Sekadar tajuk kontroversi sebagai ‘ubat penarik’..
Tapi ada juga benarnya.
Aku ekstrimis! Tapi ekstimis yang bagaimana?
Apabila seseorang bercakap dengan terlalu condong a.k.a ekstrim pada pandangan tertentu, saya akan bercakap dengan nada ekstrim pada arah yang bertentangan.
Walaupun apa yang saya cakapkan itu bukanlah 100% pandangan sebenar saya.
Seseorang menentang sungguh-sungguh proposal A, dan saya akan mempertahankan sungguh-sungguh proposal A (walaupun saya juga mungkin tak setuju).
Dengan harapan dengan bercampurnya 2 pandangan yang ekstrim, berlaku keseimbangan dalam pertimbangan/berfikir dan kita akan 'ke tengah'.
Dan begitulah sebaliknya.
Kalau ada yang menyokong sungguh-sungguh Groub B, saya akan sungguh-sungguh bercakap untuk menolak Group B.
Kenapa?
Atau sebab yang sama; supaya ada budaya BERFIKIR dan kembali ke TENGAH.
Tengah
‘Tengah’ yang macam mana yang saya maksudkan?
Tengah yang bersifat “anda betul, saya tak salah”
Tengah yang bersifat “ambil yang jernih, buang yang keruh”; menilai ideologi sebagai sesuatu yang ada baik dan ada buruk; bukan semata-mata baik yang maksum tanpa kelemahan atau buruk yang tiada sezarah kebaikan.
Kita mungkin berpegang teguh dangan pendapat kita/pendapat group kita.
Tapi tak semestinya kita perlu memekakkan telinga pada pendapat yang lain @ melihat orang lain sebagai totally salah.
Itu kaedah yang saya pegang (& kadang-kadang tak pegang).
Kalau ada yang mengutuk UMNO @ PAS @ DAP @ HINDRAF @ sufi @ salafi @ solat letak tangan di pusat @ etc habis-habisan seolah-olah mereka adalah binatang buas yang tiada apa melainkan menjahanamkan atau orang gila yang tiada apa selain jahil, menyusahkan dan membahayakan, maka saya akan menjadi ekstrim dalam bercakap seolah-olah membela mereka.
Tapi tak bermakna sebenarnya saya penyokong setia.
Sekadar mahu ‘ke tengah’.
Dan hakikatnya, pegangan sebenar saya mungkin 100% berbeza dari apa yang saya cakap.
Dan begitu jugalah sebaliknya kalau ada yang menyokong habis-habisan seolah-olah mereka tiada kesilapan.
Kalau ada yang bercakap dengan nada ‘tengah’; memberi baik & buruk perkara yang disokong/ditolaknya, saya lebih suka tersenyum.
Saja nak beritahu;
Sebagai persiapan untuk orang yang nak ‘meeting’ dengan saya; & penjelasan bagi yang pernah ‘meeting’ dengan saya @ yang baca blog ni.
i.e. anda!
Masih cuba meng’explore’ & mengenal diri sendiri.
WAllahu ta’ala a’lam
Setiap kata-kata boleh diambil & dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
No comments:
Post a Comment