Alkisah, diceritakan oleh mak masa saya muda-muda dulu, tentang kisah Zaki (semestinya bukan nama mengikut Mykadnya). Setelah diedit, ditambah, dikurang, maka dipersembahkan!
Kisah seorang yang baru tiba di Terengganu (yang best), sekitar 80-an dulu.
“Eh Mat, aku sakit perut ni. Nak ‘membuang’ ni. Tandas rumah kau kat mana?” tanya Zaki.
Zaki datang bertamu di rumah kawan seUninya, bersama-sama Ramli, juga anok Ganu (yang best).
“Kalu mung nok buang air, gi la kat rok kat belakang rumoh tu. Tubik ikut dapur nuh.” Jawab Mat dengan loghat Ganu (yang best) pekatnya.
“Er, takpe la kalau camtu.”balas Zaki. Takkan nak membuang atas rak pula? Pelik benar orang Terengganu (yang best) ni.. fikir Zaki.
“Hok aloh mung ni. Bakpe pulok nye? Takkan takut pulok kot.”
“Takpe takpe. Tiba-tiba tak sakit perut dah.” Balas Zaki. Lambat. Masih cuba menangkap & meneka ‘bahasa asing’ si Mat.
Dalam perjalanan pulang ke rumah,
“Ramli, tolong berenti jap kat masjid lepas ni. Nak pergi tandas la.”pesan Zaki.
“Tadi cakap dah tak sakit perut. Kenapa pulak ni?”soal Ramli. Masih jelas slang Ganu (yang best) ketika dia cuba cakap ‘Kee eeL’ tadi.
“Dah si Mat tu suruh ‘buang’atas rak buku kat belakang rumah. Mananya aku ada ‘selera’,” balas Zaki, confident.
“La.. ‘rok’ tu maknanya semak samun.. Memang tandas kat sini dibuat kat luar rumah. Tandas tu dekat semak belakang rumah la...”
Pap! (Sound effect)
Definisi tak sama.
Masalah biasa dalam komunikasi.
Kelas Pendidikan Islam (kat sekolah menengah)
zaman sekolah.. (tak de kaitan secara langsung dengan artikel)
Masih ingat lagi tak, dulu kita selalu hafal definisi-definisi dalam buku teks PI tu.
Agak horrow bagi saya yg lemah bab menghafal ni. (erk?!)
Definisi solat mengikut bahasa...
Definisi solat mengikut syariat...
Definisi zalim...
“Ustazah! Apa beza definisi bahasa dengan syariat?”
Solat pun nak kena definisi jugak ke? Solat tu,solat lah! Pelik sungguh.
Dan setelah beberapa tahun berlalu, baru dapat gambaran kasar (dengar sepintas lalu kat radio kalau tak silap) kenapa (sebahagian, kot) ulama’ meletakkan definisi sebelum berbincang panjang lebar tentang hujah syara’& hukum dalam kitab masing-masing.
Nak bagi clear bebenor tentang apa yang nak dibincangkan.
Seorang ulama’ mungkin meletakkan definisi berbeza atas satu istilah berbanding ulama' lain, bida’ah sebagai contoh, sebelum memulakan perbincangan lanjut dalam penulisan masing-masing.
Dan arah serta kesimpulan perbincangan pun mungkin sedikit berbeza, kerana definisi berbeza.
Sebab tu kot ada yang kata bidaáh takde yang hasan.
Ada pula yang kata bidaáh tu ada yang wajib, ada sunat, ada harus, ada makruh dan ada haram; macam pembahagian hukum yg basic tu.
Antara sebabnya, selain dari sebab2 khilaf yg dah biasa dibincangkan, adalah perbezaan definisi.
WAllahu ta'ala a’lam
Uuuu (takde makna)
“Buah ni rasanya masam-masam. Sesuai buat air asam untuk pari panggang” kata Kak Midah.
“Eh, mana ada masam. Rasa dia lemak manis la! Orang buat masak tempoyak ada la. Mana pernah ornag buat air asam dengan buah ni.” Balas Pak Mail pula.
Lepas tu berdebat panjang lebar.
Padahal sorang cakap pasal limau nipis, sorang cakap pasal durian.
Nampak macam... (lawak) bodoh kan?
Memang la tak sama.
Aduya...
pap! (Sound effect)
Realiti, dari mataku (yang rabun ni)
“Buah ni rasanya masam-masam. Sesuai buat air asam untuk pari panggang,” kata Kak Midah.
“Eh, mana ada masam. Rasa dia lemak manis la! Orang buat masak tempoyak ada la. Mana pernah orang buat air asam dengan buah ni.” Balas Pak Mail pula.
Lepas tu ber’bual’ panjang lebar.
Padahal sorang cakap pasal limau nipis, sorang cakap pasal durian.
Nampak macam... (lawak) bodoh kan?
Seorang kata “menyebut-nyebut 'hak Melayu' itu racist, asobiah. Siapa mati dalam keadaan asobiah, matinya dalam jahiliyyah.”
Seorang kata “Kita tolak ketuanan Melayu, kita tegakkan ketuanan rakyat. Ini baru demokrasi.”
Seorang kata “Demokrasi ni syirik. Meletakkan suara majoriti sebagai undang-undang yang boleh mengenetepikan undang-undang Allah ta'ala.”
Seorang kata "Orang yang mengatakan Allah ta'ala ada tangan, ada wajah, itu golongan yang menjisimkan Allah ta'ala; menyamakan Allah ta'ala dengan makhluk. Itu syirik."
Seorang kata "Orang yang mengatakan Allah ta'ala ada tangan, ada wajah, itu golongan yang menjisimkan Allah ta'ala; menyamakan Allah ta'ala dengan makhluk. Itu syirik."
Sebelum bersembang panjang di kedai kopi atau mukabuku berdekatan, pastikan dulu definisi.
Barulah tahu berbaloikah air liur itu dikeluarkan
Atau sekadar berbalah “durian vs limau nipis”
Atau tak perlu cakap pun...
Ni tidak.
Duk gelak-gelakkan orang lain macam orang lain bodoh sangat.
“Kalau semua perkara baru tu bida’ah & semua bida’ah tu dhalalah, jadi pakai handphone, pakai mesin jahit, reka kereta tu dhalalah la ye? Kah kah!”
Apa punya hujah da...
Nampak macam...
Aduya...
WAllahu ta’ala a’lam
“Setiap kata-kata boleh diambil & dibuang kecuali kata-kata pemilik kubur ini (maqam Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam)”
No comments:
Post a Comment