18 April 2011

Logik (epi. 1)



Scene 1
“Aiman! Aiman! Mu tahu dok?”
“Dok tahu. Tapi kalu mung kabo, aku tau la.”
“Kat Utopia ade gunung berapi meletup. Kuat nok mapuh. Abih meletup dekat separuh negara tu.”
“Mung bior betul? Mane mung tahu?”
“Ade budok kecik mane ntoh tadi kabo ke aku.”
“Hok oloh.. Ngaruk ngabang sungguh la..”


Scene 2
“Aiman! Aiman! Mu tahu dok?”
“Dok tahu. Tapi kalu mung kabo, aku tau la.”
“Kat Utopia ade gunung berapi meletup. Kuat nok mapuh. Abih meletup dekat separuh negara tu.”
“Mung bior betul? Mane mung tahu?”
“Baru tubik kat bulletin semasa kat TV3 tadi. Bapok ah, siap tunjuk gambo lagi.”
“Allahuakbar.. Ce cite lagi.”

Cerita yang sama. Ayat yang sama.
Tapi dari mana ia datang; itu yang membezakan.

Berita/Komunikasi

Saya bahagikan kepada 2 elemen; maklumat (yang disampaikan) & sumber maklumat.

Bagaimana kita tahu ada exam 6 jam esok di main campus? (erk! Tak study lagi..)
Bagaimana kita tahu berlaku kebocoran nuclear di Jepun?

Tengok dengan mata kepala sendiri, baru nak percaya?
Atau cukup dengan sumber yang diyakini?

Kebanyakkan yang saya lihat, cukuplah masyarakat bergantung pada sumber.
Saya tak tahu la hang macam mana...

WAllahu ta’ala a’lam
Setiap kata-kata boleh diambil dan dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam

Bersambung..
(esok final exam.. yess!)

22:28 17/4/2011
Dundee

No comments:

Post a Comment