22 October 2011

"Adik demam ke..?"

gambar yang agak takde kaitan

“Kenapa adik sakit..?” Tanya seorang budak comel. Baru pulang dari tadika.
 “Kerana 2 sebab utama:”
“Kerana sistem imun badan kurang”
“Kerana serangan kuman-kuman dari luar”
“Kalau nak sihat cergas, dua-dua kena ambil berat!” demikian pesan seorang bakal doctor
i.e. Encik Aiman Nasir.
Adik comel tadi hanya mengangguk, dengan muka blur yang tak dapat disembunyikan

(Sekadar perbualan rekaan, yang isinya benar juga adanya.)

Kalau setuju, angkat tangan macam saye..
(duh... lame...)

Orang yang lemah sistem imunnya, senang kena penyakit walau kena kuman yang kenot-kenot.
Macam orang sakit AIDS, mudah kena TB, kena jangkitan kulat, kena demam.
Atau orang tak cukup zat; mudah demam, mudah sakit

Ataupun sistem imun badan dah ok, tapi kuman pula yang super ultra kuatnya.
Tengok saja kes selsema babi, selsema burung, denggi. Virus yang super power yang menyerang waima orang yang sihat.

Jadi kalau nak kekal sihat, dua-dua kena tackle.
Kena bina daya tahan badan, bagi vitamin, bagi vaksin, bagi antibiotik, bagi vitagen,
Dan kena tackle kuman pembawa penyakit; sembur nyamuk, basuh tangan, letak racun tikus.

Jangan duk mengamuk kat orang yang fokus bab sistem pertahanan badan kalau kita fikir menghampuskan kuman itu elok
Jangan duk mengamuk kat orang yang fokus bab menghapuskan kuman kalau kita fikir baiki sistem pertahanan badan itu elok.

Dua-dua kena ada







Sembur nyamuk..penting. Jaga makanan..penting juga 

Hanya tackle bab kuman, tapi tak kisah pasal badan, tak kena.
Hanya tackle bab sistem pertahanan  badan saja pun, tak kena.

Dua-dua kena ada

Tapi realitinya, akan ada yang fokus lebih pada sistem imun badan, dan akan ada yang fokus lebih pada bab kuman.
Bila dua-dua golongan ni buat kerja masing-masing, terjadilah apa yang kita mahukan!

.....kerana kita tak sempurna.

Memanglah, secara idelistiknya kita mahukan 1 golongan yang buat dua-dua.

Begitulah juga bila berbincang bab bercakap tentang Islam dan umatnya ni.
Mengukuhkan umat Islam dari dalam, dan menguruskan kerosakan dari luar.
Dua-dua kena ada.
Bila golongan-golongan yang punya fokus berbeza, buat kerja masing-masing dengan bersungguh-sungguh, dan tak berkecamuk dan melompat dengan khilaf yang sihat ini, bahkan mampu tersenyum bangga melihat sahabatnya yang dari ‘pekan’yang berbeza,
Terjadilah apa yang kita mahukan!

...kerana kita tidak sempurna. Masing-masing dengan kemampuannya,
Dan dengan ijtihadnya masing-masing.
“Chillex!” kata orang muda

a.k.a. berlapang dadalah

ingat-ingat kembali konklusi dari 'hadis ghulam'
"siapakah yang paling bagus?"
Pendeta?
gulam?
penasihat raja?
rakyat jelata?

masing-masing dengan jasa & fungsinya; dan biar Allah taála Yang Maha Adil & Maha Bijaksana saja yang tentukan, siapa yang Dia lebih redha


ke guane?

WAllahuta’ala a’lam
Setiap kata-kata boleh diambil dan dibuang kecuali kata-kata pemilik kubur ini (Rasulullah sallallahu a’laihi wasallam)

Termasuklah kata-kata imam aku dan kamu!
Apatah lagi kata-kata aku dan kamu...

Ke guane?

No comments:

Post a Comment