06 April 2011

Ah! Sibuknya...


 “Aku takkan guna alasan sibuk practice band kalau result aku jatuh, homework aku tak siap,”kata sahabat lama, Tony Tan suatu hari.
Masa tu di form 3@4 kalau tak silap.

Bekas pelajar SBP mungkin sedia maklum dengan kesibukkan pasukan orchestra & band. Practice since awal tahun, sedangkan pertandingan dalam bulan 6. Bila dah 3 bulan lagi nak pertandingan , practice masa prep petang& malam, masa riadah petang.
Bila masa nak study?!
“Kenapa pulak?”balasku. Saja nak memanjangkan sembang2.
“Sebab walaupun nampak sibuk, sebenarnya aku ada banyak masa lagi,”balasnya.
“Masa korang solat Maghrib, Isyak, aku boleh study masa tu. Practice band biasa start lewat. Cakap kul 3.15, tapi 3.40 baru start. Masa tu boleh study, boleh buat homework. Cikgu pulak kadang-kadang masuk kelas lewat 5-10 minit. Boleh study masa tu.”

Ye ke.. (alasan)

Kita biasa kata kita sibuk.
Jadual pack. Assignment berlambak.
Exam dah dekat, tapi banyak lagi nak cover.
Et cetera, et cetera..

Benarkah?
Dah maksimumkan penggunaan masa?
Atau banyak masa ‘bocor’ di sana sini?

Sibuk,
tapi mash ada masa menonton tv, kerana nak berehat.
Masih ada masa untuk masak, sebab nak jimat.
Masih ada masa untuk bersembang dengan kawan, kerana bosan.
Jalan dengan speed orang Malaysia, kerana kita orang Malaysia.
Habiskan sejam untuk bersiap, kerana nak tampak awesome.
Tidur lebih dari 5 jam sehari, kerana perlukan rehat (lagi) secukupnya.
Keluar hujung minggu, kerana nak hilangkan stress.
Bersembang dengan rakan sebelum lecture mula, sebab.. Saja.
Merenung ke luar tingkap semasa dalam tren, dalam bas, sebab tak ada apa-apa nak buat/
Tengok movie, tengok FB, tengok gambar, sebab nak hilangkan stress & rehat(sekali lagi).

Apa yang terkorban?
Usrah
Halaqah
Meeting
Ta’lim

Kenapa?
“Sibuk”

Ye ke..


Disclaimer
Saya tak kata saya rajin,
Dan saya juga tak suka kata saya sibuk.
Sebab sebenarnya saya malas.
kerana saya masih ada masa review artikel ni lebih 4 kali sebelum klik "publish post''.

WAllahu ta’ala a’lam
Setiap kata-kata boleh diambil dan dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam

No comments:

Post a Comment