1. Sifat keharmonian & synchronise antara peraturan2 alam
itulah yang menyebabkan alam tercipta secara ‘inevitable consequences of laws
of physics.' ; itu pandangan saya
2. Alam semulajadi & peraturan2 alam tidak mempunya akal,
free wills & sifat bijaksana; mereka hanya alat2 yang dicipta & di
fine-tune dengan pemalar2 & nilai2 kekuatan sifat fizik masing2 (eg:
kekuatan electromagnetic force antara electron & proton adalah sebanyak
sekian sekian & bukan sebanyak sekian-sekian nilai)
3. Kebolehjalinan peraturan2 alam yang berlainan antara satu
sama lain (eg: gravity boleh dikira untuk menentukan velocity etc) menunjukkan
peraturan2 itu dikawal selia dengan baik.
* * *
1. Statement A: Sesuatu yang tidak wujud, tidak akan mempunyai
apa-apa sifat. Hanya sesuatu yang wujud mempunyai sifat.
2. Memandangkan nilai kebijaksanaan itul jelas terpampang pada
kejadian alam, maka perlu ada sesuatu yang wujud yang mempunyai sifat
kebijaksanaan itu untuk memenuhi statement A.
3. Penyusun & pencipta alat serta pemilik
kebijaksanaan itulah yang kita namakan
‘Tuhan’
* * *
1. Artikel lepas adalah cubaan untuk menjawab beberapa key
questions:
1.1. apa bukti Tuhan wujud?
1.2 Selepas alam dicipta, apakah Tuhan masih lakukan sesuatu
atau Tuhan berehat kerana sudah tiada tugas? (not really answered in that
article) Boleh juga dibincangkan dari aspek:
a) Tuhan tidak terikat dengan hukum masa, jadi perkataan
‘selepas’ tidak tertakluk kepada Tuhan. Tapi jawapan ini seolah-olah bertentangan dengan as-Sajdah, ayat 3. WAllahuta'ala a'lam. Konsep ruang & masa mungkin masih belum difahami sepenuhnya oleh para manusia.
Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan. [al-Kahf-109]
b) Tuhanlah yang MENCIPTA tenaga (yang menjadi asas kepada
quark & jisim) & hukum alam & Dialah yang terus-menerus MENGEKALKANNYA)
1.3 alam ini boleh tercipta kerana adanya hukum2 fizik seperti
graviti. Tak perlu campur tangan satu pihak yang dinamakan Tuhan untuk
menyediakan blue-print untuk penciptaan alam.
Untuk bacaan selanjutnya, boleh baca buku Kitab Tauhid oleh
Abdul Majid Aziz az-Zindani
p/s: alang-alang dah tulis, post sajalah daripada terperuk lama dalam laptop..
WAllatu ta'ala a'lam
Setiap kata-kata boeh diambil dan dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
No comments:
Post a Comment