16 August 2010

Ada Apa dengan Gitar?


baru hantar satu email semalam, sebagai respond kepada salah satu masalah khilaf yg ditanya dalam yahoogroup. bab muzik & alat muzik bertali.

dah lama tak 'bermain' dlm bab-bab khilaf ni.
membaca & buat rujukan sana-sini utk dapatkan satu keputusan yg 'paling tepat'
"Paling tepat"??

*  *  *
mula berkenalan & beramah mesra dengan perbahasan ulama' sejak lepas SPM kalau tak silap..
dah bosan tahap gaban duduk rumah sorang-sorang. maka internetlah jadi penghibur..
berkenalan secara tak rasmi. bukan di kelas2 formal, tanpa guru, tanpa kitab, tanpa step-by-step yg amat penting... Tapi melalui Ustaz Google & Sheikh Youtube.
main terjun je!
terjun gaya somersault ngeri. boleh patah tengkuk punya! 

satu kaedah perkenalan yang boleh aja jadi mudarat besar... (harap-harap dah tak berada dlm keadaan itu sekarang)
isu kafir mengkafir, senang saja berlaku kalau hal khilaf tak dikendalikan selayaknya oleh orang yang layak.
tapi best jugak dapat tahu pasal ni..=)

* * *
perjalanan yang panjang, kelam dan sunyi...
Hopeless
Satu perasaan yang selalu timbul apabila buat research sikit2 bila nak revise @ check hukum beberapa perkara.
dan perasaan yang sama timbul semalam

terasa hopeless
terasa sedang berjalan ke tempat yang tiada hujungnya.
tiada hujungnya!
terasa memerah otak atas sebab yang sia-sia sebab hasilnya dah tahu; satu perjalanan yang amat jauh dengan destinasi yang takkan tiba..

'counter'-meng'counter' hujah.
Apabila satu ulama' bagi satu hujah,
pasti dan pasti di mana-mana penjuru bumi yg lain, ada yg dapat membalasnya balik
kedua-duanya menggunakan al-Quran & asSunnah.
dan hujah balas tadi, pasti ada pula yang dapat membalasnya. begitulah seterusnya...

a NEVER ending process.

ulama' berbeza pendapat sejak ribuan tahun dahulu,
jangan anggap anda@sheikh itu boleh menjadi hero umat yang ditunggu-tunggu dengan berjaya menghasilkan satu keputusan yang tepat dan tiada yang lebih tepat dari itu,
dan tiada ulama' lain yang mampu mendatangkan hujah yang lebih benar.

*  *  *
akhir perjalanan (for now..)

jika dulu, serba tak senang. biasalah, budak baru belajar... berhingus lagi. (sekarang pun berhingus lagi juga..)
mana taknya.
ustaz ni cakap boleh. ustaz ni pulak cakap haram.
ustaz ni cakap solat kena buat macam ni, ustaz ni pulak cakap kena buat macam lain.
ustaz ni cakap gitar tak boleh, ustaz ni pulak cakap gitar boleh.
ustaz ni cakap sifat 20 tu tak betul, ustaz ni pulak cakap aqidah pecah 3 tu yg tak betul.
yang mana satu yang Allah kata betul?! 

Allah cakap apa? Allah setuju yang mana? yang Allah tak setuju tu nanti macam mana status solatnya, nikahnya, puasanya, hajinya?
penin penin...

alhamdulillah, dipertemukan dengan guru2 (@ penulisannya) yang dapat sedikit sebanyak menenangkan hati.
Ustaz Mazlee Malik dengan buku beliau tentang talfiq sebagai 'pembuka selera'. dibeli pada Ramadhan 2006 lepas kalau tak silap.
Ceramah TG Haji Hadi Awang. antaranya



Buku 'Pedoman Bermazhab' oleh Kapten Hafiz Firdaus kalau tak silap. Jumpa kat surau Cemara bahagian ruang solat muslimat. Sape la yang tinggal kat situ.. Trimas ye

Ustaz Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh. banyak yang dipelajari ttg khilaf dari beliau semasa menetap di Cemara dulu. Cara bagaimana nak berhadapan dengan 'perang' ini.
kisah dari alQuran tentang khilaf antara Nabi Daud & Nabi Sulaiman 'alaihumassalam dalam berijtihad dan bagaimana respond Allah.
dan yang saya rasa paling penting, sikap tawadhu' dalam bab khilaf.
(hm.. rindu pula nak datang kuliah ustaz. kat dinding kanan, bahagian tengah surau depan rak alQuran..)

Ustaz Hasrizal Abd Jamil dlm beberapa artikel beliau. antaranya di sinisini dan sini
beberapa ilmuan lain. antaranya Ustaz Zaharuddin.

dan yang paling menyenangkan hati adalah kata-kata Rasul Allah sendiri:
Apabila seorang hakim menghukumi satu perkara, lalu berijtihad dan benar, baginya dua pahala. Dan apabila ia menghukumi satu perkara, lalu berijtihad dan keliru, baginya satu pahala. [muttafaqun 'alaihi insyaAllah]
dah kalau salah pun dapat pahala, buat apa nak berbalah?
dan saya boleh faham kalau ada yang tak setuju dengan ayat saya yang ni.

nama pun khilaf...
sedang dalam proses tumbesaran. mana tahu, nanti sy akan berubah pegangan dan sikap (lagi) dalam bab khilaf ni lepas menambah bacaan?


learning process

*  *  *

kadang-kadang terasa agak jengkel @ nyekit bak kata orang Terengganu apabila terjumpa orang yang memandang rendah pendapat ulama' yg tak sebulu dengan pendapat pegangannya.
kadang-kadang terjumpa bila tengah main internet ni.
semalam pun sama.
siapa yang betul? saya atau orang yg sy jengkelkan itu?
mungkin saja tindakannya itu betul. wAllahua'lam

bukan saja dalam bab khilaf fiqh, malah perbezaan pendapat dalam apa pun, eloklah berlapang dada.
mungkin ada ketikanya perlu untuk bertegas. tapi bilakah 'ketika' itu? entah..

tawadhu'. jangan ujub. jangan bersikap "hanya aku yang betul" tak kena tempat.
kat mana pula sikap 'hanya aku yang betul' boleh @ perlu digunakan?
entah...

selamat datang ke alam realiti!
alam yang penuh dengan 'entah'

saya budak baru belajar...
wallahua'lam.

Setiap kata-kata boleh diambil & dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
dah habis...=)

(di bawah ni email yang saya maksudkan di atas tadi. saja nak kongsi. nama pengirim & email dipadamkan)

Mungkin hadis yg paling biasa digunakan sebagai hujjah pengharaman alat2 muzik adalah:
"Akan ada dari kalangan umatku segolongan manusia yang menghalalkan zina, sutera, arak & al-ma'azif."
(Al-ma'azif: tempat2 hiburan @ alat2 muzik bertali.) 
Hadis dari kitab Sahih Bukhari.
Namun hadis ini adalah hadis mua'llaq (hadis tanpa sanad yg dijadikan pembuka bagi satu-satu bab dalam kitab hadis) dan terdapat kelemahan lain dlm hadis yang ini. Sebahagian ulama' menganggap hadis mua'llaq dalam Sahih Bukhari bukan hadis sahih (kerana tiada sanad) manakala sebagian lagi menganggap sebaliknya dengan beberapa hujjah. Contohnya, al-Hafiz Ibnu Hajar dapat menyambung sanad bagi hadis ini dengan 9 sanad berlainan namun masih terdapat kelemahan pada semua sanad itu.
Wallahua'lam

Frasa `mereka menghalalkan' (yastahillun) boleh difahami dengan 2 cara:
- makna sebenar perkataan yastahillun iaitu mereka meyakini @beriktikad yang perkara itu halal. Maknanya golongan tersebut menjadi kafir kerana menghalalkan arak & zina yg telah muktamad haram.
- secara kiasan yakni mereka `menghalalkan' @ melakukan dengan berlebihan & berleluasa.

Jika diandaikan kita terima bahawa makna hadis ini merujuk kepada haram al-ma'azif, maka timbul pula persoalan: adakah haramnya itu kerana al-ma'azif berada bersama2 dengan maksiat tersebut (zina, arak & memakai sutera), atau setiap satunya (termasuk al-ma'azif) adalah haram secara khusus? Pendapat yang mengatakan al-ma'azif itu haram disebabkan faktor maksiat yang berkumpul bersamanya, bukannya pada zat alat muzik tu sendiri adalah lebih kuat [quote]

Rujukan yg saya guna: "Nyanyian & Muzik menurut perspektif alQuran & asSunnah", Dr Yusuf alQaradawi. Elok kalau dapat baca buku ni seluruhnya utk gambaran yg lebih menyeluruh

Ini salah satu daripada hadis2 yang digunapakai untuk mengharamkan alat muzik. kalau nak tulis semua, agak sukar utk sy ringkaskan hasil penulisan yg setebal beratus mukasurat. Secara keseluruhannya, Dr Yusuf alQaradawi (pada fahaman sy) dilihat mengatakan tak ada dalil yang benar-benar kuat & jelas yang mengharamkan alat muzik sedangkan untuk mengharamkan sesuatu, perlu kepada dalil yang jelas menyatakan keharamannya. Jika tidak, ia balik kepada hukum asal iaitu harus (yg boleh bertukar kepada haram dengan sebab2 tertentu seperti mempromosikan maksiat dan lain-lain).

Namun ada pula yang mengkritik (atas dasar ilmiah insyaAllah) pandangan Dr Yusuf yg mengdhaifkan kebanyakkan hadis2 pengharaman muzik & alat muzik kerana beliau merujuk kepada penulisan ulama' terdahulu yang dikatakan `kurang pakar dalam bab hadis'

ini adalah sebahagian point dari entah berapa banyak point yang ada tentang isu alat muzik ni.

Bab muzik & alat muzik merupakan salah satu bab yang sangat hebat diperselisihkn @khilaf oleh ulama' sejak dahulu lagi. Untuk melihat isu ini, yang paling penting adalah perlu terlebih dahulu memahami disiplin & adab2 dalam berhadapan dengan masalah khilaf. dan sepengetahuan sy adalah hampir mustahil kalau nak selesaikan bab-bab khilaf ni dengan menghasilkan "satu hukum yang paling tepat"

tawadhu' dalam bab khilaf. wallahua'lam


>(deleted)
> Salam Aleykum W.B.

> In a conversation with a friend recently, she told me about the conflict she had with one of her ustazah back in school regarding her hobby of playing the guitar. The ustazah told her that women are not allowed to play the guitar as it is a music instrument with strings and thus it is haraam for her to indulge in her hobby even if she does it in private. At the same time, when she asked another ustaz, he said it is okay to do so as long as it does not keep her away from performing her duties as a Muslim and that she keep it as a hobby only, rather than performing it or to try make a living out of it. Nevertheless, since she was confused, she stopped playing altogether.

> However, she feels unsatisfied as nobody cleared the matter for her. I tried reading up on the internet but there are so many opinions that I myself become confused. I hope someone who is well verse regarding the matter can help both me and my friend, InsyaAllah.

> Regards,
(deleted)

(p.s : sy reply dalam BM sebab pengirim faham BM kalau tak silap sy, lepas buat research lebih kurang pasal pengirim ni.. lagipun lebih mudah nak tulis bab payah ni dlm BM)

No comments:

Post a Comment