04 October 2011

Prioriti

Segala puji bagi Allah ta'ala, pemilik segala kekuatan, sedangkan Israel, US, Rusia, China dan segala kekuatan tentera manusia takkan mampu waima menangani satu dua tentera-tentera milikNya
Banyak doa Nabi Ibrahim ‘alaihi salam dirakamkan dalam al-Quran.
Doa untuk berkekalan dalam mengerjakan solat, sebagai contoh.

Dan Baginda juga pernah berdoa:
Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan
-membacakan kepada mereka ayat-ayatMu (firmanMu)
- dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan
- dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [al-Baqarah 129]


Dan doa ini Allah ulang lagi pada beberapa tempat, tapi dengan susunan yang agak berbeza:
Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang yang Ummiyyin, seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri,
-yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah,
-dan membersihkan mereka,
-serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak)
dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. [al-Jumuah; 2]

..dan ayat yang hampir sejibik di al Baqarah ayat 151

Susunan doa itu diubah dan diperbaiki, menunjukkan prioriti ‘membersihkan mereka’ bukanlah yang terakhir dalam dakwah & tarbiyah.

Apabilah para parents mendidik anak-anak mereka (tu pun kalau buatlah), yang mana mereka tekankan?
Apabila ke kuliah-kuliah agama, bab mana selalu disentuh?

Anda jawab sendiri ya..

Soalnya, bukan tahu atau tak tahu.
Soalnya, ‘kenapa aku kena buat tu ini?’
Soalnya pada ‘mahu’ dan bukan hanya pada ‘tahu’, tazkiyatunnafs, membersihkan diri dari syirik, mengingatkan tentang hidup di alam sana, tentang kehebatan Allah ta’ala.

Tanpa menafikan, yang orang kita ramai yang masih sangat lemah ilmunya tentang hukum-hakam,
Sesetengahnya apabila beragama, disebarkan pula cerita-cerita, hadis-hadis yang entah betul entah tidak.
Beramal tanpa ilmu yang secukupnya. Dan ini memerlukan kita menekankan aspek "serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah"


“Adik, siapa yang buat turun hujan?”
“Siapa yang cipta ayam yang adik makan tu?”
“Kat syurga nanti, kalau adik nak, adik boleh main game yang lagi best dari Xbox.”


WAllahu ta’ala a’lam
Setiap kata-kata boleh diambil & dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam

No comments:

Post a Comment