18 May 2011

Harmoni, synchronize (Perjalananku epi 2)

Synchronize - Jigsaw puzzle
Minta 2 orang untuk kerat 2 keping kadbod untuk membentuk jigsaw puzzle.
Kerat beberapa bentuk daripada kertas secara rambang.
Boleh cantumkan bentuk2 tu dengan kemas, sebagaimana menyambung jigsaw puzzle?


*  *  *  *
The Cog

Sifat ‘complexity, synchronize & harmonize’ memerlukan KEBIJAKSANAAN & KETELITIAN
Lihat saja pada video The Cog ini.




Untuk menghasilkan video yang hanya selama 2 minit yang ‘cantik’, tersusun, harmoni & synchronize dengan anggun, menelan belanja beberapa juta, melibatkan pakar-pakar untuk menyusunnya dan memakan masa beberapa tahun.
Kalau ada masa, tengoklah pula video the making of- the cog. Mungkin anda lebih faham apa yang saya maksudkan dengan ketelitian, harmoni, kebijaksanaan & kecantikkan itu =)
Oh ya! Video ini bukan computer-generated animation ye. Ini benar-benar disusun satu per satu!

Skru-skru yang disusun kemas & mampu berlanggar dengan kekuatan yang tepat & pada posisi yang tepat.
Tayar yang disusun dengan stabil di atas papan.
Dan seterusnya.
Semuanya tepat, synchronize.
Simbol bagi kebijaksanaan.

Fizik & matematik
Antara dua subjek yang paling saya minat masa sekolah menengah dulu...
Sungguh, pada mereka berdua terdapat keanggunan, kejelitaan dan kecantikan yang amat.

Masih teringat semasa di form 4, Cikgu Ismail (kini Timb Pengatua HEM) mengajar prinsip keseimbangan tenaga.
Daya boleh dikira mengunakan trigonometri?!
Apa kaitan asal-usul konsep tangent, sinus dan cosines dengan konsep daya?
Apa kaitan “sisi bahagi hipotenus” dengan “Newton” sehingga kedua-dua konsep yang ‘tak ade kaitan’ mampu mempengaruhi antara satu sama lain?
Sebak seketika apabila Cikgu Ismail ajar hari tu..
Allahurabi.. Sesungguhnya Engkau wujud!

Kita


Daripada daya tarikan antara quark (yang tidak berakal, tidak ada kehendak, tidak ada free wills) yang berbeza cas, membentuk daya tarikan antara electron dan proton.
Jumlah electron & proton yang berbeza membentuk unsur yang mempunya petala electron yang berbeza sifatnya, berbeza daya tarikannya, berbeza tenaganya; seterusnya mempengaruhi sifat kimianya.
Dengan perbezaan sifat kimia ini, tindakbalas kimia boleh berlaku antara satu unsur dengan unsur lain.
Dan terbentuk molekul @ ion @ radikal bebas dengan sifat-sifat berbeza.
Daripada seringkas H2 kepada protein yang kompleks; membentuk sel-sel & organ-organ yang terperinci dan punya special features yang sesuai dengan tugas dan lokasi masing-masing.

Semuanya bergantung kepada perkara seasas electromagnetic force antara proton & electron; yang tidak bernyawa & tidak berakal; menghasilkan output yang pelbagai- perasaan marah, sayang, memori; proses penghasilan gula, glycogen malah bayi lengkap dengan organ yang kompleks.

Macam domino. Satu hukum fizik dirangsang (domino pertama jatuh), menyebabkan satu hukum fizik @ fenomena lain di’trigger’ (domino kedua jatuh), dan seterusnya sehinggalah membentuk output yang pelbagai; sistem pernafasan kita yang kompleks, lengkap dengan sensor dan sebagainya.

Macam iklan The Cog =)

Semuanya tertakluk ada hukum fizik yang saling berhubung, saling berharmoni; hukum fizik yang tidak berakal, purposeless.

Bagaimana sesuatu yang purposeless mampu menghasilkan output yang memunyai purpose (eg: perasaan, kekenyangan, homeostasis etc.)?

Hukum fizim itu dicipta dan mereka dicipta dengan sifat-sifat, kemampuan-kemampuan, nilai-nilai pemalar(constant) dan limitasi-limitasi yang indah sekali; itu yang saya percaya.
Dan dijalinkan dengan kemas dan teratur oleh ‘matematik’.

Antara graviti, elektrik, tenaga haba etc, semuanya boleh dikira, dijangka dan digabung jalin menggunakan konsep tambah, tolak, bahagi dan darab dalam matematik; satu konsep yang dicipta ditemui ribuan tahun dahulu apabila pengembala kambing mahu menentukan bilangan kambingnya. (begitulah apa yang mereka cerita..)

Dan keharmonian dan kecantikkan inilah yang kadang-kadang menyebabkan saya sebak seketika dalam kelas-kelas ‘liberal’ di sekolah dan universiti.

Kalaupun sesuatu makhluk terhasil melalui evolusi atau revolusi, maka evolusi @ revolusi itu boleh terjadi dan terjadi sebagaimana yang terjadi adalah kerana availability of laws of physics & due to the fact that those laws are exist@created and are ABLE to interact & harmonize with each other; like the analogy of jigsaw puzzle@the Cog I gave in the beginning.

Jika ada orang kata yang alam ini tejadi kerana inevitable consequences of physics laws like law of gravity, then I shall will say with conviction
“Physics laws and mathematics are created, in the way that they can beautifully interact with each other.”

Laws of nature itu, saya pandang sebagai alat-alat.
Tukul, pengetam kayu, gergaji, paku, papan;
Semuanya mempunyai fungsi tersendiri dan limitasi atas kemampuan sendiri. Tidak mampu untuk paku mengerat papan, atau pengetam kayu mengerat tukul untuk menyambung gergaji-gergaji membentuk dinding reban ayam.
Semuanya tak mampu membuat apa-apa melainkan apabila Pakcik Mat menggunakannya pada tempat yang betul, dengan cara yang betul, dengan tujuan tertentu.

Tidak perlu permata jatuh dari langit atau kalimah Allah ta’ala tertulis di kulit kambing atau seekor lembu tiba-tiba muncul di depan mata untuk menunjukkan miracles, kehebatan Tuhan atau Tuhan itu wujud.
Cukuplah angin yang bertiup menjadi bukti kecantikan dan kehebatan ciptaan Allah ta’ala, alHakim, al’Alim, alKhaliq, arRahman.
Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan. [al-Kahfi; 109]
Sebelum diceritakan tujuan mati & hidup [al-Mulk:2], diingatkan terlebih dahulu kepada kita tentang perkara asas yang asas; siapakah yang sedang berbicara ini?
 Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [alMulk;1]
 Mengimbau kembali artikel “Perjalanan
“Di mana campur tangan Tuhan dalam proses ‘kenyang’?”
“Kewujudan perasaan ‘kenyang’ dan kemampuannya untuk berlaku disebabkan hukum-hukum fizik yang tidak berakal; di situlah campur tangan Tuhanmu yang Maha Penyayang.”
WAllahu ta’ala a’lam
Setiap kata-kata boleh diambil dan dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.

20 April 2011
5:19 pm
Stracathro Hospital

3 comments:

  1. setelah hampir setahun tertangguh..
    http://greensleaf.blogspot.com/2010/09/how-i-see-world-how-he-see-it.html

    ReplyDelete
  2. saya suka email ni. tapi belum smpat baca semua and digest.
    but the ad was terrific.

    ReplyDelete
  3. sorry silap, sy suka "post" ni.

    ReplyDelete