30 March 2010

perjalanan




“Kat matrikulasi abang tu, ada seorang ni yang pertikai semua agama. Habis semua agama dia condemn.”kata abang Faiz, bekas ketua pelajar. Masa itu, ana di form 4 kalau tak silap. Honeymoon year…

Panjang lagi ta'limnya malam tu.

Memang menjadi kebiasaan, kalau ada senior-senior yang datang melawat sekolah, dia akan dijemput untuk bagi ta’lim. Tapi biasanya, hanya ‘orang-orang itu’ sajalah yang dijemput.

Kalau tidak… Teringat kes doa abang Azmi selepas solat Isya’. Seorang amir yang dihormati dan dikagumi keIslamannnya, mendoakan kecelakaan orang yang mempermainkan sunnah rasul-Nya, dek kerana ‘ta’lim telampau’ yang diberikan selepas solat maghrib sebelum itu. Diberikan oleh bukan ‘orang-orang itu’ (secara paksa-rela) (-_-')

“Hm… Apa yang dia condemn tu?”

Soalan yang bermain di kepala, tapi tak ditanya. Dan dari sebab itu, bermulalah satu fasa baru dalam perjalanan hidup ini; berfikir sendiri & mencari hujah logik akal untuk memenangkan semua syariah Islam & Islam secara keseluruhannya. Diulang, hujah logik akal. Niat asalnya, nak membela Islam.
Pemikiran yang begini dah lama ada, cumanya cerita abang Faiz tu menjadi seakan pencetus@pemangkin untuk lebih lagi dalam berfikir secara logik demi memenangkan Islam ini.

“Aku kan Allah dah bagi kelebihan akal. Gunalah akal tu untuk dakwah, untuk membela Islam. Kalau bukan aku, nak minta siapa lagi?”

Tapi…

Ada kalanya, dapat dijumpai jawapannya. Sudah agak biasa dengan ‘kenapa tak boleh makan babi’, kenapa kena basuk muka (wudhuk) kalau kentut. Padahal bukan kentut keluar dari muka’,  ‘kenapa orang Islam bila bercakap dengan Tuhan, guna ‘aku’ ‘Engkau’. Biadabnya..’ dan beberapa kenapa yang lain yang dah malas nak ingat & ambil tahu, kerana dan jumpa satu jawapan kepada hampir semua ‘kenapa’ yang ada, insyaAllah. =)

Ada kalanya pula, 'kenapa' itu tak mampu dicari jawapannya (pada masa itulah). Ketidakmampuan yang kadang-kalanya membahayakan iman sendiri.

Kalau nak bagi jawapan, kenalah ada soalannya itu, kan? Maka terlalu banyaklah ‘kenapa’ yang bermain di kepala, sehingga kadang-kala soalan bertukar menjadi mempersoalkan. Termasuklah ‘kenapa’ yang tidak perlu disoalkan. “Kenapa kena solat 5 kali? Kenapa bukan 6 kali? Apa logiknya?” “Logikkah kisah-kisah ajaib macam berjalan atas air dan lain-lain tu?” "Kenapa bila berwudhu', kena basuh hidung dulu baru berkumur?" dan beberpa ‘kenapa’ yang lain, yang rasanya tak sesuai untuk bacaan umum.

Biasanya, didiamkankan sahaja soalan ini. Dibiarkan tidak berjawab. ‘Kalau dilayan, bertambah parah pula.’ pujuk hati.

Masalah yang tidak diselesaikan. Dan ditambah pula oleh persoalan-persoalan baru yang juga tidak dijumpai hujah logiknya, yang juga di‘shut up’kan. Menambahkan lagi keparahan iman.
Selesai di sekolah. Bermula pula kisah di rumah semasa ‘tempoh gersang 6 bulan’ & di INTEC.

Bertemu dengan jemaah tabligh.

Saya ingatkan awal-awal. Saya bukan nak condemn tabligh di sini.

“Bukan makanan yang bagi kenyang. Allah yang bagi kenyang!”
“Bukan air yang hilangkan dahaga. Allah yang bagi hilang dahaga!”
Dan banyak lagi “Allah-lah yang…” Yang biasa dengan tabligh, mesti biasa dengan ayat-ayat ni, kan?
Mahu menghilangkan ‘syirik’ kepada Allah; tiada upaya selain Allah!

Tapi, sebagai pelajar yang ‘sceince-based’, dan ditambah dengan sikap mahu menyoal hampir segalanya yang dididik di sekolah dulu (dengan niat mahu faham & membela Islam), mestilah hal ini juga nak dipersoalkan!

Oh ya, satu lagi. Pada masa itu, ana masih belum biasa dengan perbezaan pendapat a.k.a. khilaf. Segala-galanya dalam Islam dilihat sebagai samada betul atau salah. Tiada falsafah ‘kau betul, aku tak salah’. Dan kata-kata tabligh ini dinilai sebagai ‘betul’

“Makanan masuk dalam perut. Perut kembang. Lepas tu stretch receptor kesan pengembangan perut, hantar impuls ke otak, dan otak tafsir kepada ‘kenyang’. Di mana Allah?” [1] [2]


Ada yang dapat jawab? Hehe… (p/s: group usrah saya dilarang untuk menjawab!)

Dan begitulah seterusnya… “Di mana Allah dalam penurunan hujan? Di mana Allah dalam proses fotosintesis? Di mana Allah dalam pertumbuhan pokok dan manusia?”[2]

Terjerat. Menjeratkan diri. Dan dengan pemahaman “semua yang ustaz sampaikan, adalah betul dan itulah Islam”, menambahkan parah. Ini bukan sekadar masalah fiqh, ini dah masuk bab aqidah! Bab wujudkah Tuhan!

Dan arakiannya ceritanya, ateisim pun masuklah ke gelanggang pemikiran.

"Cahaya matahari membolehkan fotosintesis, tumbuh pokok, herbivor makan pokok, manusia makan herbivor. Di mana Tuhan?”[2]
“Betulkah adanya Tuhan? Tak nampak pun.”

Oh, jangan bawa hujah “kawan-kawan nampak tak otak cikgu…” atau “nampak tak angin?” kat saya. Dah lama saya jumpa flaw hujah ni; dan bukan dengan ‘membuka kipas’!.

Contohnya, cerita cikgu ateist dengan budak sekolah yang kata otak cikgunya tak ada. Biasa dengar kan? Senang ke nak counter balik..

Murid-murid nampak tak alien kaki lapan, ekor 10, kepala ayam 13 dan badan zirafah kat tangan cikgu ni…?
Tak nampak..
Alien tu ada ke tak..?
Tak ada…

Moral of the story is, hujah ni tak dapat membuktikan Tuhan ada ke tak. Cerita ni hanya menceritakan benda yang tak nampak, tak semestinya tak ada, dan juga tak semestinya ada!

Apa buktinya Tuhan ada?
Lain kali la ye.. Nak pergi MMS plak ni..
Sembang-sembang cerita pakcik zaman muda-muda dulu...=)

wAllahua’lam. Assalamualaikum!


[1]i.e. secara saintifiknya, di manakah campur tangan Allah dalam proses mengenyangkan manusia yang menyebabkan kita berkata 'Allah yang mengenyangkan, bukan nasi'. Sedangkan kalau ikut proses 'nak kenyang' sepertimana yang saya nyatakan, seems like it happen...just like that! 
[2]frasa 'di mana Allah' yang saya gunakan di sini bermaksud 'di mana campur tangan Allah'


bertanya untuk memberitahu
setiap kata-kata boleh diambil dan ditolak kecuali kata-kata Rasulullah sallallhu alaihi wasalllam


5 comments:

  1. tak faham.."orang-orang itu" maksudnya apa?

    ReplyDelete
  2. senang cerita, 'orang2 itu' merujuk kepada geng2 naqib
    soalan '...Di mana Allah' tu, ada sesiapa yang nak tolong jawab

    ReplyDelete
  3. pasal soalan tu, takde jwpn..
    tp sy teringatkan kisah Nabi Musa dan Nabi Ibrahim..
    nabi Musa yg meminta izin dr ALLAH utk melihat ALLAH, bukan tak percaya kewujudan ALLAH tapi mahu mengukuhkan iman, dan akhirnya gunung pun hancur lebur krn keagungan 'kelibat' ALLAH...

    dan juga Nabi Ibarahim yg mempersoalkan bagaimana ALLAH menghidupkan org mati, sekali lagi bkn tak percaya,cuma mahu mnambah keimanan. akhirnya ALLAH suruh Nabi Ibrahim menetak burung dan panggil burung itu terbang kembali..
    (betulkan sy kalau kedua-dua crta ni ada silap)

    sy tak tau how to put in words tp 2 kisah ni membuktikan,"normal jika anda mempersoalkan di mana ALLAH.."

    yg tak normalnya, sudah yakin ALLAH ada tp berlagak sombong dgn DIA..(isk isk isk)

    ReplyDelete
  4. dlm kes Nabi Ibrahim 'alaihi salam, sy lebih suka guna perkataan 'menyoal' @ 'tertanya-tanya' berbanding 'mempersoalkan'. 'mempersoalkan' pada saya ada kontasi@elemen 'kurang yakin' @ 'kurang mengiktiraf kredibiliti' di dalamnya.

    again, it's may just the matter of wording.may be nothing much
    as long as people understand it the correct way.

    ataupun dalam kes khusus kisah Nabi Ibrahim ni, just guna je ayat sebagaimana Allah ceritakan i.e. "..(Nabi) Ibrahim BERKATA "ya Rabb, perlihatkan kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan yang mati""(alBaqarah;260)
    Nabi Ibrahim menyoalkah? atau mempersoalkan? atau cukuplah bagi kita berkata "Nabi Ibrahim BERKATA sekian sekian" dan fullstop.

    permasalahan boleh atau tak untuk bertanya itu, plannya nak buat satu lagi artikel; sambungan "kenapa tak boleh makan babi?"(kalau rajin..)

    (pergh.. 1.20 pagi hang antaq komen? buat ape tu..)

    ReplyDelete
  5. ok, moral of the story, sila la pilih words yg betul dan lebih tepat..

    bila dah siap artikel "kenapa tak leh makan oink oink " tu, mungkin boleh letak dlm as-shifaa dan bg mrs phoong baca =p

    (1.20 pagi hntaq komen pelik ka?yg pelik kalau hntaq komen pkl 4.30 ptg )

    ReplyDelete