19 June 2010

Kawe, telefon dan...


Telefon Saya

            Saya ada telefon. Saya ada dua telefon. Kedua-dua telefon saya berwarna hitam. Saya sayang telefon hitam saya. Mereka berdua dibeli dengan duit biasiswa tapi mak ada tambah sikit.

Ayat karangan budak darjah empat.. Nostalgia sungguh!
Kalau hari tu, saya tulis sikit tentang nikmat Allah yang bernama ‘laptop Acer saya’, kali ni nak bercakap pasal telefon bimbit pula, salah satu nikmat yang Allah kurniakan kepada saya dan kita yang selalu tak hargai. Yang kita hanya sedar akan nikmat itu apabila tertinggal, kredit habis, rosak, hilang (tersorok bawah sofa) atau dicuri.
Manusia...

Bercakap pasal hanphone, handphone pertama yang saya pakai semestinya the ultimate powerful Nokia 3310! Handphone paling mendapat pujian dari segi ketahanan!

Sekarang sedang pakai SE W810i & Samsung apa ntah. Handset murah je… Tak tahu bila nak tukar.
OK. Tinggalkan perkara-perkara mengarut dan kurang penting ni. Kita ke topik sebenar!

Aiman, handphone dan….

“Ape? Tak dengar la!”
Salah satu masalah sekarang adalah masalah line tak jelas. Dah duduk tingkat 26 tu, biasa la… Tapi kadang-kadang entah dari pihak mana silapnya, memang suara anda kurang jelas didengari walaupun berada di altitud yang lebih rendah. Jadi apabila saya sebut ayat di atas semasa bercakap dalam phone, bermaksud saya benar-benar tak dengar. Bukan berpura-pura (baca: tipu) sebagai alasan untuk letak phone & sambung tidur@main game@apa-apa saja.
Atau mungkin phone anda yang ada masalah?

“Aiman memang tak angkat phone..”
Bagi sesiapa yang selalu berurusan dengan saya, mungkin agak biasa dengan situasi ni. Pernah ‘terkantoi’ seorang pemanggil yang cakap ayat seperti di atas dengan kawannya dan tak sedar saya dah angkat phone.
Memang saya akui, biasanya saya tak angkat panggilan. Kenapa? Di sini ada sebab-sebabnya:
  • Phone silent + letak atas katil dan saya di ruang tamu@tempat lain. Entah kenapa, saya lebih selesa men’silent’kan phone saya. Kurang gemar mendengar bunyi phone berbunyi di rumah. Kurang damai dan menambah pencemaran bunyi… Jadi kalau saya tak angkat phone, silalah bersangka baik ya! =)    “Aiman phone silent tu…”
  • Tengah tidur. Memang malas nak angkat phone semasa tengah tidur@nak tidur walaupun phone tengah ber’fibrate’ dengan rancaknya. Maaf. Saya mahu berehat.
  • Tengah moody@tension. Ditambah pula kalau ketika itu sedang mengejar deadline @ buat sesuatu. Tak perlu hurai. Anda pun faham.
  • Panggilan dari nombor tak dikenali. Yang ni kalau saya angkat, memang sangat bertuah amat. Terkecuali kalau nombor fix-line bermula dengan 03-. Kot-kot JPA call nak beritahu nak tambah biasiswa..@ orang IMU telefon. Itu pun kadang-kadang malas nak angkat.
  • Dan beberapa sebab minor lain..

Oleh itu, saya lebih suka kalau orang menghantar sms untuk saya reply (pada masa yang entah bila…) terutama pada hal yang tidak urgent. 
Bahkah kalau urgent pun tapi saya tak angkat phone, diharapkan jasa baik tuan puan kalau boleh misscall sekali lagi (supaya ada impression yg pangilan itu adalah penting sampai call 2,3 kali) dan hantar sms susulan. Jangan tinggalkan voice mailbox message! (tak tahu macam mana nak deactivate benda ni.. kalau kat Nokia 3310 tau la)

SMS
Bab sms ni, memang selalu bermasalah. Kadang-kadang lambat balas atau tak balas langsung.
Masalah kredit? Tidak… Saya dah beberapa tahun tak mengalami masalah ini, sebab sebelum ini saya guna postpaid. Prepaid number saya pun selalu berkredit sebab guna Upax dan hanya perlu menghadap internet untuk topup.
Antara sebabnya:
  • Seperti di atas. Phone silent. Sedar-sedar dah ada sms masuk. Tengok jam, dah 5 jam lepas sms masuk. Maaf ye…
  • Lupa nak balas. Biasanya berlaku kalau saya terima SMS yang memerlukan berfikir sebelum membalas dan ketika itu sedang buat kerja lain. Lepas 2,3 hari baca balik sms lama, baru terperasan masih ada sms terhutang. Bagi yang mengenali saya sejak sekolah, mungkin perasan yang saya memang sangat agak perlupa orangnya. Sehingga saya digelar 'Pok Mang' (Pakcik Man) oleh seorang guru kelas sekolah rendah dulu.
  • Tak baca sms habis-habis. Penyakit kronik yang dihidapi sejak zaman sekolah rendah lagi; baca sesuatu tak habis @ lompat-lompat terutama apabila baca soalan exam. Selalu ter‘miss’ 1, 2 point penting dalam soalan @ sms @ apa-apa ayat. Nak rawat penyakit ni macam susah sikit, sebab dah kronik sangat…  Ni menyebabkan saya tak memberi respon yang diharapkan si pengirim atau beberapa adverse effect yang lain.
  • Tak balas sebab nampak macam tak perlu nak balas.
  • Dan beberapa sebab lain yang lebih kurang dengan masalah ‘call’ di atas

Jadi, sesiapa yang berurusan dengan saya melalui telefon, harap bersabar ye…
Saya minta maaf awal-awal. 
Lepas ni saya tak janji tak buat lagi!

Allahuta'ala a'lam. Maaf sekali lagi...

No comments:

Post a Comment