26 July 2011

Titleless


Kelakar pula rasanya apabila melihat penafsiran kita dan orang-orang kita terhadap Islam.
Berubah-ubah mengikut musim.
Berubah-rubah mengikut agenda.
Berubah-rubah mengikut agenda.
Itu yang saya nampak. Boleh saja salah.

Ternampak satu poster di website Islamiah yang dah berbulan-bulan tak dilawati.
Poster tentang Ramadhan.
Ada diletakkan contoh-contoh maksiat padanya.
Dan kebanyakkanya (atau semuanya) adalah maksiat-maksiat yang berorientasikan isu politik semasa Malaysia.

Tiada ‘ikhtilat’,
tiada ‘tinggal solat’,
tiada ‘pornorafi’,
tiada ‘biadab dengan ibu bapa’
tiada ‘riba’
tiada 'ponteng puasa'
dan tiada ‘syirik’ yang merupakan sebesar-besar maksiat dalam senarai pendek maksiat pada poster itu.

Salahkah?
Tidaklah.
Mungkin kerana “keadaan semasa memerlukan senarai maksiat itu di’highlight’kan (tanpa melupakan langsung senarai maksiat lain.)”
Atau mungkin kerana “kalau nak letak semua, tak muat la poster tu bang..”
Atau mungkin kerana ‘iklim semasa’ & sentimen.
Islam sentiment, Islam iklim cuaca.
Islam “apa isu panas sekarang”

Demikian sajalah kata-kata seorang anak kecil berhingus 



Ahlan wasahlan ya Ramadhan.
Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik untuk kita, setakat usia yang ini.

wAllahuta'ala a'lam.
Setiap kata-kata boleh diambil dan dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.

No comments:

Post a Comment