18 February 2010

Tampal Menampal










Kecoh!
Isu buang bayi secara zalim
“Sedangkan singa betina yang ganas & tak berakal itu pun, tak makan anak dia. Malah menjaganya bersungguh-sungguh!” kedengaran suara-suara kesal..
Teringat kisah ‘kucing surau’ semasa di SMSD dulu. Berhari-hari (malah berminggu kot..)mengiau dalam surau mencari anaknya yang hilang. Sampai macam dah naik gila kucing itu!

Isunya dah lama.
Tapi isu kali ini tetiba famous. Dan.. bomm! Segala macam akta nak diubah, orang-orang politik ramai nak bersuara. Ini isu Negara!
Isu ini dah lama. Tapi kenapa yang kali ini? Entahlah..
Politik?
Mari ramai-ramai pakat buat kenyataan kat paper!  Lepas tu senyap…





Tinggalkan kejap politik Malaysia yang “apa-apa je lah” tu.
Apabila timbul isu semacam ini, akan timbul satu persoalan yang memang boleh diagak.

“Macam mana nak atasi?”

Pendidikan seksual di sekolah.
Kempen kesedaran
Peranan ibu bapa & guru. Point biasa..
Hukuman yang lebih keras
Menambah rumah perlindungan untuk remaja men’terlanjur’.
Bank DNA
Penguatkuasaan oleh badan pencegah maksiat diperhebatkan!
& endless list…

Orang yang dah ikut usrah, rasanya dah biasa dengan apa yang nak ditulis di bawah ini...

Penyelesaian secara tampal menampal.
Kalau ikut istilah medical, symptomatic treatment.

Nak atasi pecah rumah, pasang CCTV.
Nak atasi masalah buang bayi, buat kempen anti-buang bayi, tambah rumah perlindungan. Bahkan kedengaran kat radio lama dahulu, masalah buang bayi ni berlaku kerana orang kita tak so-called 'open minded'. "Oleh itu kita mestilah lebih terbuka apabila dapat tahu anak si polan mengandung luar nikah..."
Membunuh rasa malu & membinatangkan akhlak & common sense manusia untuk menyelesaikan masalah, yang hanya menimbulkan lebih masalah.
Result students rendah, buat kelas tambahan.
Timbul isu perkauman, buat kempen integriti.
Rasuah naik, buat kempen anti-rasuah.
Anak derhaka, nanti buat Akta Derhaka. Nak tunggu media mainkan isu ni pula, nak tunggu orang politik pakat ramai-ramai keluar kenyataan kat paper.
"Masalahnya kerana kita masyarakat pengguna! Macam mana nak jatuhkan musuh kalau guna teknologi musuh!" Dan penyelesaian yang dicari, fokuskan 'belajar sungguh-sungguh' & yang seerti dengannya. Maka terhasillah mahasiswa graduan 'universiti penyembelihan' & berpelajaran tapi tak berpendidikan.
"Lahirkan ulul albab untuk memajukan teknologi & ekonomi umat Islam! Majukan pendidikan! Banyakkan straight A's & 4 pointers!" Orang kafir barat pun bijak juga... Bijak yang membawa kemusnahan, bijak yang penuh dengan kebinatangan moral, akhlak & common sense, bijak yang merosakkan si bijak & orang di sekelilingnya; dan itulah(kah?) yang 'kita' nak sangat.(?)

Akhirnya, main pusing-pusing dalam satu bulatan.. Bermain sekitar merawat simtom dan bukan punca sebenar. Berhadapan (bukan 'menyelesaikan') masalah dengan cara yang tak menyelesaikan masalah. Malah banyak kalinya, banyak membazir tenaga & wang dengan memfokuskan cara yang 'tak kemana-mana' malah menimbul masalah baru pula.







Satu kampung sakit taun. Jangan hanya ‘masuk air’ dan bagi ubat. Kes-kes baru taun akan terus ada. Orang akan terus menerus masuk hospital. Selesaikan puncanya. Kesan puncanya. Hapuskan puncanya.

Jadi, apa puncanya?

Puncanya kerana manusia tak ikut sistem hidup ciptaan Allah yang Maha Penyayang & Maha Genius.
Puncanya kerana manusia lemah aqidah & iman, menafikan & mengenetepikan ayat-ayat Allah & hari akhirat.
Puncanya kerana manusia bertuhankan nafsu & kehendak diri; bukan bertuhankan Allah.
Puncanya kerana fahaman humanism, (meletakkan kehendak manusia a.k.a. nafsu sebagai matlamat utama) yang melahirkan scientism, hedonism, demokrasi mutlak, liberalism, hak asasi manusia, komunism, sosialis, kapitalis, materialism dan pelbagai –ism lagi. Fahaman yang nampak lain, namun hakikatnya pada dasarnya (kalau tak diasaskan mengikut al-Quran & Hadis), ada persamaannya; humanism. Meletakkan kemahuan manusia sebagai matlamat utama (a.k.a ‘tuhan’)  dan menjauhkan manusia dari agama yang dilihat menyekat matlamat utama tadi i.e. ketuanan nafsu, kemudian berkembang secara berasingan membentuk fahaman yang berbeza. Yang melahirkan manusia yang cukup cintakan perutnya & seterusnya pelbagai penyakit akhlak, dan terjadilah apa yang terjadi.
Asal orang suka, semua boleh jalan!




“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya…” (al-Jaatsiah; 23)
Dan sistem manusia tak akan sekali-kali sempurna. Akan ada lubang-lubang yang membinasakan penganutnya. Dan apa yang kita sedang lakukan adalah menampal lubang-lubang itu, dengan benda lain, yang terbukti berdasarkan sejarah, hanya akan memburukkan keadaan.

Dan satu-satunya rawatan yang sebenar adalah mengembalikan manusia kepada Allah, secara syumul!
Manusia mesti hidup dengan sistem Allah Maha Genius & Maha Penyayang yang memang flawless, bukan sistem manusia yang dangkal itu.

Menghampuskan kemiskinan dan rasuah bermula dengan memantapkan iman.
Memajukan sistem pertahanan dan ekonomi bermula dengan melazimi solat berjamaah @ awal waktu.
Meningkatkan sistem pendidikan bertaraf dunia bermula dengan melaksanakan dakwah dalam rumah tangga.
Dan seterusnya…

Bagaimana? Ada yang memilih cara tabligh, cara ikhwan muslimin dan lain-lain… Allahua’lam. Bagi saya, saya lebih cenderung dengan ‘7 maratib amal’; menaikkan Islam bermula dengan pembentukan individu muslim berfokuskan kepada membina balik iman & berakhir dengan menjadi ‘world order’, kerana Allah.

“Apa kaitan zikir dengan kekuatan ketenteraan?” Mungkin ada yang bertanya.
Hm.. Panjang nak menjawabnya. Ringkasnya, masuklah usrah!=)



Bukannya nak menafikan usaha-usaha pembaikan yang pada saya (dan mereka yang lain) bersifat 'bermain dengan isu' ini. Ganjaran di sisi Allah, takkan saya nak kata tak ada! Cumanya prioroti & fokusnya, kalau hanya pada symptomatic treatment (pada pandangan saya & mereka), saya angkat kaki.


Siapa yang betul?





“Apabila seorang berijtihad lalu betul ijtihadnya maka dia mendapat dua pahala, dan apabila dia berijtihad lalu dia tersilap maka dia mendapat satu pahala" (lebih kurang terjemahan hadis riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim)

http://saifulislam.com/?p=4494
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; 


"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".
Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"
Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". 
H.R. Abu Daud 

Fastabiqul khairat

Allahua’lam

Setiap kata-kata boleh diambil & dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam

No comments:

Post a Comment