Ramai yang mengatakan, Rasulullah mengajar tauhid @ ayat-ayat al-Quran yang turun pada fasa Meqah berkisar tentang tauhid. Pada fasa Madinah barulah turun pasal hukum-hakam…
Benar. Tapi kenyataan ini janganlah ambil secara simplistik macam itu saja.
Point 1: ada juga…
Perintah tentang hukum-hakam dah diwahyukan pada fasa Meqah. Tapi tak banyak. Contohnya, larangan menipu dalam timbangan & perintah (ada yang mengatakan wajib) untuk qiamullai.
Point 2: habis tu?
Perlu diingat, orang peluk Islam bukan semasa fasa Meqah aje…
“Maknanya?”
Para sahabat yang memeluk Islam selepas hijrah pun diajar & ditaklif @ diperintahkan untuk mengamalkan syariat. Tak pula difokuskan sahaja bab aqidah dan tak ada isu “diajar tauhid sahaja selama 13 tahun”. Umar al-Farook radiallahu ‘anhu pun peluk Islam 5 tahun selepas kerasulan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Tak cukup pun “diajar aqidah saja selama 13 tahun”. Dan perlu diingat, para sahabat majoritinya memeluk Islam selepas hijrah dan tak pula melalui so-called ‘tauhid saja 13 tahun’.
Bukan apa… Bab ni kadang-kala digunakan secara ‘agak pelik’ untuk mengelakkan dari tanggungjawab beribadah & mengamalkan syariat kerana ‘belum kenal Allah’, ‘aqidah belum mantap’, ‘Nabi ajar aqidah SAHAJA kepada SAHABAT selama 13 bagi sempurna betul2 baru suruh sembahyang’ dan yang sama waktu dengannya. wAllahua'lam.
Tergerak nak menulis pasal ni lepas baca satu email.
‘Tauhid 13 tahun’, ada apa-apa signifikasi ke?
Mesti ada… Tapi jangan ikut otak sendiri saja dalam buat tafsiran. Sirah jangan campak dalam parit.
further reading (macam lecture note plak..=) & sumber: klik sini
wAllahu ta’ala a’lam
No comments:
Post a Comment