01 March 2010

Kena-ada

Assalamualaikum warahmatullah~
Semua ada handphone kan?

"Apa punya soalan da.. Budak sekolah pun ramai pakai handphone.."
Betul betul.. Saja je nak tanya soalan retorik. Nak tiru gaya bahasa Rasulullah sallallahu alalaihi wasallam =)

Sebut pasal handset, teringat dulu abah pesan, masa nak beli laptop kesayangan ni..
 
Acer Apirer 5050. My fisrt laptop & still using it since 2006!

"Best kan nak beli alat mainan harga ribu-ribu.." Lebih kurang macam tu la kata abah masa tu..
Abah kadang-kadang memang suka guna ayat sarcastic ni.. Lebih terkesan di jiwa.. T.T
Memang terasa agak amat membazir pun nak beli masa tu. Beli pada akhir 2006. Baru habis sem 1 di INTEC yang senang lenang itu.
Terfikir sebelum nak beli dulu, "Guna pun sikit-sikit je. Setakat nak buat report 1,2 kali sesemester tu, membazir je.. Pastu banyaknya main game.." ditambah pula dengan sifat peribadi yang memang agak kedekut berjimat-cermat.

"Tak pe.. Akan ku gunakan sebaiknya laptop ini!" Azam dalam hati. & thus, terhasillah diriku yang sekarang ini & terjadilah apa yang terjadi, banyaknya menggunakan nikmat Allah yang satu ini sebagai medium. Alhamdulillah!

Bermula dengan berkenalan dengan wahabi, Dr MAZA, kemudian iLuvIslam, buat itu ini & seterusnya.
Tak ketinggalan ketagihan kepada House MD! (eish..bila la nak kluar episod baru ni..)
Tak nak jadikan barang ribu-ribu ini sebagai kotak mainan semata-mata. Gunakan seoptimum mungkin ke arah kebaikan! Nanti kena sound kufur nikmat pula.. 

Siapa yang sound?

Ok. Tinggalkan dulu bab laptop ini.

Tengok pula pada handphone korang. Macam mana nak maksimumkan handphone mahal korang tu? Rugilah kalau iPhone mahal-mahal, tapi isi games manyak-manyak atau tak buat pape pun. Hanya sms, call & dengar mp3 + radio. Rugi rugi..

Di sini saya nak kongsi beberapa (dua aje..) software yang cambest.. Yang software waktu solat tu, berlambat kat internet. cari la kat google & gunalah yang mana berkenan. Tak nak post kat sini. Cumanya pada pandangan peribadi, hati-hati sikit sebab sepanjang saya guna software waktu solat phone, agak kurang selari dengan waktu solat yang saya tengok kat masjid kampung saya. In the end, saya tak guna sangat pun software tu. 

Ok, software pertama: KOMPAS!

 Kompas ni menggunakan matahari sebagai rujukan. Antara ekspresi awal saya bila jumpa software ni adalah: "Cool giler.."
Boleh setkan untuk cari arah Kaabah a.k.a kiblat. Sekali lagi, cool giler.. Elok la kalau nak bawak pergi gunung atau nak check balik arah kiblat kat rumah. Kalau guna kompas yang konvensional tu, magnetnya boleh dipengaruhi oleh bahan besi & medan magnet di sekelilingnya. & berapa ramai yang sedar bahawa arah kiblat dari Malaysia adalah sekitar 292 darjah! & perlu melibatkan sedikit pengiraan kerana "utara" itu ada 3 jenis!
Lagipun saya malas nak bawak kompas-kompas ni
Boleh download secara percuma di sini.

Kemudian, software kedua: AlQuran

Tulisannya agak mudah dibaca. Tapi, pada saya, saya hanya menggunakan alQuran phone ini hanya untuk membaca surah2 yang dah familiar. Kenapa? Bimbang ada kesalahan baris, huruf dan lain-lain pada software ni. Kalau setakat nak baca surah yang dah familiar tu, boleh perasan la kalau ada kesilapan.
Tapi setakat ini, tak perasan lagi ada tak kesalahan2 yang sy maksudkan tu.
But still, as cautious measure, kurangkan penggunaannya. Sekadar pendapat.
Boleh download secara percuma di sini 

Hukum bawa handphone yang diinstal dengan software ni ke tandas? Lain kali kot saya postkan. Tapi rasanya dah ramai yang tahu kan?

semester baru dah bermula. kawan2 semua dah balik IMU. keseronokkan bermula sekarang. HUAH..!
Have fun! Allahua'lam =)
*nothing much actually that i want to highlight in this post.

No comments:

Post a Comment