SMSD yang terchenta....
“Fikir, fikir kan fikirlah.” Abang Amir Hassanudin menamatkan ta’limnya malam itu.
Ayat ‘standard’ abg Hasan; ulang 3 kali.
“Tolong tolong dan tolonglah…”
“Dengar dengar dan dengarlah…”
Dan beberapa lagi yang dah tak berapa ingat.
Suara kuat. Kalau sound kejut subuh tu, sampai aspuri boleh dengar. Tapi biasa la student lelaki..dah terbangun sambung tidur balik… (aspuri pun lebih kurang kot..)Kadang-kadang microphone surau rosak, tapi bukan masalah besar kalau abg Hasan jadi imam.
Selalu kelihatan berserban (bersama-sama set-set naqib yang lain masa itu) ke surau
Itulah sedikit tentang abg Hasan, Amir @ Ketua Naqib SMSD 01’, masa saya (dan kebanyakkan dari kita) masih berhingus di Form 1!
Cerita pasal zaman form 1 ni, memang best la juga..
Dengan tak ‘matured’nya, homesick sebab pertama kali ‘tak tidur bawah ketiak mak’, kena ambil air, kemas dorm senior-senior, sikit-sikit kena denda, kena jadi form yang paling skema (biasa la..form 1), berjalan laju (tapi tak lari ye..) apabila balik dari sekolah supaya tak perlu beratur panjang di DM dan lain-lain.
Zaman kanak-kanak.
Nak diceritakan pada suatu hari..
Pagi itu, semasa dalam perjalanan nak ke sekolah.
Menyusuri jalan antara sekolah dan asrama yang antara terjauh dan terpanjang di seantero SBP!
Terjumpa abang Hasan dengan seorang senior form 5 lain.
Tak tahu la samada mereka yang jalan lambat atau saya yang memang jalan cepat, tapi pada masa tu agak takut tak mahu nak pintas. Sampai begitu sekali hormat pada abg Hasan pada masa tu!
Tak tahu kenapa, tapi hormat pada abg Hasan agak tinggi. Nak kata kamceng sampai kenal betul peribadi dia, tak juga.
Mungkin lebih kerana penampilannya di surau dan kerana jawatannya sebagai ketua naqib.
Sambung cerita.
Terdengar sedikit perbualan antara mereka berdua. Tak ingat sangat dan tak nak ingat pun.
Tapi ada satu ayat yang saya masih ingat, yang abg Hasan sebut. Apa dia?
Nasihat agama super duper yang akan terkesan di hati yang mengubah terus siapa yang dengar?
Tak de…
Ilmu agama @ fiqh yang mendalam tinggi? Tak juga..
Apabila senior yang seorang ni bertanya, dia jawab “Marrranggg nuh!”
Ayat gurauan yang agak famous (at least di sekolah saya) pada masa tu.
Merujuk kepada satu daerah di Terengganu; daerah Marang.
Maksudnya? Tak de maksud apa pun. Tapi agak terkesan di hati saya masa tu.
“Terkesan yang macam mana? Takkan dengar ayat tu pun naik iman kot…”
Entah la. Apabila dengar ayat tu terfikir, “Abg Hasan pun gurau macam tu?!”
Lepas tu, terus potong dia dan kembali kepada speed berjalan biasa. Hilang terus rasa hormat.
Pelik kan?
Apa salah dia bergurau?
Tapi expetation yang sangat tinggi terhadap seorang figure seperti dia macam…macam mana ntah. Tak tahu nak cakap macam mana.
Seolah-olah orang di tempat sepertinya tak layak untuk dia bergurau. Tak layak untuk dia ketawa. Tak layak bagi dia untuk buat benda-benda biasa yang orang biasa-biasa buat.
Sebelum itu, expectation saya kepada dia mungkin macam ‘dia perlu macam malaikat yang tak ada silap, tak ada perasaan, tak ada gurau-gurau atau buat lawak, maksum, tak boleh buat dosa, tak buat benda-benda mengarut yang orang biasa buat sebab dia orang ‘alim’.
Faham kan maksud saya?
Terlupa yang dia juga manusia.
Pengajaran? Entah.
Saja nak cerita.
Ni kan blog saya. Ikut suka la...=)
Ni kan blog saya. Ikut suka la...=)
hehe, sedangkan aiman pres MSOC pun bergurau :)
ReplyDeleteExpectation is the root of all heartache-shakespeare
ReplyDeleteindeed very true.jadi,letak hrpn tggi2 kt allah je la..baru x keciwa..
-faeza salleh
bg org yg faham, mmg boleh cakap macam tu.
ReplyDeletebagi org awam, samada nak kena fahamkan mereka atau mungkin kena jadi serba sikit macam dalam ni:
http://greensleaf.blogspot.com/2010/05/ayat-ayat-cinta.html
Allahua'lam =)
(takpe kan letak smiley kat sini?haha)
bagi je dorg slh fhm dulu..lama2 fhm la tu.smpi bila nk biar trus x phm?klu 'slh fhm' tu perlu ntuk 'faham',biarkan!well..IMO la..
ReplyDeletemcm dlm ayt2 cinta tu,bnda tu mmg dh btol2 salah.tp klu skdr bnda2 yg x jelas slhnya tp silap pd mata kita...hmmm...
hahah!letak je byk2 smiley tu =)