19 August 2010

lebih berat dari Allah?!



Assalamualaikum
sekadar nak kongsi satu email dlm yahoogroup.
pendapat tentang satu soalan:
"boleh tak Allah cipta batu yang lebih berat dari Dia?"


*   *   *
Assalamualaikum~
Hm…
Sy setuju kalau soalan ini dijawab dengan ‘ntah!’
Kenapa?
Betulkan sy kalau sy salah. Ada 2 sudut berbeza yg boleh dilihat.

1- Berat itu adalah kerana graviti. Graviti itu makhluk ciptaan Allah ta’la kan? Allah sebagai yang Maha Kuasa adalah bebas dari sifat2 makhluk (tertakluk pada hukum graviti). Allah juga bebas dari hukum masa, ruang dan jisim yang merupakan hukum/peraturan/laws of nature ciptaanNya sendiri. Kalau Allah pun tertakluk pada makhluk, itu bukan Allah kerana Allah itu Maha Hebat, Maha Kuasa.

“Jadi, adakah Allah itu tiada jisim@tiada berat?”
Oh tidak.. Tiada berat kerana tidak tertakluk kepada graviti itu juga sifat makhluk. Contohnya, (nak dipendekkan cerita) angkasawan yg tidak tertakluk pada graviti juga tiada berat. Jadi, antara sifat makhluk juga adalah ‘tiada berat apabila tiada graviti@bebas dari hukum graviti’.

Tiada jisim itu juga sifat makhluk. Kalau kita menganggap ‘ruang’ angkasa sebagai makhluk Allah, makhluk itu juga tidak berjirim & tidak berjisim.
Allah bebas dari sifat ‘keberatan’, ‘jisim’ & ‘jirim’ yang sama dengan makhluk. Allah bebas dari sifat ‘ada jisim@berat’ & pada masa yg sama bebas dari sifat ‘tiada jisim@berat’ yang sama dengan sifat makhluk.
Macam mana tu?
‘Entah’.

Kita sedang cuba membincangkan sifat zat Allah di sini. Oleh itu memanglah jawapannya adalah ‘entah’ kerana aqal manusia itu terbatas.

“…Tiada yang serupa dengan-Nya…” [asy-Syura; 11]
oh, kite syuke ayat ni...


2-Allah itu bersifat dengan sifat2 yg tiada batasan. Betul?
Atau nama lainnya, infiniti.
Soalan mudah; berapa besarkah infiniti?

Saya suka kalau kita dpt lihat sekejap (1 jam setengah je..) filem dokumentari tentang 4 genius matematik di sini (tak pun kalau tak dapt tgk semua, tgk yg 1st person pn ok)


Bahkan pakar matematik pun tak nak & tak mampu menghuraikan infiniti kerana kedasyatan & kepayahannya.
Untuk menjawab soalan “batu yg lebih berat dari Allah”, terlebih dahulu memerlukan pemahaman seseorg ttg infiniti sblm fikir soalan tentang ‘sesuatu yg lebih besar dari infiniti’.

Itu bukan permasalah yg mudah.
Sedangkan pakar matematik pun blh jadi gila.
Sedangkan ayat ‘lebih besar dari infiniti’ itu pun nampak macam self-contradict@paradox.

Jadi sy katakan Allah bersifat dgn ‘bulatan infiniti yg paling besar’


Bermain-main dengan frasa“lebih besar dari infiniti”itu mudah bagi org yg kurang bijak tp untuk memahaminya apatah lagi menyoal ttg sifat infiniti Allah, orang yang bijak akan mengatakan ‘aku tak tahu’
Atau ‘ntah!’
Ini tak sama dengan pemahaman umum '2 lebih besar dari 1'
Ini tak semudah perbandingan antara Kamus Dewan dengan buku 555
Kalau sy tanya satu soalan yang lebih mudah; apa ada di luar sempadan angkasa lepas? Kalau itu pun teragak-agak nak jawab..

Point saya adalah…
Soalan itu mengarut & bercanggah dengan logik.
Analoginya, siapa boleh jawab soalan ini;
"adakah rasa masin itu berwarna hijau?" (err...)
dan kalau nak masukkan 'presenting Islam' mungkin boleh dimasukkan ayat "tiada yg serupa denganNya" & huraikan bab "Islam meninggikan sifat Tuhan tak seperti agama2 lain kerana Tuhan itu perfect"
wAllahua’lam

jangan terfikir waima utk berfikir ttg zat Allah,
kalau equation kat atas ni pun kita tak faham



Setiap kata-kata boleh diambil & dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam

No comments:

Post a Comment