“Astaghfirullah… “
“Kenapa Pih? siap tepuk-tepuk dahi lagi,” Ujar Hadi kepada roomatenya itu
“Kau ada dapat email gambar ex-schoolmate kita ni? Zid hantar. Si Bob ni... Dah murtad ke apa,” Balas Hafiz. Serius.
“Nauzubillah... Kenapa? Dia cakap Islam tu lapuk ke? Ke dia mengangguk kat wailing wall?” Jelas kerut-kerut dahi Hadi. Apa jadi si Bob Kentang?!
“Lagi teruk! Tengok ni ha, peluk-peluk posing mesra dengan babi! Siap tunggang lagi!” Balas Hafiz.
Kali ni Hadi pula tepuk dahi. Bukan tepuk marah. Tapi tepuk kesian.. “Alahai Apih..”
Cerita di atas hanya rekaan semata-mata, tapi ada kena mengena dengan yang hidup & yang meninggal. Terima kasih kepada nama-nama di atas. Pinjam nama ye.. No offense!Islam Sentimen
Sentimen tu apa? Boleh lihat sini.
Muslim yang bergerak atas dasar sentimen. Atas dasar emosi dan perasaan, yang mengenetepikan fakta (i.e. Al-Quran & Sunnah). Tidak objektif.
Contohnya, seperti yang dikisahkan di atas, sebagaimana yang pernah berlaku dahulu, kini dan masa depan.
Contohnya, isu sosej berbalut something dari babi.
Contohnya, banyak lagi. Tak nak bagi contoh lebih-lebih. Isu sentimen la katakan. Emo.
“Apa masalahnya?” Mungkin ada yang mempersoalkan.
Tunggang babi apa hukumnya? Apa dalilnya?
Buayafriend tunggang motor dengan gelifriend. Apa hukumnya?
Yang mana lebih besar mudarat? Yang mana lebih jelas keharamannya? Tapi, yang mana lebih orang emo?
Makan babi apa hukumnya? Haram..
Makan riba apa hukumnya? Haram..+ seringan2 dosa riba=berzina dgn ibu sendiri + isytihar perang dengan Allah & Rasul-Nya + kalau dah tahu haram tapi masih buat bodoh=neraka selama-lamanya.
Memang ada orang ambil pusing pasal riba. Tapi ramainya pula, tak peduli langsung!!!
Makan babi vs makan harta rakyat. Mana masuk paper? Mana tersebar dalam emel? Mana orang ambil peduli?
Mana lebih berat?
Artis warna rambut=tak solat vs babi?
Rancangan-rancangan TV yang boleh menjejaskan aqidah (tengok Khamis malam Jumaat TV3, Ceplos) vs isu anjing?
Dan bertimbun-timbun lagi contoh-contoh lain
Kenapa sesetengah isu sahaja yang mendapat tempat di hati?
Islam sentimen. KeIslaman yang bergerak atas dasar emo semata-mata. Emo!
Bukan nak kata, tapi pada saya marahnya dan emonya tak nampak sangat kerana Allah. Nampak macam kerana adat@Islam warisan. Kalau benar-benar kerana Allah, kenapa hal-hal yang ternyata lebih besar didiamkan ya?
Dan orang yang emo ni, senang sangat dimanipulasi. Sangat senang & terbukti sangat sering dimanipulasi.
Nak senyapkan isu-isu besar, cukuplah dengan isu sekecil babi.
Samak bangunan, gambar posing dengan anjing, apa-apa je lah!
Dan lagi, kadang-kadang action based on emo yang terhasil tu, memang tak perlu dan bertentangan dengan Islam.
Sejak bila Allah & Rasul suruh bakar gereja? Hina tuhan agama lain dengan arak kepala lembu? Apa-apa pun, tindakan mestilah ada asasnya dalam syariah! Kalau tak tahu, bertanyalah kepada yang tahu. Ustaz Ustazah kan ada..
diambil dari: alwancomics
Kenapa ya?
Mungkin dek penangan betuhankan Islam & bukan Allah, bernabikan ustaz dan bukan Rasulullah? Boleh klik si sini.
Mungkin dek penangan tak belajar Islam? Tak faham Islam sebab tak dapat@sempat mengaji Islam; walaupun sempat belajar facebook, friendster & myspace.
Atau kerana berIslamkan Islam warisan? Apa yang masyarakat tekankan, itulah Islam mereka. Al-Quran Sunnah kurang nak tengok.
Atau kat masjid surau tak ajar betul-betul? Asyik pusing bab angkat takbir dari muda sampai tua… Tapi kalau ikut ayat ustaz Ridhauddin, “Production based on demand.”
“Ye la. Tapi, salah ke ?”
Emo apabila Islam dicabar memang boleh, malah sepatutnya begitu. Tanda iman masih ada.
Tapi, kalau sebab-sebab di atas ada pada kita, itulah masalahnya!
Dan lagi, yang nak dipersoalkan di sini, kenapa hanya isu tertentu?
Marahlah apabila orang makan daging khinzir, sebab itu memang haram.
Arak juga haram, polis trafik makan rasuah pun haram, rokok pun haram, menipu pun haram, mengumpat pun haram.
Peluk khinzir tu, hukumnya saya kurang jelas. Tapi berkepit buayafriend & gelifriend, ber“abang ayang” walau tak kahwin lagi, dah tahu hukumnya kan?
Riba yang diranking oleh sebahagian ulama’ sebagai dosa kedua terbesar selepas syirik, kenapa pula tak peduli? Oo.. Tak tahu..
Orang nak buat kandang babi, bukan main marah. Bank konvensional tu tak nak bakar ke?
Kalau marahkan peluk mesra khinzir itu pada tahap 2500 hp (horse power), maka marahkan orang tinggal Subuh, menipu, seleweng harta rakyat, makan rasuah etc. pula mestilah lebih tinggi! 10,000 hp ke… Bukan sekadar 50 hp, atau lebih rendah!
Pentingkan yang lebih penting daripada yang penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting, sebagaimana diajar abg Azmi; zaman muda-muda dulu...
Just my 5 cent. chillex ya!
Allahu a'lam..Setiap kata-kata boleh diambil atau ditolak, kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
No comments:
Post a Comment