
Assigmnet CTU
Teringat assignment subjek Pendidikan Islam a.k.a. PPI @ CTU di INTEC dulu. Kena buat tajuk ‘Perkara yang membatalkan Iman’ (lebih kurang..)
Terjumpa sebuah buku di perpustakaan Shah Alam (kali pertama dan terakhir ke sana…T.T)
Antara perkara yang merosakkan@membatalkan iman (tak ingat istilah yang penulis guna) adalah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Ambil alih tugas Allah dalam menentukan halal haram. Tak ke syirik macam tu.. (kalau ikut buku tu..)
Sebab tu la, sesetengah ulama’ kalau diminta memberi fatwa, jawapan segera yang diberikan sebelum selesai buat kajian adalah “Pada saya, perkara itu baik@tak baik” Tak berani untuk terus kata “haram” atau “harus”.
Dan banyak kalinya ulama’ terasa amat berat untuk memberikan fatwa. Itu bukan kerja mudah, waima bagi yang digelar ‘ulama’!
Memang, ruang untuk ijtihad @ menggunakan sesungguh-sungguhnya keupayaan akal untuk cuba tentukan hukum itu ada. Dan sesiapa yang berijtihad tapi salah, masih dapat satu pahala.
Tapi jangan ambil mudah sangat bab agama ni.
****
Ilmu Islam itu memang perlu dipelajari dan dipraktikkan.
Ada waktunya, agak mudah nak tentukan hukum dan agak obvious hukumnya samada boleh atau tidak.
Ada waktunya, kita berseorangan tanpa tahu nak minta tolong siapa dan kita perlukan hukum tertentu dengan segera.
Namun, jangan terlampau yakin diri. Beware of the red line. Don’t across it.
Orang lain dah habiskan seluruh masa mudanya untuk belajar tentang Islam.
“Enta baru kenal maqasid syariah, agak-agak la sikit…”
Mengharamkan yang halal, lebih kurang saja dengan menghalalkan yang haram.
Antara tin kosong yang hanya kuat berbunyi dan diam kerana ‘bukan ustaz’ walaupun ada ilmu, cuba untuk adil antara kedua-duanya.
Saya tak kata pandangan ini yang paling tepat. Sekadar nak minta supaya bila nak buat sesuatu tu, ambil kira jugalah pandangan ini.
Dan jangan takut untuk bertanya kepada yang pakar.
"Semakin banyak aku belajar, semakin banyak yang aku tak tahu"(quote)
Allahu ta’ala a’lam
Setiap kata-kata boleh diambil dan ditolak kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.
No comments:
Post a Comment