26 October 2011

Kontroversi

Maha Suci Allah ta’ala Yang Maha Bijaksana, yang takkan ditewaskan waima segala tentera elit; China, Rusia, Israel, US, NATO dan semuanya bersatu bersama
Milik Allah ta’ala segala peraturan, segala ketundukan.
Allah takkan kalah

Alhamdulillah, HIMPUN 22 Oktober telah tamat.
Dengan jumlah kehadiran yang kontroversi.
Media memainkankan peranannya
Sebahagian media hanya emphasis angka 5000, sambil menayangkan hanya gambar-gambar yang menampakkan banyak kerusi kosong, bahagian hujung-hujung, dan bukan bahagian  orang ramai.
Menampakkan ilusi optik, membenarkan apa yang dikatakan
Keadilan media?
Banyak perkara yang menjadi kontroversi pada perhimpunan ini.
Asal-asalnya saya ingatkan HIMPUN ni taklah sehangat BERSIH dari sudut kontroversinya.


Persoalan-persoalan dari pihak yang memang memusuhi Islam, maka malaslah saya nak layan sangat.
Hanya prihatin kepada persoalan dari pihak yang menampakkan kecintaan mereka kepada agama Allah taála ni; yang bukan sedikit, dari segi penanya dan soalan yang ditanya.
Alhamdulillah!

Soalan2 yang saya simpulkan kepada 2 soalah utama.
1) HIMPUN tak menyelesaikan masalah.
Sekadar berhimpun ramai-ramai, mendengar ucapan dua, tiga jam, bagaimana boleh selesai masalah?
Tak perlu HIMPUN kalau masalah merempit, masalah buang bayi etc. tak dapat diselesaikan
Patut fokus kepada pembinaan jati diri umat Islam.
Patut membantu orang Islam yang memerlukan
HIMPUN? Apa selepas itu?

2)Melayu Islam
Kenapa perlu perkataan ‘Melayu’ ditonjolkan?
Sepatutnya Islam dahulu, baru Melayu.
Asobiyah!
Habis, Muslim Cina, Muslim India, bagaimana?
Tak perlu berdakwah kepada nonMuslimkah?
Adakah nak menegakkan ‘masuk Islam = masuk Melayu’?

3) Perpecahan antara agama.
Ajak orang bukan Islam masuk Islam, boleh.. Ajak orang Islam keluar Islam, tak boleh pula. Adilkah?

Alhamdulillah.. Soalan-soalan yang menampakkan keprihatinan kepada agama Allah insyaAllah.
Kalau tak tu, bukan urusan saya untuk su’ud dzan lebih-lebih.

Untuk menjawabnya, panjang juga. Nak jawapan pendek pun ada insyaAllah.
Asasnya, jangan terlalu mengeneralisasikan perkara.
Cuba untuk memahami sebelum bertindak menentang.
Dan faham, sebagaiman adanya khilaf dalam bab solat, bab tahlil, bab feqah yang lain;
Bab dakwah juga macam tu; ada khilafnya, berlapang dada dalam bab-bab sebegini

Untuk soalan 1,
HIMPUN bukanlah segala-galanya; dan tak ada pun pihak HIMPUN mendakwa HIMPUNlah segala-galanya; the magic medicine yang akan menghilangkan terus secara sekelip mata masalah umat Islam.
Hakikatnya, tak ada pun penawar macam tu, melainkan hidayah Allah ta’ala.
Memandakan hidayah bukan urusan kita, maka kita serahkan bab tu pada Allah.

HIMPUN hanyalah satu proses, dalam banyak proses.
Begtu juga tarbiyah, mukhayyam, ceramah, daurah, baca buku, keluar 40 hari, kempen dan lain-lain.

Setiap satu method ada kepentingan masing-masing, objektif masing-masing, cakupan masing-masing, dan yang pastinya, setiap satu method itu tak boleh berdiri sendiri kalau nak menegakkan Islam syumul.

Hanya 1 ceramah, ceramah politik, kempen keluarga penyayang dsb.  takkan mampu menyelesaikan semua masalah umat.
Tapi tak ada antara kita yang bertikam lidah menentang ustaz bagi ceramah Isra’ Mikraj kat dewan sekolah, tak ada yang menyebarkan flyers membangkang ceramah politik di kampung-kampung atas  alasan “setakat cermah 2,3 jam, mana mungkin SEMUA mat rempit berhenti merempit?”

Soalan 2
Dah banyak dibincangkan secara ilmiah, menggunakan alQuran dan Hadis, fatwa ulama’.
Ringkasnya, boleh baca
..etc..

Pesan saya, elakkan generalisasi;
Bila bercakap isu Melayu Muslim, tak terlintas langsung nak maksudkan Masuk Islam kena masuk Melayu.
Dan faham definisi; apa yang kami maksudkan bila menggunakan frasa “ketuanan Melayu” dan “Melayu Islam”.
Dan diberitahu, cuma perlu rajin sedikit mencari..=)

“Ketuanan Melayu”yang kami maksudkan, tak 100% sama dengan “Ketuanan Melayu”yang biasa orang faham.
Istilah tak penting, yang penting definisi

"Tak patut kita menidakkan Muslim dari kaum lain dari dakwah"
Memanglah!
Tidak pula kami menutup pintu dakwah oleh kaum lain, apatah lagi menghentam saudara-saudara, adik-beradik Muslim lain yang nak menegakkan Islam
Manfaatkan platform yang pelbagai di Malaysia =)
Mari bersama-sama 'berlumba' menaikkan Islam di bumi Malaysia ni!
fastabiqul khairat

Soalan 3.
Dah banyak kali orang lain jawab,,

Sekian saja. Nak masak makan malam pulak.

WAllahua'lam
sekali lagi,
Setiap kata-kata boleh diambil & dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam 

No comments:

Post a Comment