02 September 2010

pakcik itu

Sekitar jam 7.10 pm:
“Hm… Makan Kyros Kebab pun macam best je..”
Malam itu perlu ke Shah Alam sekali lagi. Macam dah menjadi rutin. Biasanya dalam tempoh 2 minggu, mesti ada sekali ke sana.
Tak sempat nak makan malam lagi.
Alang-alang biasiswa baru masuk, sekali-sekala nak juga ‘memanjakan’ diri.
Singgah di Sogo untuk tunaikan hak perut. Nanti berat badan turun lagi…
“Erm. Maghrib dah nak masuk. Makan lepas Maghrib kat stesen KTM je la. Sambil tunggu tren sampai, boleh makan.”

Semasa di atas jejantas nak ke stesen KTM Bank Negara, tiba-tiba...
“Are you a student?” Seorang pakcik menegur. Umur sekitar 50-an. Berbadan agak gempal & seperti berbangsa India. Mungkin kerana sy menyadang beg masa tu, nampak macam student…

“Oh, thank God! My name is X,” balasnya sambil menghulurkan tangan. Sudah tentu namanya yang diberitahu kpd sy bukannya ‘X’! Biarlah rahsia.. (sebenarnya dah tak ingt nama pakcik tu..)
Pakcik itu memperkenalkan diri sebagai ‘seseorang’ dari UiTM Shah Alam, Kursus kimia-something. Tak ingat pula, sebagai pelajar atau pensyarah.
Eish.. Asyik tak ingat je ni.. Macam mana nak hafal nama ubat kalau camni..

Asal Pulau Pinang. Sekarang tinggal di Kolej Puncak Perdana…
Kehilangan dompet…
Kereta ada di parking lot PWTC…
Memerlukan wang untuk ke stesen Putra LRT PWTC & menunjukkan beberapa keping syiling yang dia ada… (tapi tadi berjalan bertentangan dari jalan nak ke Stesen Putra…)
Nak pinjam handphone untuk buat phone banking.. & sy rasa berat nak bagi pinjam.
“Kalau macam tu, awak call nombor ni untuk phone banking..”
Nak buat phone banking akaun Maybank.. Nak transfer duitnya ke akaun sy mungkin, kemudian sy keluarkan dari akaun sy & bagi kat dia.. (kalau ikut yg sy faham, begitulah yg dicadangkan pakcik tu..)

……..(diringkaskan cerita)

“Kalau sy bagi uncle RM x cukup tak? Nak pergi PWTC je kan?” cadang sy. Kalau bagi uncle tu banyak ni, kalaupun sy kena tipu, tak la kisah sangat. Biasiswa pun baru masuk...
Lagipun rasa nak cepat habiskan urusan dengan unlce tu. Solat belum lagi. Lagipun nak kena cepat sampai ke Shah Alam. Takut kawan tertunggu-tunggu pula. Nak tumpang kereta orang kenalah buat cara nak tumpang kan..
“Saya nak kena bayar parking lagi, duit minyak lagi. Mana cukup..” balas pakcik tu.

………

"Kalau awak tak percaya kat saya, saya boleh bagi nombor matrix saya & contact person di UiTM untuk sahkan," kata pakcik tu.
Maaf, maklumat tu tak ada makna apa-apa pun. Dah lepas jam 7.30 petang, siapa lagi yang ada di pejabat UiTM tu untuk jawab panggilan... Kata dalam hati je la. Malas sebenarnya nak argue dengan pakcik tu.

........
*   *   *   *
Sekitar jam 8.30 pm:
“Rasa bersalah pula syak bukan-bukan kat pakcik tu.. Allah, harap-harap ada la orang yg lebih baik dari aku yang akan tolong pakcik tu.”
Sepanjang dalam tren ke Shah Alam sehinggalah pulang ke Bukit Jalil, rasa bersalah yg amat tak habis-habis muncul.
Rasa bersalah & kesian.
"Dah malam-malam ni, kat mana la pakcik tu nak tidur, nak makan..."
Allah…

*  *   *   *
Hampir sebulan berlalu.
Petang tadi, semasa surf Berita Harian Online, terbaca kolum surat. Selama ni jarang-jarang amat baca kolum lain selain daripada kolum Dunia & Nasional.

Pencuri menyamar pensyarah tipu pelajar di pusat beli-belah

2010/09/02
SAYA seorang pelajar IPT, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kerugian RM600 apabila telefon bimbit dicuri seorang lelaki berumur lingkungan 50-an.

Lelaki terbabit menipu dengan menyamar sebagai pensyarah institusi pengajian tinggi awam terkenal ketika saya bersiar-siar di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Suspek mendekati saya yang baru selesai menunaikan solat Zuhur di surau tingkat lapan. Lelaki terbabit memberitahu dompetnya dicuri ketika ke tandas.
Suspek meminta dipinjamkan telefon bimbit kerana mahu menghentikan kad kredit yang hilang bersama dompetnya kerana risau pencuri menggunakan kad kreditnya.

Suspek kemudian menyuruh saya mengikutnya ke aras 14 untuk melaporkan kejadian kepada Business Centre di bangunan yang sama.

Ketika menaiki lif ke tingkat 14, suspek berlagak mesra supaya tidak menyedari niat sebenarnya.

Setibanya di tingkat 14, saya diarah duduk di kerusi tetamu sementara menunggunya membuat laporan.
Namun, selepas hampir sejam menunggu, suspek tidak pulang semula, malah melarikan telefon bimbit saya.

Menyedari sesuatu yang tidak kena, saya meminta tolong daripada pengawal hotel di tingkat 14 untuk membantu menghubungi telefon bimbit, namun ia sudah dimatikan suspek.

Saya dibantu oleh pengawal berkenaan untuk menjejaki mangsa melalui CCTV namun gagal. Saya kemudian melaporkan kejadian berkenaan ke pusat pengawal bahagian pusat beli-belah dan tidak melaporkan kepada balai polis kerana mengetahui ia hanya sia-sia.

Apapun, saya ingin menasihati orang ramai agar lebih berwaspada dan berjaga-jaga apabila berurusan dengan orang yang tidak dikenali.


MOHD FAWAZ, 
Nilai, Negeri Sembilan. 


*   *   *   *
Tiba-tiba, teringat pula pada pakcik sebulan yang lepas itu...

...


2 comments:

  1. Ending cerita awk mcm mana?
    Buat phone banking or ada bagi duit RMX pada pakcik tu?
    *curious*

    ReplyDelete
  2. quote from above: "Allah, harap-harap ada la orang yg lebih baik dari aku yang akan tolong pakcik tu."
    maknanya: dua-dua sy tak buat!
    tu yg rasa bersalah tu..
    nk buat phone banking, nnti kena bagi uncle tu HP sy utk urusan & kena bagi no akaun sy kat pakcik tu. 2 perkara bahaya..
    nak bagi duit, dia tak nak.(terfikir masa tu: 'takkan dlm kreta takde minyak langsung kot..nak balik shah alam berapa sgt duit minyak')

    ReplyDelete