28 August 2011

apabila harga sos cili lebih bernilai dari harga Iman

Kita bimbang, kalau-kalau duit tak cukup
Kita risau, apabila harga barang menjadi-jadi naiknya.
Kita gusar, apabila digit-digit yang terpapar di skrin ATM hanya tinggal 2 digit.
Kita risau kalau harta kita kurang, makanan kita tak sesedap orang lain.
Kita marah kalau duit kita diambil orang.
Kita mogok kalau harga minyak naik.

Itu biasa.
(tapi saya tak kata “itulah sepatutnya”)



Tapi kita kurang risau dengan kemiskinan iman kita.
Kita tak risau dengan jiwa kita yang kosong, hati yang kering
Kita kurang ambil pusing kalau kebaikan yang kita buat tak setanding orang lain.
Kita tak kisah kalau iman kita dicuri, pahala kita dibakar oleh orang sekeliling yang tak pandai memakai baju, tak tahu menjaga mulut.
Kita marah kalau anak tak pergi tuisyen, tapi buat tak kisah kalau anak tak solat.
Kita marah kalau anak tak buat homework, tak belajar. Tapi dah seminggu anak tak mengaji al-Quran, tak pa...

Itu masalah pada cara melihat,
masalah dalam meletakkan prioriti,
masalah kepercayaan/faith.

Apabila kehidupan yang pasti, yang kekal,yang lebih lama dari 1 082 382 386 198 264 916 431 761 927 tahun dienteng-entengi berbanding lauk apa nak makan masa berbuka nanti, jelas terbukti ada masalah serius pada pada keyakinan/iman kita; dan akal logik kita.

Kalau ada seorang ibu yang membiarkan saja anaknya yang dilanggar kereta di hadapan rumah mati di depan matanya kerana tak mahu meninggalkan ikan yang digoreng, kita pasti kata dia itu gila!

Kalau masalah harga minyak lebih dikhuatiri daripada harga diri dan aqidah anak bangsa, sepatutnya kita kata.......!



Dalam keadaan aqidah saudara kita diganggu, masih kita bertelagah mengeji nahi mungkar.
Tak tahu nak kata apa.

Soalnya, betul ke kita percaya Allah ta’ala tu ada?

Semoga Allah ampuni kita semua yang zalim ini.

WAllahuta’ala a’lam
Setiap kata-kata boleh diambil dan dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam

“Habis, macam mana nak nak buat ni?”

No comments:

Post a Comment