"What is your opinion on Malaysians' eating habit?"
begitu kot soalan examiner semasa exam speaking untuk IELTS baru-baru ni.(tak la baru sangat sebenarnya.. Dah dekat 2 bulan lepas).
Dah tak ingat sangat dah..
Dapat topik tempat makan kegemaran.
Aduh.. Soalan apakah?! Kalau tanya bab politik ke, bab ekonomi ke, human genome project ke, ok la. (poyo..)
Berpeluh nak cari idea!
Ok la tu.. Mujur tak dapat topik pasal hobi @ tempat perlancongan kegemaran!
"According to recent statistic, 2 out of 5 Malaysians are obese..bla bla bla"
Hehe.. Berguna juga iklan2 Kementerian Kesihatan kat jalan2 kat KL. Ada juga point nak sembang, sebelum stuck buat kesekian kalinya kerana kehabisan fakta.(-.-‘)
Sungguh! Tak reti nak bersembang beramah secara casual. Kalau kena sembang dengan bakal pak mertua ni, habis la...
Ok. Back to the topic.
Bukan nak sembang pasal IELTS saya yang tak memberi manfaat yang significant kepada kemajuan ummah.
Apabila melihat orang yang agak sangat berisi, ada satu tanggapan negatif.
“Eish hang ni.. Husnu zhon la..”
Er...
‘Saiz badan berkadar songsang dengan kadar kawalan nafsu’. Satu hipotesis yang saya reka.
Sudah tentu bukan berdasarkan kaji selidik terperinci dengan modal jutaan Pound mahupun Rupiah.
Dan bukan nak mengatakan “semua orang adalah tertakluk pada hipotesis ini tanpa ada outliers mahupun 5% of confidence interval!”
Oh, tidak...
Ade je yang kurus tapi makan banyak, contohnya macam..uhuk uhuk!
Dan ada je yang sebab genetik. Senang sangat naik badan walaupun makan sikit + exercise + makan jarang-jarang.
Atau yang diuji Allah ta’ala dengan Cushing’s Disease@Syndrome.
Kalau betul, ambil manfaat.
Kalau salah, ambil saja sebagai celoteh kosong mengisi masa lapang sebagai altenatif tengok video Nabil atau Nirvana di youtube.
Bimbang dan agak sakit hati melihat sehinggakan budak2 pun sangat berisi.
Bukannya tak suka kerana saiz badan (asalkan tak duduk sebelah dalam >5-hour flight economy class..). Tapi refleksinya pada tabiat makan tabiat melawan nafsu. Dan refleksi kepada bagaimana ayah bondanya mendidiknya tentang mengawal nafsu.
“Nak apa? Ada duit? Ambil saja!”
Kurang self-control.
Harap aku dan keluargaku dan rakan-rakanku dan bakal keluargaku (insyaAllah) tidak begitu..
Dosakah? Entah.
Tapi saya tak suka.
“Eh, apsal nak kena kisah pulak hang suka ke tak suka?”
Sebab anda sedang membaca blog S.A.Y.A.
Oh ye.. Teringat pula pada hadis yang Ustaz Ridhauddin bagi dalam...3.5 tahun lepas?
"Orang kafir makan dengan tujuh perut, walhal orang mukmin itu makan dengan satu perut sahaja"
"Orang kafir makan dengan tujuh perut, walhal orang mukmin itu makan dengan satu perut sahaja"
begitulah lebih kurang terjemahannya.. Diterjemah dari hadis sahih insyaAllah
WAllahuta’ala a’lam
Setiap kata-kata boleh diambil dan dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.
No comments:
Post a Comment