“There’s 6 billions of us in this earth; and each one have their own opinions”
Tak ingat jumpa di mana quotation ni.
Most likely in one of House MD episodes.
Hm.. True indeed. Everybody have their own eyes. Thus seeing things in their own unique ways.
Or in other words, different points of VIEWs.
Perkara ni dah disentuh dalam artikel lepas; “Hanya Aku yang Betul!”
Sekadar nak sembang2 kosong sket dalam sudut yang agak berbeza berbanding artikel lepas tentang isu yang hampir sama.
Ok. Kebanyakkan orang punya pendapat yang tersendiri.
Bagi sesiapa yang biasa dengan meeting, mungkin biasa dengan ini.
(Kecuali dalam meeting yang hanya 1,2 orang mahu bercakap, dan yang lain2 samada goreng cempedak di belakang atau hanya mengangguk.)
Saya punya cara saya bila ber’argument’.
“Siapa betul?” (isu memilih pendapat)
Perkara yang saya minat adalah ‘pendapat mana yang betul’.
Frasa ‘betul’ adalah lain daripada ‘paling betul’, kan?
‘Betul’ yang saya maksudkan adalah ‘ultimately betul dan selain daripada itu adalah salah, totally tak bleh pakai dan yang paling penting, berdosa’
‘Paling betul’ pula bermaksud ‘pada pendapat saya/kami/korang, inilah yang paling menghampiri status “betul” tapi mungkin pendapat orang lain yang sebenarnya lebih “paling betul”’
Memandangkan kita hanya manusia dan untuk menghasilkan pendapat yang ultimately betul, pada pendapat saya, adalah lebih hampir kepada mustahil.
Yang betul hanya satu, iaitu Allah ta’ala. Jadi yang betul hanya alQuran & Sunnah. Fullstop.
Memandangkan yang betul hanya Allah ta’ala, maka pendapat kita kenalah ‘bergayut’/’bergantung’ kepada kalam-Nya.
Ada yang zhonni, ada yang qat’ei, ada yang didiamkan.
Dan target artikel ni hanyalah pada ’perkara yang didiamkan’.
Satu-satu pendapat mungkin lebih “paling betul’ daripada pendapat yang lain (i.e. lebih menghampiri kepada kebenaran yang ultimate). But still, we might not DEFINITELY know which one, WAllahua’lam.
Memandangkan saya hanya berminat kepada pendapat yang betul, dan dah saya terangkan pendapat saya yang kita hanya mampu berada di taraf paling betul, jadi mana-mana pendapat pun ok la, terutama pendapat2 adhoc yang tak berdasarkan sangat pada pemikiran dan kajian mendalam. Contoh: sembang2 dalam FB.
Terutama pada perkara yang tak penting sangat end resultnya, tak pula mengancam nyawa, menyebabkan kalah dalam perang dunia atau menyebabkan dosa. Just pick any options.
Taklah saya nak suruh kita main2 dalam berbincang. Cumanya tahap bergaduh tu mestilah sesuai dengan tahap end result. Still, in the end, jangan kita ingat pendapat kita itu ‘betul’.
“Buang yang keruh, ambil yang jernih” (isu melihat pendapat)
Mungkin ada bahagian positif dan bahagian negatif dalam satu2 pendapat/nasihat.
Atau patut saya kata ‘sememangnya ada bahagian positif & negatif.....’
“Awak makan banyak sangat.”
“Kita sepatutnya buat begini, bukan begitu”
“Poyo la ko ni..”
“kuning lebih baik dari biru”
Mungkin kita tak setuju dengan statement tersebut.
Atau terang2 berlaku salah faham bila dia nasihat/’nasihat’ kita
Dan kita akan melanjutkan perdebatan dengan mengeluarkan segala jenis hujah balas atau nak terangkan keadaan sebenar.
Atau mungkin lebih baik untuk kita diam saja dan try to figure out the positive thing in that statement.
Mana la tahu kan, in a couple of weeks,or years, or millenniums, we might need that ‘advise’.
Melainkan kalau statement tu ‘end result’nya agak besar.
Boleh menyebabkan jatuh maruah, atau bermain-main dengan agama, atau apa2 saja yang layak digelar ‘isu besar’.
“Akhirnya..” (konklusi)
Either way, saya mungkin akan memilih diam kalau berdebatan tu pada perkara yang tak la penting sangat/in worst case scenario pun membawa kesan yang ‘apalah sangat’.
It’s all depending on the degree of its end result.
And we don’t have to agree to accept.
Jadi, kalau saya memilih diam, tak bermakna saya setuju.
Mungkin diam itu bermaksud “apa-apa je la..”
Sebab saya pun tak tahu juga the ultimate truth.
WAllahua’lam. Sekadar pendapat.
& every 6 billions of us have our own opinions.
Setiap kata-kata boleh diambil dan dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasalllam.
Pergh, ada blog, mantap2. Moga terus tsabat.
ReplyDeleteSharing is caring:
Imam As-Syafiee Said: I never argue with anyone hoping to win the debate; rather I always wished that the truth would come from his side.
^_^