23 March 2010

"Lost"


"Jika seorang sesat berhari-hari di hutan tanpa makan dan dalam keadaan sangat genting untuk maut, tiba-tiba ia ternampak seekor babi, adakah ia boleh memakannya kerana dharurat?" tanya saya kepada para peserta di dewan besar itu
"Ya boleh" Jawab peserta secara rawak dan bising.
"Salah" jawab saya, ini menyebabkan peserta bising lagi serta kelihatan berada dalam kepelikkan.
"Ini kerana, terdapatnya banyak binatang lain yang masih boleh dimakan sekadar untuk menutup kelaparan, siput adalah lebih baik dari babi, cacing, pohon kayu, buah dan lain-lain semuanya perlu diutamakan dari memakan babi" Hujjah saya lagi.
"Bukankah di hutan terdapat pelbagai benda yang boleh dimakan yang jauh lebih baik dari babi"  Saya menambah
"Justeru, tiada dharurat tatkala itu, dan amat tidak harus jika orang yang sesat itu ingin makan babi juga hanya kerana ia lebih sedap, menyelerakan dan gemuk berbanding cacing" Tegas saya lagi, disambut gelak ketawa peserta.
Dipetik dari www.zaharuddin.net

Sekarang ini, ramai yang memilih untuk ‘makan kinzir percik’ berbanding ‘makan cacing, kulit kayu, daun dan rumput’ tatkala ‘hampir mati kebuluran’
Banyaknya metafora!

Kenapa? Rasanya sebab ramai yang tak tahu. Asal kebuluran, terus kata darurat, terus makan babi. Walaupun anak ayam & siput sedut masih ada.

Ataupun memang sebab biasanya memang tak ambil kisah sangat tentang apa Allah kata. Solat pun lewat-lewat. Aurat pun tak jaga sangat.
Tiba-tiba nampak situasi macam darurat, apa lagi kan… Alasan dah ada. Apa tak nya kan. Sebelum darurat pun, dah ambil mudah pasal ‘boleh ke tak’.

Cumanya, sekadar peringatan bagi yang dah tahu. Darurat seteruk tahap gaban sekalipun, ada hadnya. Taklah apabila atas alasan darurat, semua boleh.
Kita pun dah tahu sangat-sangat, apabila makan babi tatkala hampir mati kebuluran, makan itu hanya untuk menyelamatkan nyawa. (walaupun ada khilaf tentang ‘boleh makan banyak mana’ kalau tak silap) Bukan boleh bantai sampai hilang lapar. Apatah lagi masak barbeku dulu daging tu sebelum makan & tapau.

Ok. Back to real example.

Kalau nak berbincang, ber'study group' antara lelaki perempuan sekalipun, adab-adab masih perlu dijaga. Jangan la sembang kosong banyak sangat. Kalau sesi 'gelak tawa & gurauan berlebihan' tak termasuk dalam agenda, kurangkanlah perkara-perkara ni. Bagi wanita, jangan keluar ton suara yang ‘mengancam’ tu. Atas sebab ‘nak berbincang’, duduk berdua-duaan (lelaki perempuan la.. Kalau sama jantina, ikut antuma la) kat tempat tertutup @ agak terpencil sedangkan tak perlu pun sampai begitu.  Mata tu masih kena jaga. Jangan tenung lama-lama sangat kat muka kaum lawan jenis. Nanti timbul perkara lain pula. & tak perlu sangat untuk duduk@berdiri dekat-dekat sangat, kan?

Kalau nak berlatih OSCE tu, adab-adab pun masih kena jaga. Jangan main redah je. Buat latihan dua orang (sekali lagi, antara lelaki perempuan la..) dalam bilik CSU yang tertutup tu.. Apa salahnya panggil kawan lain untuk sertai sekali.
Setakat nak main BP, main sphygmomanometer tu, sama-sama jantina pun boleh. Benda mudah je pun BP tu. Buat latihan 3, 4 kali pun dah expert dah. Alasan "pulse budak laki lagi kuat" macam kureng releven. Setakat sem 2 tu, tak penting lagi pun nak mahir gila-gila macam doktor pakar..
Setakat nak periksa cervical lymph nodes, bagi muslimat, practice 2, 3 kali je dengan kaum adam ni. Setakat nak ambil feel buat dengan pesakit, pada masa mula-mula practice & masa dekat dengan exam. Nanti tak la gelabah sangat bila buat dengan SP OSCE. Untuk lain-lain masa tu, berlatih dgn muslimat, full-cloth pun dah cukup untuk mahir, setakat nak ambil EOS.

“Kita belajar  bukan untuk exam, tapi untuk digunakan pada masa depan!” katanya. Saya jawab pula “Inguinal lymph node tak nak periksa sekali ke? Takpun rectal examination on male patient, to palpate prostate gland? & we still need to palpate axillary lymph node on female patient, isn't it?”
When the time comes, do it. Practise it. But I don’t see now is it.

Saya tak kata tak boleh, dan saya juga tak kata boleh. Saya cuma nak kata “agak-agak la...” Tinggalkan yang diragui, ambil yang pasti.
Chillex! Allahua’lam

No comments:

Post a Comment