“Assalamualaikum! Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam..” jawab akak bertudung itu.
Baru saja sampai di lapangan terbang Vienna, Austria petang itu tanpa plan apa-apa ke mana hendak pergi, waima di mana hendak tidur.
Gamble saja!
“Alah..sekejap saja.. Pagi esok naik pula flight ke Mesir..” bual kami berdua.
Masih ada lagi rasa tak kena tentang urusan visa ke Mesir. Kata rakan-rakan yang pernah ke sana, orang Malaysia dapat visa on arrival selama 2 minggu. Kat sana nanti boleh buat visa pelancong untuk cover tempoh lagi 2,3 minggu di Kaherah. Entahlah...
“Can you show us where’s the mosque?” Tanya kami, sambil menghulurkan map free yang diberikan setibanya di Vienna.
Map yang diberi tanpa diminta yang hikmahnya, masyaAllah!
“Oh. There’s a mosque here.” Kata muslimah tu sambil membulatkan satu tempat di penjuru atas belah kiri peta.“..and there’s also mosque over here..”
Perbualan berterusan lagi berberapa minit.
Dan akak itu menunjukkan bas shuttle mana yang hendak diambil. Silap ambil, entah ke mana-mana kami nanti; ke tempat yang bahkan tak termasuk pun dalam peta tu.
MasyaAllah. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang menentukan pertemuan kami berdua dengan muslimah tadi.
“..bidadari Allah di syurga nanti jauh lebih cantik dari akak tadi..”cuba untuk mengingatkan balik diri sendiri.
Setelah merayau-rayau entah berapa puluh minit dengan perut lapar yang belum berisi dek payahnya nak mencari yang tidak syubhah, akhirnya jumpa juga ‘masjid’ yang dicari-cari!
Patut la payah nak jumpa.. Sekadar bilik kecil di tingkat 3.
Dan ditakdirkan berjumpa dengan seorang pakcik muslim.
Solat bersama.
Berbual seketika. Bagai ayam bercakap dengan itik ..=)
Oh, dari Algeria rupanya...
Dalam perjalanan pulang setelah berusaha mencari kerja di bandar Vienna.
Akhirnya, tahu di mana hendak cari makanan!
“Can we sleep here?”
“Oh, you can’t. But you can sleep at a mosque here,”katanya sambil melukis jalan tambahan yang tak termasuk dalam map free pemberian Allah ta’ala.
Alhamdulillah...
DihantarNya satu lagi hambaNya untuk membantu kami yang tengah terkapai-kapai.
Selepas berdinnerkan sandwich ikan, berusaha pulak nak cari masjid yang diceritakan.
Setelah persusah payah, akhirnya jumpa juga; di tingkat tiga flat yang terkunci pintu di bawahnya.
Tunggu seketika di hadapan pintu, tanpa tahu nak tunggu siapa atau apa.
Jam sekitar 12.30 malam, dan akhirnya ada penghuni flat yang baru pulang.
Curi-curi masuk sekali.
Berjumpa pula 2 orang muslim di masjid.
Sekali lagi, bagai ayam bercakap dengan itik.
Cuba-cuba menggunakan saki baki bahasa Arab yang dipelajari di sekolah dulu. Bolehlah...
"Muslim?" tanyanya.
"Yes, eh, na'am"
"Asyhadu alla ilaha illallah.."katanya sambil mengangkat satu jari. Lagaknya seperti mahu saya ikut bersyahadah.
Kelakar pula..=)
"Muslim?" tanyanya.
"Yes, eh, na'am"
"Asyhadu alla ilaha illallah.."katanya sambil mengangkat satu jari. Lagaknya seperti mahu saya ikut bersyahadah.
Kelakar pula..=)
Berbual seketika sebelum tidur.
Kesian pula mendengar kisah mereka
Salah seorangnya asalnya dari Algeria, dalam proses mencari kerja.
Ada yang tak boleh lama-lama berjauhan dari rumah yang agak jauh dari bandar Vienna. Nanti polis tangkap. Ada kes apa entah..
Layanan yang superb! Disediakan tempat tidur kepada 'alien' berdua ni. Segan pula rasanya..
Pertemuan yang dijangkakan hanya beberapa jam, tapi..
Kesian pula mendengar kisah mereka
Salah seorangnya asalnya dari Algeria, dalam proses mencari kerja.
Ada yang tak boleh lama-lama berjauhan dari rumah yang agak jauh dari bandar Vienna. Nanti polis tangkap. Ada kes apa entah..
Layanan yang superb! Disediakan tempat tidur kepada 'alien' berdua ni. Segan pula rasanya..
Pertemuan yang dijangkakan hanya beberapa jam, tapi..
Pagi esoknya, kembali ke airport.
Yang dibayang-bayangkan sejak berbulan lepas, akhirnya tiba.
"Beberapa meter saja.."
"Beberapa meter saja.."
Security check; lepas seperti biasa.
Tiba-tiba nak check passport pula. Pelik juga. Biasanya check passport dulu sebelum security check tu. Tak kisah la..
“Awat lama sangat diorang check passport Faiz..”
Tiba giliran saya pulak.
“Are you from Malaysia?” tanya pegawai tu sambil membelek-belek passport
“Yes.”
“I’m sorry, but you can’t take this flight.”
Hah?!
No comments:
Post a Comment